CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 12-12-2015 07:03 AM | Show all posts
Sesi weekdays. Rasa malas nak jejak DS lagi. Tapi sebab hari tu ngan ust Leman, aku paksa diri pegi jugak. Nak mintak tolong ust doa kasi aku hilang ingatan. Peristiwa tu dok main2 dalam kepala, susah aku nak buat kerja.

Tapi cam biasa la, sampai depan ust aku takleh nak cakap apa pun. Diam jer terkelu kat kat kerusi. Tak tau la kalau ust dapat baca air muka aku yang tengah menahan sebak. Tetiba dia cakap,

''Sabar ye. Walaupun orang lain tak tahu macam mana sakit awak, jangan berhenti berubat.''

Tekejut aku.

Then....dengan memegang pesanan ust Leman, aku datang lagi weekend. Jumpa ustazah Amy. Lepas rawatan, tengah letih lesu tu aku tanya dia, aku ni betul gangguan ke tidak? Nak kena berubat lagi ke tidak? Mesti korang pun tension asal aku dok tanya soalan sama berjuta kali kan? Haha...

U. Amy: Ya, awak kena selalu datang berubat ni.

Aku: Tapi haritu ustazah cakap saya emosi?

Ustazah diam jap.

U.Amy: Betul, yang emosi tu awak sendiri kena lawan. Tapi yang lain, kami bantu. Kalau ada rezeki, datang lagi ya.

Done. Aku nak dengar tu je sebenarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 04:40 AM
xtau la cik bunga, aku ni kene jin asyik ke apa. dah lebih dari asyik kot...dah mabuk kepayang

...

Mcm dia 6 thn diganggu jin asyik tu.. tp mcm ko ni kk entah dh berpuluh tahun pun xtau yek.. sbb tu liat je dia nak keluar..

Selain ds aku rasa ko kene jgk carik alternatif perawat lain.. tya2 la dgn org2 yg penah senasib dgn ko ni yek kk..

Aku cuma doakan ko sembuh dan cepat2 kawin.. aminn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 07:52 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-12-2015 02:24 PM

Pada sesi weekend yang lain, aku terlewat datang. Nama aku dah belakang2 sampai habis syif tak sempat jumpa perawat pagi. Gi la solat dulu sementara tunggu klinik petang bermula.

Baca ngan perawat baru. Ust Haikal. Tinggi lampai orangnya sampai aku kene dongak nak bercakap ngan dia. Dia tengok kat borang pagi tu aku request nama perawat. Sebelum start rawatan tu tetiba dia ceramah aku. Dia tanya asal jumpa perawat yang sama? Ada kes perawat suka kat pesakit, atau pesakit suka kat perawat. Ada perawat yang suruh datang lagi, jumpa dia jer dan bayar kat dia.

Terkulat2 aku dibuatnya. Dah kenapa pulak ust ni? Bukan dia nak tanya masalah aku. Gi bebel pulak pasal perawat. Ada jin jugak gamaknya ust nih....haha....

Sebelum ruqyah dia letak tangan kat belakang aku dulu. Terus aku rasa takbest dan rimas semacam. Lain macam ust ni.... Belum ruqyah lagi aku dah rasa nak mengamuk. Aku terus bangun, gi duduk kat kerusi lain.

Ust: Kenapa kamu lari?

Aku: Saya...

Muka dah macam apa.

Ust: Hah? Kenapa? Kamu marah saya?

Aku: *geleng* Tak.... Saya.... tak nak mengamuk.

Ust: Mengamuk?

Aku: Sebenarnya saya dah banyak kali mengamuk kat sini.

Ust diam kejap.

Ust: Okey. Saya tak paksa. Kalau awak rasa nak habiskan, datang sini saya baca doa. Kalau tak, saya baca kat air je.

Dengan otak yang tak bape clear tu, aku memikir. Ust ni nampak cam tegas. Kalau tegas2 camni mesti 'dia' ngamuk. Aku malas nak ngamuk2 dah... Tapi kalau tak baca, penat je la aku tunggu dari pagi.

Tengah ust baca kat air tu, aku duduk balik kat dia. Ust pun start baca kat aku. Kat kepala dan tengkuk, aku bleh tahan lagi. Tapi bila dia baca kat pengkal leher, kat perut, aku dah nak menendang. Nafas aku terabur cam orang lumba lari balapan. Ust berenti baca bila tengok aku dah camtu.

Ust: Tenang, tenang. Tarik nafas elok2.

Aku: *huh.....* *huh....*

Ust: KK, tenang. Tarik nafas.

Aku: Tengah bernafas la ni! Tak nampak ke?!

Cuma nafas aku terlalu laju je.. sampai hilang rentak. Dah la aku tengah tahan marah ni. Buat ceramah kesihatan plak dia.

Pastu aku mula tenang. Tapi peniiiiiiiiiinnnngggggggggggggggg ya amat. Sampai badan jadi longlai. Mata pun takleh bukak. Aku mintak ngan ust nak pindah tempat. Ust pun duduk balik kat tempat dia.

Ust: Awak ni ada orang suka ke, pastu awak tolak?

Aku: Takde... Tapi..... ayah saya memang.... ada belajar2 ni ust.... *terhuyung ke kanan*

Ust: Awak ada terima pape tak dari ayah awak?

Aku: Takde...... *geleng*

Ust: Okey. Sudah. Awak boleh keluar.

Aku: Ust, saya... duduk... sini kejap... boleh? *terhuyung ke kiri*

Ust: Mana boleh. Saya nak rawat orang lain.

Aduuuuuu ust ni. Takde empati betul. Tak pernah aku jumpa perawat garang gini.

Ust: Awak ni ok tak? Macam nak tido je. Hei, bukak mata.

Aku: Saya.... pen.... ning....

Macam nak pengsan. Aku dah tak tau mana atas bawah. Tetiba ust datang kat aku balik. Masa ust dongakkan, kepala aku dah terkulai kat tangan dia. Sib baik tulang belakang kuat lagi. Ust bacakan doa kat dahi.

Ust: Bukak mata, bukak mata. Nak rehat kat bilik? Awak boleh jalan tak?

Aku: Boleh.... boleh....

Ambik masa jugak sampai aku bebetul bleh bangun dan ikut ust gi bilik. Jalan pun menyusur dinding je. Tetiba aku nampak ust Ikhwan. Tak balik lagi rupanya walaupun syif dia dah habis.

Tetengah rehat tu aku dengar cam ada orang jenguk. Aku pun bangun. Mungkin ada pesakit lain nak masuk. Takpe keluar la, aku pun rasa cam dah okey sikit. Bukak je pintu berdebum sorang adik terduduk kat muka pintu. Dua tangan dia mengepal. Rupanya tengah kerasukan. Aku keluar je la bagi dia masuk. Sian kang ngamuk kat luar, malu dia. Aku sambung lepak kat kerusi. Pening tak hilang2 pun... agaknya sebab aura ruqyah terapung2 dalam bangunan tu bagi kesan kat aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 08:04 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 12-12-2015 07:26 AM
Mcm dia 6 thn diganggu jin asyik tu.. tp mcm ko ni kk entah dh berpuluh tahun pun xtau yek.. sbb t ...

Amin.... tima kasih cik bunga
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 04:43 AM
amin... tima kasih doubleA

slamat singgah ke teratak buruk aku. pepenat merempit t ...

Tq tt belanja kopi

Best teknik penceritaan ko. Bila2 free sambung lagi ye. Kalau pasal rawatan ko dah habis,sambung jelah apa2 pun,mesti aku baca.

Skg ko cane? Dah makin sihat? Aku harap ayah ko jugak semakin baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:16 AM | Show all posts
sambung lg tt.. aku setia menunggu.. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2015 11:45 AM | Show all posts
Minggu baru.

Aku dah stop buat rawatan sesi weekdays sebab cuti aku dah habis. Aku pun tak rasa lagi nak teruskan berubat. Mungkin rehat kejap atau rehat sampai bebila. Tapi serabut kepala aku tak habis2 lagi. Isnin. Sabar. Selasa. Sabar. Rabu......

Pagi tu aku terbangun awal. Buat la aktiviti biasa aku sebelum subuh.

Solat. Aku nampak kejadian tu. Isy...

Ngaji. Nampak kejadian tu lagi. Tutup quran.

Zikir. Hilang lagi kepala aku dok ingat kejadian tu.

Dah dua minggu lebih. Aku masih dihantui. Bukan setakat tu, rasa nak bunuh orang semua ada. Bila azan subuh berkumandang, aku dah takleh tahan nangis. Tiga jam atas sejadah ni tah apa aku buat. Serabut kepala ni rasa dah tak jumpa penghujung. Macam pasir jerlus yang cuma tau sedut kau masuk xkeluar2....

Ya Allah, betul ke ni kepala aku? Betul ke aku yang fikir semua tu? Masih aku ke kat dalam ni?

Takleh jadi. Haritu aku nekad nak ajak Yun teman pergi DS kat Ampang. Semalam Yun baru cerita sepupu dia berubat kat situ. Sepupu dia tetiba kena heavy bleeding sampai kene masuk darah kat spital. Pergi sana, perawat situ memang 'sental' betul2 sampai hilang. Alhamdulillah Allah izin dia sembuh...

Kesian jugak Yun tak memasal kena ambik cuti. Tapi aku kena berteman jugak sebab takut jadi pape masa tengah drive. Serabut kali ni lain macam yang tak pernah aku rasa. Kot aku tetiba nak merenyuk kang bleh gak suruh Yun debik sebiji...

Dalam kereta aku pesan kat Yun, apa jadi pun tolong jangan bagi perawat baringkan aku. Tolong jangan. Aku takleh terima lagi dah. Diorang nak sakitkan aku cemana pun silakan, tapi aku takmo baring. Okey Yun paham.

Sampai kat DS, orang tak ramai dan terus dapat jumpa ust. Bila ust tanya masalah, aku takleh nak cakap. Bukan gugup lagi dah tapi terus bisu. Aku bukak mulut pun suara tak lepas kat tekak. Yun la tolong jadi speaker. Apa ust tanya sumer dia jawab sebab dia pun tahu masalah aku. Yun siap pesan ngan ust suh letak gelas jauh2.

Bila start baca ruqyah, takde panas2 enjin lagi dah, aku terus nak marah je. Tapi aku tahan kuat2 sebab Yun ada situ. Segan nak ngamuk depan dia. Tapi sebab aku dengar ust bilik sebelah baca, jadi berdouble2 rimas dia. Padahal ust tu baca kat orang lain. Jin ni yang perasan.

Ust bagi aku minum. Dok main nak-taknak-nak-taknak kat situ. Sudahnya aku letak cawan tu sebab dah rasa macam nak simbah ust pulak. Padahal tekak punyalah haussss......

Ust: Saya tak boleh handle ni. Saya panggil ust Muaz kejap.

'Dia' meluru ke pintu dan - bedebum! Terus duduk kat situ.

Dia: Tak boleh! Jangan keluar!

Ust: Yun, awak pujuk kawan awak ni. Dia nak dengar cakap awak kan.

Yun pujuk aku suruh bangun. Dia ingatkan aku yang aku datang situ nak berubat, nak sembuh, so kene bangun bagi ust buat keje. Aku yang masih bersisa kat dalam tu membangunkan diri, duduk balik kat kerusi. Aku capai lagi cawan, nak minum. Aku haus sangat... tapi 'dia' taknak. Aku minum jugak. Sampai habis. Pastu kepala cam sedar sket.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 11:49 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 12-12-2015 11:16 AM
sambung lg tt.. aku setia menunggu.. hehe

sementara nak update ntuk ko ni cik bunga, rahang aku tegang cam kene picit2... makin lama makin ketat aku rasa
huh.... ada orang bengang aku ngumpat dia....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2015 11:57 AM | Show all posts
doubleA replied at 12-12-2015 10:42 AM
Tq tt belanja kopi  

Best teknik penceritaan ko. Bila2 free sambung lagi ye. Kalau pasal rawa ...

Kalau ko selesa baca, Alhamdulillah. Yang benarnya aku xpandai nulih pun. Melambakkan isi hati aku terer la....

Ayah aku memang tak berubat. Aku dah lupakan je pasal nak ngubat ayah. Cmne keadaan aku skarang? Alhamdulillah. Detailnya ko tunggu akhir cerita eh. Nak abeh dah. hehee....

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 11:57 AM
Kalau ko selesa baca, Alhamdulillah. Yang benarnya aku xpandai nulih pun. Melambakkan isi hati aku ...

Aku puji usaha ko, utk melawan nafsu,dan berubat melawan jin tu,bukan semua org kuat macam ko,tu yg byk terkandas dgn nafsu.

Mungkin dgn amalan2 ko menyelamatkan ko jugak. Ko lebih tahu,aku doakan yg baik2 utk ko and family
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 12:44 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-12-2015 12:50 PM

Rupanya ust Muaz la yang baca kat bilik sebelah tadi sampai jin ni perasan ust baca kat dia.

Ust Muaz suh pindah bilik dia sebab besar sikit. Apa besar2? Nak buat apa bilik besar? Aku dah cuak. Aku takmo gi. Tapi bila dengar ust Wan nak angkat aku, terus rasa nak jalan sniri. But still, 'dia' takmo pegi. Berperang la aku mengheret badan sambil ditolak2 si Yun.

Sampai kat bilik tu, aku duduk atas kusi. Yun duduk jauh sikit kat pintu. Tah ust sempat baca ke tidak, 'dia' dah sambung mengamuk. Tendang dan cakar ust. Bagi air, 'dia' tuang ke karpet. Bila 'dia' main kasar ust bagi kasar balik. Ust picit peha aku punyalah sakit sampai nak menjerit pun takde suara. Setiap kali 'dia' menerajang @ pukul @ cakar, ust picit lagi.

Ust Muaz: Kau tendang lagi, aku bagi lagi sakit. Jangan ingat aku takut.

Aku ingat lagi perasaan tu. 1st time 'dia' rasa takut ngan ugutan perawat. Bagi aku pulak, kalau dengan cara ni Allah nak bagi sembuh pun aku sanggup telan. Biar la sakit asalkan mende ni keluar tinggalkan aku.

Dia: Dah la, nak balik. Aku dah okey dah ni. *sapu muka macam baru bangun tido*

Ust Muaz: Kalau dah okey, nah minum air. Lepas tu boleh balik.

Dia: Tak nak. Nak balik. Jom Yun, balik.

Ust suruh minum jugak. 'Dia' ambik la cawan tu. Berapa kali letak kat bibir sudahnya tuang lagi ke karpet.

Ust Muaz: Tipu ni. Keluar. Kat mana kau duduk ni? Keluar tinggalkan dia. Biar dia balik. Kau tinggal.

Dia: Tak nak. Tak nak. Aku nak duduk sini je... Tak nak........ *menangis mendayu-dayu* Tapi kat mata aku takde air keluar pun.

Ust Muaz: Kau duduk mana ni? Kat perut dia ye?

Ust nak cucuk perut aku tapi 'dia' terus tunduk mengerekot rapat2 ke peha. Ust Wan tarik tangan aku supaya takleh hadang perut tapi 'dia' cuba gigit. Lagi sekali Ust Muaz picit kat peha sampai 'dia' menyeringai kesakitan.

Ust Muaz: Nak kena baringkan ni. 'Dia' duduk kat perut.

Yun: Tapi ust, dia tak bagi baringkan dia.

Ust Muaz: Kalau tak, macam mana nak suruh keluar ni? Benda ni memang suka menyorok kat tempat2 camtu.

Yun: Bukan ust, haritu dia dah pernah kena. Benda tu menghantui dia. Sebab tu dia tak bagi baringkan.

Ust Muaz: Tak apa, kita ada sejadah. Awak tutup badan dia dengan sejadah. Kalau tak, susah la kami nak tolong.

Yun pun setuju. Dia pujuk2 aku baring. Aku taknak. Berkeras tak nak jugak. Aku dan 'dia' sama2 taknak. Tapi sebab 'dia' dah takut nak melawan, dan badan aku pun letih, diorang dapat jugak baringkan aku. Yun duduk kat hujung kaki. Ust suruh Yun luruskan kaki aku tapi takleh. Mengeras je. Ust gosok kat pangkal leher dan guide aku zikir. Aku cuba ikut. Ikut. Lidah dah gerak2 tapi bibir katup rapat dengan suara mendengus2 taknak baca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 01:29 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 14-12-2015 08:59 AM

Tengah aku bergelut nak cuba zikir tu tetiba -Pukkk!!
Adoiy sakkkitnyaaaaa.......... perut aku!

Rupanya ust pi tepuk perut aku lepas dia suruh zikir. Pukk!! Tepuk lagi. Sambil baca tah apa la. Pukk!! lagi.

Haduuuuuu........... aku harap aku pengsan je masa tu. Tapi asal la aku tak pengsan2?

Pukkk!!! lagi. Lagi. Lagi.

Ust Muaz: Tengok, perut dia keras. 'Dia' ada kat sini ni...

Ust cakap ngan Yun agaknya sambil tekan2 perut aku yang berlapik sejadah. Dah macam tengah operate pun ada.

Ust Muaz: Keluar. Aku tau kau sakit. Keluar.

Dia: Nak pergi mana..... tak tau........

Ust Muaz: Ai, nak pergi mana pun tak tau? Luas lagi dunia ni. Pergi la mana-mana.

Pastu 'dia' terus mengiring ke kanan sambil merengek2 kesakitan cam nak mintak simpati ust Muaz. Cih, malu aku. Tangan ust Muaz masih kat perut aku sambil dia baca doa dan ayat tah apa. Masa tu tenang je aku rasa. Tetiba cam dah hilang marah. Tetiba rasa nak tertido. Pastu Ust pusingkan aku balik bagi terlentang dan sambung tepuk. Sampai aku sendiri merayu suruh stop.

Rasanya aku dah sedar masa tu. Ust suruh lembutkan tangan pun aku bleh buat. Pastu aku cecepat bangun. Takmo terus baring tengah2 diorang. Tapi sebab rasa letih dan malu ngan tudung yang dah slebet, aku terlungkup balik kat situ. At least tak baring, okey la.

Sambil rehat sambil terlungkup tu, aku dengar je ust borak ngan Yun. Ust kata gangguan aku ni dah macam mata kail tersangkut. Jenuh dan sakit nak tarik keluar. Ust sarankan aku selalu berubat. Dengan perawat lain pun tak apa, kalau aku dah takut nak jumpa dia.

Bagi aku, takde istilah takut. Mana yang boleh menyakitkan 'dia' lagi itu yang aku cari.

Hasilnya, aku rasa aman makmur damai sejahtera je. Behave sangat 'budak ni' bila dah kena belasah. Alhamdulillah. Aku dapat kerja dengan tenang. Tapi satu badan sakit la terutamanya peha aku. Bangun pagi esok tengok ada lebam besar siap bintik2 cam kene gigit hantu. Perut pun sakit. Satu hari aku tak lalu makan dan rasa cam nak muntah jer.

Aku tanya Yun, ust buat apa sebenarnya? Asal aku rasa cam kena tumbuk? Yun kata mana ada tumbuk. Ust tepuk je. Tangan dia pun tak angkat tinggi. Yun pun lepas tu baru la simpati sket ngan aku. Selama ni dia dengar aku cerita sambil senyum2 je. Sekarang baru tau gangguan aku lagi teruk dari yang dia nampak kat Eda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 01:43 PM | Show all posts
doubleA replied at 12-12-2015 12:40 PM
Aku puji usaha ko, utk melawan nafsu,dan berubat melawan jin tu,bukan semua org kuat macam ko,tu y ...

Alhamdulillah. Amalan tu pun ikhtiar je doubleA. kalau Allah tak bagi, tak jadi jugak... banyak kali juga aku kena... lagi banyak beramal lagi serabut.... sampai dah xtau nak ikhtiarkan cemana lagi.

Tima kasih doakan aku. Moga2 family ko pun terhindar la daripada benda2 camni. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 01:43 PM
Alhamdulillah. Amalan tu pun ikhtiar je doubleA. kalau Allah tak bagi, tak jadi jugak... banyak ka ...

InshaAllah,amin atas doanya.

Alhamdulillah,kehidupan kami se-family sederhana dan baik2 aje,walau dulu ayah macam terkena 'ilmu' jugak,tapi makin lama makin tawar agaknya,masa dia kena ilmu tu,baran sifat,asyik nak marah,masa tu aku kecik lagi,cuma marah di mulut,tak naik tangan

Bila baca masalah ko,aku sedar aku patut bersyukur atas segalanya. Realiti banyak org di luar,lebih dasyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 05:16 PM | Show all posts
Kali terakhir pergi DS. Baru aku berani bagitau mak yang aku ada gangguan. Mak tak heran nak tanya pun gangguan tu ada menyusahkan aku ke tak. Yang mak risau sangat takut aku tak kawen2. Sabo je la.....

Mak citer, dulu ada sorang member ofis dia ni lambat dapat jodoh. Kawan2 ngan orang sana-sini tak jadi. Satu hari, auntie ni (auntie la pada aku kan) nak melintas jalan. Tengah berdiri atas devider tu, ada budak india tegur dia.

''Akak, akak kena pergi 'buang' la. Saya nampak ada ular tengah belit a*u akak.''

Tekejut beruk dia. Pastu dia gi berubat ke tak, xtau la. Yang pastinya kemudian dia kawen la jugak, citer mak.

So, mak takut aku jadi camtu. Tak kawen2 sebab ada ular belit aku. Hurm... xtau nak kata la mak. Bagi aku jodoh tu di tangan Allah. Daripada kawen ngan laki jahat, lebih baik aku kene belit ngan jin ular. Dah tu aku ajak mak gi DS jumpa ngan ust. Punya lama ust Ikhwan suruh aku bawak parents datang, ni baru aku berani nak bawak.

Sampai sana, rupanya ada ust Zaidi. Aku decide jumpa ust Zaidi je la. Dah lama pun tak jumpa dia. Ust senyum nampak aku. Dia tanya khabar, tanya camne aku punya interviu...

Aku bagitau mak, ust Zaidi ni la yang suggest aku bawak ayah gi Semenyih. Seterusnya ust borak ngan mak pasal ayah. Bincang gitu-gini, apa yang mak boleh buat gitu-gini... Aku mintak sekali ust bacakan doa kat mak. Aku tau mak dah letih kena cemacam ngan ayah. Hendaknya lepas peristiwa ayah halau mak haritu... nampak mak dah pasrah je nak bercerai.

Kemudian aku minta mak balik dulu. Aku pulak nak teruskan rawatan ngan ust Zaidi. Aku tak nak mak tengok aku jadi apa masa ruqyah. Kang sedih pulak hati dia. So awal2 dah arrange mintak yong datang ambik mak bawak balik. Nanti aku balik sorang la lepas rawatan.

Sebenarnya aku bukan nak buat rawatan pun. Nak test tengok je benda ni ada lagi ke tak, lepas dah kena belasah ngan ust Muaz haritu. Tapi ust Zaidi pun kali ni lain macam.

Ust Zaidi: Awak ni...... *diam lama2*

Aku: Kenapa, ust?

Ust Zaidi: Saya tak boleh pegang. Kejap, saya panggil ustazah. Tunggu ya.

Masa tu tiba2 rasa takut menyeruak naik ke kepala. Dagu aku menggigil berlaga dengan gigi atas. Dah rasa nak lari. Tapi aku batukan diri kat kerusi. Sampai ust datang semula dengan ustazah Amy.

U. Amy: Oo..... KK. Saya kenal dia ni. Kenapa dengan kamu KK?

Aku: Tak tau. Ust yang nak panggil ustazah. *Geleng ngan muka naif. Padahal dah cuak gila.*

Ust Zaidi: Saya nak mintak tolong ustazah.....

Ust Zaidi diam lagi sambil tenung aku. Cemas aku dah tak keruan. Tetiba tangan cover badan dengan handbag. Tengok reaksi aku camtu diorang tau la 'siapa' yang tutup sebenarnya. Ustazah Amy terus baca sambil cucuk-kuis dada aku. Ust Zaidi duk kat depan, monitoring.

Aku: Jangan. Jangan ustazah. Saya tak nak mengamuk.... *tepis-tepis. Kepala dah tak betul*

U. Amy: Ingat Allah, KK. Biar saya tolong awak.

Ust Zaidi: Bukak tangan awak, jangan kunci 'dia.'

Aku bukak buku lima yang mengepal. Lepas tu genggam balik. Geramnya....rasa nak marah sangat! Dalam masa yang sama aku sedih sebab benda ni ada lagi. Ingatkan dah berakhir... Dia pejam mata rapat2. Nafas dah meribut kat dada. Ust pegang bahu aku 'dia' sergah. Penumbuk dah ready je nak meluncur ke ust. Pastu ust Zaidi suruh ustazah stop.

Ust Zaidi: Sudah. Sudah. Dah, habis dah.

Aku bukak mata. Ustazah Amy pun dah hilang. Sekejapan je. Mata aku lurus je ke depan tak tau tengok apa. Badan aku dah berpaling ke kiri takmo hadap ust.

Ust Zaidi: Kamu ni siapa? Kenapa duduk kat dia?

Dia: Suka.

Eh, ringan je mulut aku jawab. Aku ke, 'dia' yang cakap tu? Selalunya tunggu mengamuk baru 'dia' nak bersuara.

Ust Zaidi: Pergilah. Keluar. Saya doakan kamu dapat jodoh dari kalangan kamu sendiri. Kamu duduk sini buat dia malu, tahu tak.

Dia: Mana ada. Kau yang buat dia malu.

Ust Zaidi: Kamulah buat dia malu. Dia susah nak campur orang. Tak boleh bergaul dengan normal.

Dia: Mana ada. Aku baik. Aku jaga dia.

Ust Zaidi: Cakap dengan saya, macam mana nak tolong kamu ni keluar? Kita sama-sama cari penyelesaian.

Dia: Aku tak nak keluar. Nak duduk sini je. Selesai!

Ust Zaidi diam. 'Dia' pun diam. Kesal pulak aku dengar 'dia' cakap takmo keluar.

Ust Zaidi: Sudah. Sudah. KK, sini pandang saya.

Dia: Tak nak.

Ust Zaidi: Saya tak cakap dengan benda lain. Saya nak cakap dengan KK. Pandang saya, KK.

Aku dengar ust panggil. Tapi liat sangat nak menyahut. Banyak kali ust panggil baru aku dapat menyahut. Tu pun perlahan. Aku dah pening dan lesu. Tak mengamuk pun boleh letih. Masa 'dia' bercakap tadi elok cergas je.

Ust Zaidi: KK, assalamualaikum.

Aku: Waalaikum...salam...

Ust Zaidi: KK, apa-apa amalan yang dah buat tu awak teruskan ya. Yang saya ajar hari tu buat tak?

Aku: Buat......... *angguk*

Ust Zaidi: Bagus. Teruskan ya. Lepas tu awak buat solat hajat, mintak Allah pisahkan dia dari awak.

Aku cam sedih dengar saranan ust. Betul tu, takde apa salah pun. Memang kena minta dengan Allah camtu selalu. Tapi tah kenapa aku rasa itu macam signal yang ust dah surrender. Aku dah takleh ditolong lagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 07:25 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 13-12-2015 08:37 AM

So... itu la ending chapter rawatan aku. The entire story belum habis... sebab aku masih bernafas lagi kat bumi ni. Hehe... Tapi chapter rawatan tu bersambung ke tidak, tak tahu la. Setakat ni aku takde plan nak gi berubat lagi.

Plan terdekat aku ialah -insyaAllah- nak masuk belajar kat DS. Bukan nak jadi perawat pun... aku tertarik nak dekat semula dengan ulama' macam masa kat uganda dulu. Aku rindu suasana berada dalam halaqah zikir. Takut jugak kalau tengah belajar tu tetiba nak merenyuk kan. Tawakal je la. Nanti pesan ngan member suh kasi penampar je, bak kata @ridha . Haha...

Gangguan ni memang ada lagi. Even sepanjang aku nulis thread ni pun kejap aku pening, kejap jari2 aku sakit mencucuk, kejap mata aku cam kene tarik masuk dalam... Satu hari ni pun rahang aku cam kene tekan... rasa ketat jer. Tapi apa aku bleh buat? Ignore jelah. Buat cam tak rasa.

Pengalaman aku share badan ngan 'dia' ni... Lagi aku sedar kehadiran 'dia', lagi dia suka. Lagi aku sebut2 pasal hantu ke apa, lagi dia rasa menang. So, buat tak tau je.

Tima kasih korang sume, SR dan forumer... minggu lepas sbenarnya aku rasa nak mati sangat. Bukan nak bunuh diri, just rasa nak mati. Rasa penatnya hidup... nak matilah. Tak tahulah bebetul aku atau 'dia' yang nak mati tu. Sampai gurau ngan member2 pun aku asyik sebut mati je. Terpikir la aku ni bebetul nak mati dah ke? Impian aku sebelum mati nak share pengalaman aku fight porn addiction supaya boleh tolong ramai orang senasib kat luar sana. So aku bukak thread ni.
Then bila jumpa korang rasa tak jadi nak mati plak. Hahaha. Korang memang best. But, sorry sebab citer aku berjela.

Tengkiu SMOD @medangmru ... still alu2kan aku kat sini walaupun citer aku tak seram. Salah silap aku mohon maap yerk. Sesungguhnya aku tak paham carta hierarki forum ni. Huhu...

-----------------------------------

Sebelum beransur lenyap, aku share satu lagi misteri yang aku alami kat uganda...

26 Ramadhan. Tahun berapa, tak ingat.

Biasanya malam 27 Ramadhan kitorang akan solat terawih kat masjid besar, sekali ngan penduduk tempatan. Acara tu meriah sangat sebab diorang anggap malam 27 Ramadhan ialah Lailatul Qadar. So petang 26 tu seperti biasa kitorang dah bersesak2 kat masjid. Aku ngan kengkawan cari port yang sesuai nak berbuka puasa dan stay sampai Terawih.

Waktu aku tengah ushar2 tempat kosong kat satu tiang ni, kat ruang solat perempuan, tetiba ada sorang penduduk tempatan datang kat aku. Tak semena-mena dia bagi sekeping kertas berlipat. Aku bukak la kertas tu tengok apa isinya.

Ada tulisan yang aku tak berapa faham...sebab tulisannya -maaf- buruk.

Aku angkat la muka nak tanya apa benda tu? Tapi orang yang bagi tadi dah hilang! Terpinga-pinga aku kat situ memandang ke sana-ke mari, dengan harapan ada sesiapa akan tunjukkan ke mana orang tadi pergi. Tapi hampa. Seolah-olah takde siapa nampak apa yang berlaku. Aku lipat balik kertas tu, simpan dalam beg.

The next day bila jumpa member tarikat aku, aku tunjukkan dia kertas tu dan mintak dia bacakan. Sebab dia orang tempatan, mungkin dia faham kot nak baca tulisan -maaf- buruk2 ni. Kata dia, tulisan tu macam sepotong doa yang berbunyi:


Kafaanil Kaafi wa nikmal Kaafi, Syafaanis Syaafi wa nikmas Syaafi
Cukupilah daku, wahai Yang Maha Mencukupi
Sembuhkanlah daku, wahai Yang Maha Penyembuh


Lagi la aku terheran2 mendengarnya.

Seseorang, datang entah dari mana, bagi doa yang entah untuk apa.

Tapi sekarang, lepas beberapa tahun, baru aku faham.

Mungkin orang tu wali Allah. Dan dia dah nampak ada apa kat aku ni. Cuma dia taknak cakap jer...

Misteri tak?...

Somehow aku rasa wali2 Allah ni lebih misteri daripada hantu jin. Diorang manusia biasa cam kita, tapi muncul dan beredar di tengah2 public tanpa disedari sesiapa... kecuali atas izin Allah.

The End.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
TT.. org cakap...ujian yg Allah bagi kita ni..sesuai dengan kemampuan kita.. aku tau dan aku doakan ko mampu hadapinya.. tq share kat forum..x semua org ada kekuatan utk berkongsi dlm masa yg sama membuka aib sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-12-2015 07:25 PM
So... itu la ending chapter rawatan aku. The entire story belum habis... sebab aku masih bernafas la ...

Tq. Kiranya dah habis la kisah ko ye,maksud aku apa yg ko nak kongsi kat sini. Aku rasa ralat jugak apsal ko tak teruskan rawatan utk pisahkan juga 'dia' dari ko?

Dan maknanya sini dia tu lain jantina la kan? Dan ko tahu dari mana datang dia?

Sejak bila ko sedar ko berkongsi dgn dia dalam badan ko? Sejak kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:08 PM | Show all posts
Nak tumpang tanya... Ada sesiapa tak boleh bagitau apa beza pendamping dengan saka/jin?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 13-12-2015 01:08 AM

Assalamualaikum kk.
Kenapa perawat semua tak mampu pisahkan jin tersebut dari kk? Selain ds, kk tak berminat nak cuba dengan perawat lain?
Dia asal dari mana? Dia ikut kk masa kk belajar dekat uganda?
Kk pernah lihat dia dalam rupa sebenar atau jelmaan dia?
Semoga kk berjaya belajar dekat DS dan jadi perawat yang boleh bantu insan2 yang mengalami masib sama dengan lebih empati.
Maaf banyak tanya pulak. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 305442 Replies : 7532
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 14130 Replies : 196
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9743 Replies : 55
Kena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysia  dapat tajaan Skechers penyokong kuat Israel
YgBenarKena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysi
Views : 4246 Replies : 10
Anaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
YgBenarAnaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pen
Views : 5910 Replies : 1
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11805 Replies : 93
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 31025 Replies : 170
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11504 Replies : 73
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 90255 Replies : 815
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 107017 Replies : 2932

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.155238 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list