CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18982|Reply: 178

[Tempatan] Gambar Pendebat Terbaik Asia Berpesta Liar, Tersebar Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 13-3-2016 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Pendebat Terbaik Asia Berpesta Liar, Tersebar Di Media Sosial
Posted on March 13, 2016 by Wanna|




                                KUALA LUMPUR – Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 23, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didakwa sebagai seorang yang suka berparti liar dan sering berpesta di kelab malam luar negara.

Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.

“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.

“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.

Katanya, penerima anugerah pendebat terbaik Asia itu sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun.

“Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak dapat dipastikan),”katanya.

Menegaskan kelakuan tersebut melampaui batasan seorang pelajar beragama Islam, pengendali blog tersebut turut mempersoalkan tindakan pegawai pengiring kepada Syed Saddiq.

“Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat ini.

“Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam? Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?

“Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya? Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?,”soalnya pula.

Tambahnya lagi, tidak disangkal bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.

“Dan yang peliknya, mereka yang berpendirian liberal ini disokong oleh seorang yang dianggap sebagai konservatif dan pro-Islam, iaitu Tun Dr. Mahathir.

“Saya berharap agar Syed Saddiq dapat tampil dan menafikan gambar-gambar ini sebagai palsu, photoshop yang sengaja digunakan untuk menjatuhkan kredibilitinya,”katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya gambar tersebut didapati benar, maka dia memohon kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia supaya mengamgambil tindakan segera, dan bertindak melakukan sesuatu agar perkara yang sama tidak berulang.

“Agar nama baik UIAM sebagai sebuah universiti ISLAM tidak tercemar oleh perbuatan sumbang sebegini.

“Saya dedahkan 4 keping gambar di dalam Kelab Malam Palladium dahulu sementara menunggu respon daripada UIAM,”akhirinya.

Pihak kami sedang berusaha untuk menghubungi Syed Saddiq bagi mendapatkan komen berhubung isu ini. – SuaraTV

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 05:50 PM | Show all posts
ok, dah start perang nampak nya..time to stock up my pop corn
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok, dia gi kelab n try alkohol. So?

Budak2 uia jgnla ingat maksum sgt..they arejust human being pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian muda2 dah jadi target politik tahi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 lepas ni ada video pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:04 PM | Show all posts
standard la ... tak heran pun, kalau dah pergi ke luar negara tak masuk club baik tak yah p oversea cuma masalahnya....budak UIA ka dia ni

muka bottom ni @MissNigga sepatah dua kata, jika beliau bottom rugi lah anda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2016 06:07 PM | Show all posts
Edited by pyropura at 13-3-2016 06:08 PM

...dia bukan  bakal ketua igama Isele...





Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah sudah...bila dah serang najib terang2 habis semua aktiviti harian, rahsia2 lepas semua dikorek. Mohon gmbar famili najib berpesta sundel jua dikorek dan dipamer seluruh dunia. Lahanat tu bukan suchi sgat pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
macam la budak2 uia tu maksum sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:19 PM | Show all posts
jadi kapir lah senang.... susah sikit UMNO nak black mail...

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik. Tiba-tiba pulak dlm artikel ni sebut mahathir. Tak ada kaitan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:31 PM | Show all posts
So? Bior le dia, dah minat kearah itu. Dah kenapa Islam kat Malaysia ni? Tak habis2 la nak cabul hak peribadi org. Atas bawah nak disebok, bukan ganggu kedamaian ummah lain pun. Lain la kalau merompak/merasuah/merogol org. Itu baru elok direjam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:32 PM | Show all posts
Tak terkejut pn kalau remaja awal 20an berjimba... Wut u expect? Kehulur kehilir pegang bible atau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila sebut UIA, mesti org bayangkan pelajarnya alim dan melekat atas tikar sejadah sepanjang masa. Please wake up.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la aku prnh ckp..klu student jgn sibuk ngn politik..bahaya utk diri sndri
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu uia ada pendebat terbaik taraf dunia. Perempuan. Apa khabar dia skrg ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada video dia pegang duit juta juta...bersosial atas kapal mewah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:49 PM | Show all posts
Dah start dah habis segala hak privacy berjimba digunagkan utk serang musuhh, itu hak peribadi dia tak gugat org lain, habis nak suruh dia tunggang tebalik sampai dahi hitam kah baru nmpk syumullll n baru blh bersuara hal2 negara?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:54 PM | Show all posts
ultra78 replied at 13-3-2016 06:29 PM
Aik. Tiba-tiba pulak dlm artikel ni sebut mahathir. Tak ada kaitan pun.

nape nama madey je dia masukkan?
penulis artikel terlupa masukkan sekalikk nama wak yidin kah??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane gmbr dia minum liquor?gmbr cium2?nk tgk..br la pesta liar..ada je org masuk kelab tak minum sume..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078694 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list