CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9127|Reply: 77

[Tempatan] Dato Vida Taja 2 Musim, 16 Juta kpd Kelantan

[Copy link]
Post time 7-1-2016 10:34 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida menegaskan tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan tajaan RM16 juta seperti yang diminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"KAFA minta tajaan RM8 juta semusim untuk tempoh dua musim, tapi saya tidak mempunyai masalah mengeluarkan tajaan sebanyak itu. Cuma apa yang lebih penting saya mahu The Red Warriors (TRW) mencapai kemenangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.   

"Sebagai penaja, sudah tentu kecewa melihat pasukan yang ditaja gagal dalam merebut apa-apa piala nanti. Tapi apa yang diharapkan selepas mendapat suntikan penajaan saya ini, pasukan Kelantan boleh berjaya mencapai kecemerlangan nanti.   

"Saya tidak mahu selepas ditaja, prestasi mahupun kedudukan pasukan masih di paras sama seolah-olah tajaan saya tidak memberi kesan kepada mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, jutawan kosmetik itu berkata, memandangkan ia membabitkan pelaburan besar, beliau perlu membuat penelitian terlebih dahulu dan memastikan persetujuan boleh dicapai di antara kedua-dua pihak supaya masing-masing mendapat manfaat daripada tajaan berkenaan.






Katanya, masih terlalu banyak perkara perlu dibincangkan lagi, kerana beliau tidak mahu selepas tajaan berkenaan dikeluarkan, tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku. "Bagi saya permintaan KAFA tiada masalah, cuma bila saya tunaikan, mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan.   

"Saya juga perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kesesuaian nilai tajaan itu melalui draf kontrak yang dikemukakan KAFA terlebih dulu. Namun begitu, perasaan saya mengatakan 'jodoh' dengan Kelantan semakin kuat.   

"Perbincangan rasmi akan diadakan dalam masa terdekat selepas kembalinya Tan Sri Annuar dari Makkah. Pada hari itu, saya akan serahkan draf dokumen kontrak setebal 10 muka surat kepada KAFA termasuk dua syarat awal untuk dibincangkan secara terperinci," katanya.

Dr Vida sebelum ini memberi dua syarat kepada KAFA - Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) - sebelum setuju menaja pasukan berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111825

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak kaya!!..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow bnyak betul lah duit dia ni. Hebakk mung tok vida
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:43 AM | Show all posts
ermmmmmm.......molek laa tue
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Wana rasa kan tok adalah lebih baik muktamad semua dulu baru cerita kat press tok
Lebih lagi kalo kena libat pihak lain utk dapat kelulusan spt state government tok.. Kalo tok dengan KAFA jah..tu xkisah la sangat tok

Nak tanya, dah dpt kelulusan belum tok cat pink tu?? Ust Ahmad yaakob cakap apa??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:02 AM | Show all posts
strategi dia.... jual suplemen stamina..... sure orang nak kuat macam sipolan sipolan... tgk main bola tak semput pun... sebab makan pamoga......... hihihiihihihih jadi sekarang target dia ialah org muda pulak... dulu target dia umo 40 ke atas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 11:08 AM | Show all posts
Kaya Dato nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:11 AM | Show all posts
wana89 replied at 7-1-2016 10:58 AM
Wana rasa kan tok adalah lebih baik muktamad semua dulu baru cerita kat press tok
Lebih lagi k ...

dah nmpk permainan dia di situ, utk marketing jer nih.......better tunggu finalised baru siar kat press nih dia jer dok ckp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 11:13 AM | Show all posts
wish her sukses....bila lagi nak kuasai public listed company pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 7-1-2016 11:11 AM
dah nmpk permainan dia di situ, utk marketing jer nih.......better tunggu finalised baru siar kat  ...

Wana  pun paham utk marketing dia tp kekadang annoying sangat tok sorang ni.. Kelulusan xada lagi..
Nasib si kontol gedik kena penjara..ni kawan sembang kencang dia ni boleh lawan JDT tabur garam ni
Selayaknya la kelate asik bergasak dgn JDT
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:20 AM | Show all posts
ada 17 bijik rumah di sekitar Ipoh

ada 20 biji kereta

mahligai terbaru beliau yg tgh dibina bernilai RM22 juta


pehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 7-1-2016 11:13 AM
wish her sukses....bila lagi nak kuasai public listed company pulak?

Baik sheol bukak utk company sheol utk jadi PLC..sheol bab berniaga not bad juga wana tengok
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:24 AM | Show all posts
untungla cik siti wan kembang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:30 AM | Show all posts
giler kaya, tok vida sponsor wedding saya kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:30 AM | Show all posts
wana89 replied at 7-1-2016 11:20 AM
Wana  pun paham utk marketing dia tp kekadang annoying sangat tok sorang ni.. Kelulusan xada lagi. ...

Ikutkan local talent dlm skuad Al-BUDDUKI mmg bleh tahan power, tp dorg kureng dari pemilihan import yg xefektif dan krisis kewangan....rasanya kalo setel masalah kewangan mmg AL-BUDDUKI akan menjadi saingan sengit memburu kejuaraan musim depan.....so best tgk saingan antara JawaDT, STRG, Kedah darul aman, AL-BUDDUKI, Ganu dan Pahang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:30 AM | Show all posts
Kaya giler dia nie. Melayu mcm nie tak ramai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 7-1-2016 11:30 AM
Ikutkan local talent dlm skuad Al-BUDDUKI mmg bleh tahan power, tp dorg kureng dari pemilihan impo ...

Yup..tu wana xnapikan..kelate local player dia byk bagus. Tu kekadang JDT caras player kelatan..
Mahap kata JDT, local talent..memang xada sangat cuma finance jer bagus.. So kalo jadi ni memang meriah la bola musim depan

Abam, kenape kedah main haus di aidilfitri masa final ari tu..sedey wana tengok
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:40 AM | Show all posts
axl_bach replied at 7-1-2016 11:11 AM
dah nmpk permainan dia di situ, utk marketing jer nih.......better tunggu finalised baru siar kat  ...

ishhh...mmg marketing pun. semua mmg cam tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:44 AM | Show all posts
pehh,kaya dato kaya...
bagus tol marketing dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:44 AM | Show all posts
wana89 replied at 7-1-2016 11:36 AM
Yup..tu wana xnapikan..kelate local player dia byk bagus. Tu kekadang JDT caras player kelatan..
...

Kedah main menentang satu team yg praktikkan disiplin bertahan yg tinggi, gegenpressing till the end, dan pergunakan kelemahan barisan pertahanan Kedah yg baik, disamping faktor kecekapan Keeper STRG Waklan menyelamatkan peluang Sandro Mendonca dan peluang keemasan Farhan Roslan hasil umpanan cantik Liridon Krasniqi yg tinggi melangit......

senang cakap final aritu team aku mmg outplayed and outclassed by counter attack pasukan STRG......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079592 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list