CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 7-12-2015 03:22 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 7-12-2015 03:18 PM
teruskan cerita tt...maybe ko kata tak seram, tapi aku yg tak de pengalaman cenggitu rasa seram. ...

Aku tak suka menyeramkan diri sniri... so aku tak pandai menyeramkan orang.


Tima kasih, C doakan aku... (nama ko panjang sangat aku panggil C je la)
moga ko dapat jodoh baik yang sesuai ngan ko jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 03:24 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 03:18 PM
Betul, aku pun sokong ko kongsi pengalaman.

Untung2 ramai yang dapat manfaat. Cam aku ...

Terlalu banyak kisah yang aku dan family lalui...
Daripada saka, sihir hinggala benda sekadar menyinggah; semua bercampur aduk
Sampai nak mula tang mana aku pun tak tahu...

Tapi apa aku bule kata, gangguan2 sebegini memang memudharatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:24 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 03:21 PM
Haha...aku tak pandai mengarang..walaupun hobiku menulis diari..sama spt si tt ni..

Tengoklah ...




cer start dulu...kalo ko dapat respons dari kami2 ni mesti saka malas ko hilang..timbul saka menulis plak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:27 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 03:22 PM
Aku tak suka menyeramkan diri sniri... so aku tak pandai menyeramkan orang.




tima kasih doakan aku..moga jodoh aku sekarang ni yang terbaik sampai ke akhirat sana...aamiin...

hehe..panjang ye nick aku?takpe panggil C pun bleh..haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:51 PM | Show all posts
popcorn popcorn  
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:00 PM | Show all posts
Okla..meh la sini aku share sikit kisah..
Sekadar nak deviate rasa hiba aku akibat kemangkatan Tunku Jalil..
Walaupun aku bukan orang johor, tapi kehilangan beliau amat terkesan di hati...


Nak flashback kisah-kisah lama, buat aku makin hiba.
So better kita selak yang baru berlaku je lah eh?

Benda ni berlaku bukan directly pada aku lah, tapi pada adik lelaki aku yang pernah kerasukan tu dan isteri dia.
Kami tinggal serumah dari saat sewa rumah sampailah sekarang dah tinggal di rumah sendiri.
Kira apa yang aku nak cerita ni berkisarkan rumah kami lah.

Biasalah, bila baru pindah kawasan baru yang dahulunya hutan sawit..tak banyak, sikit pasti ada 'kenangannya'.
Sementelah kami antara orang yang terawal mendiami area situ, makna kata kesepian dan kesunyian tu terutama kala malam memang amat terasa. Maklum saja masih banyak rumah-rumah yang kosong tak berpenghuni.

Di awal residensi kami, takde apa pun berlaku. Aman-aman saja selama 6 bulan awalnya walaupun tido malam bertemankan parang di sisi. Yelah...security guard pun belum hire lagi time tu, walaupun area kami gated and guarded. ambil masa juga nak pilih company yang betul-betul menepati piawaian ISO kami..

Mula perasan ada gangguan bilamana jiran selang dua pintu buat upacara masuk rumah.
Macam kita jugalah, nak masuk rumah buat bacaan yaasin apa semua.
Kaum ni pun buat juga upacara masuk rumah tapi semestinya ikut fahaman agama dia lah.
dengan pokok pisangnya, dengan perasapnya, dengan muzik2nya..dan bacaan2 doa/mentera dari saminya.

Ok fine.

Seminggu lepas upacara bersih rumah jiran, adik lelaki aku cerita pada malam aku sekeluarga balik ke rumah mentua, dia dan isteri terdengar bunyi tapak kaki orang berlari-lari di tingkat atas. Masa tu depa laki bini sedang ralit makan malam. memang jelas dan clear bunyi derapan berlari. Tapi dorang buat tak reti saja. Sudah makan, kemas-kemas terus heret anak naik atas, tido.

Syukur jua si kenit kecik tu tak menangis ke apa. Stedi jer naik bilik dan terus lelap.

Bila aku balik, dia ceritalah apa yang dia dengar. Yang aku ni..biasalah..teruslah cantas selagi mampu. yelah..awak baru pindah masuk situ kot..Takkan nak pindah lagi..? dahla rumah sendiri..
Walaupun cuak, tapi aku pretending yang semua tu salah pendengaran mereka saja.

Banyak kali juga adik aku merepot perkara yang sama, terutama time aku dan suami tiada di rumah. Tapi tiap kali dia bercerita, aku hanya kata "takde apa laah..ilusi jah tuhhh.."- padahal awak sendiri pun kecut jugak dah memandangkan adik aku sendiri ada pengalaman kerasukan dan mata dia seakan terbuka hijab gitu

Kemuncaknya bila satu pagi ni dalam area 3 am, adik ipar aku bangun untuk masakkan bekal suami dia lah dan juga breakfast..
Sedang dia tengah basuh ayam..dia terdengar seakan bunyi kaki orang berjalan masuk ke dapur dan suara menegur "masak, Ida..?"

Terus dia menoleh ke belakang kerana dia sangkakan aku sebab suara tu memang sebijik suara aku!
Sepertimana klisenya cerita drama melayu, tiada apa yang kelihatan di situ.
Usah kata nak nampak aku si kakak ipar dia ni..bayang aku pun langsung tak kelihatan. Mana mungkin nak nampak kerana aku kala itu masih lena beradu di tingkat atas!

Respeknya aku pada adik ipar ni, walaupun terasa muka dihembus angin masa dia menoleh untuk melihat siapa di belakang tetapi tiada sesiapa, dia masih cool dan meneruskan kerja basuh ayam seperti biasa hinggalah kerja memasak selesai dijalankan. Dalam meremang2 segala roma dan kepala terasa seperti besar-besar gitu (sepertima na yang diceritakan pada aku), dia tetap gigih menyudahkan urusan memasak. siaplah juga 3 menu pagi tuh.

andai akulah di situ kala itu, usah diharaplah nak tunggu any longer.
Ayam ke mana, ape ke mana lah jawabnya...

Lepas dari kejadian tu, ,suami aku adalah buat 'pagar' sikit..
Dia kata takde ape ni..sekadar benda menyinggah.
maybe lepas dihalau dari rumah jiran tu, dia mai menyinggah rumah kami pulak.
syukur lah tak lama sesi singgah menyinggah tuh..dalam 3 minggu saja, bermula dengan bunyi-bunyian tapak kaki dan teguran itu. Alhmdllah now takde apa lagi dah...



Tu jah yang bule nak share buat masa ni.
Sori my story tak se'kick' cerita tt..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 04:03 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 05:51 AM
mak ton, masa aku teman Nurul berubat kat uganda haritu... aku tanya ust pasal hukum pesakit ngaji ...

ko ada pedamping ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:03 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 7-12-2015 03:24 PM
cer start dulu...kalo ko dapat respons dari kami2 ni mesti saka malas ko hilang..timbul saka ...

Dah..saka malas aku gi makan tadi..
Tu bule siap satu cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 04:15 PM | Show all posts

Perawat tak pernah declare pun ada apa kat aku ni. Yang penting kalau kene ruqyah aku ngamuk... huhu~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 04:16 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:03 PM
Dah..saka malas aku gi makan tadi..
Tu bule siap satu cerita...

Mananya thread ko? Tadek pun....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:18 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 08:15 AM
Perawat tak pernah declare pun ada apa kat aku ni. Yang penting kalau kene ruqyah aku ngamuk... hu ...

ooo ye ke... kenapa ko x pegi buat rawatan & minta declaration?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:23 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 04:16 PM
Mananya thread ko? Tadek pun....

Bukak tread ni umpama bukak fun fair
Ko kene well menten..kene observe..to make sure fun fair ko berjalan dgn lancar..

Tapi aku bukan ada banyak masa nak buat semua tu..
Plus......saka malas aku ni asyiklaaaa tak mo berenggang..camno..?

So..
Aku just menempek kat rumah ko jer laa, tt..dengan izin...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 04:23 PM | Show all posts
makton replied at 7-12-2015 04:18 PM
ooo ye ke... kenapa ko x pegi buat rawatan & minta declaration?

Aku gi... paling2 diorang cakap aku ada gangguan je. Dorg takkan cakap ni jenis pendamping ke, qarin ke, saka ke...

Aku pun tak peduli semua tu... sebab yang penting dia jahat dan aku nak dia pegi jejauh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 04:26 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 04:28 PM
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:23 PM
Bukak tread ni umpama bukak fun fair
Ko kene well menten..kene observe..to make sure fun fair ko  ...

Asal pulak bukak thread baru nak kene well maintain? Aku bior je thread ni orang nak baca ke tak. Yang penting aku share je pengalaman untuk sesapa ambik manfaat.

Ko bukak baru la ngan tajuk ko sniri. Senang orang nak komen, takde campur aduk ngan citer aku. Kang aku sniri plak pening mana satu jin ko, mana satu jin aku. Haha...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:30 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:03 PM
Dah..saka malas aku gi makan tadi..
Tu bule siap satu cerita...




ooo...baguih..baguih dah bukak thread ek?nanti jap aku nak singgah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 04:26 PM
Asal pulak bukak thread baru nak kene well maintain? Aku bior je thread ni orang nak baca ke tak.  ...

Bukan soal orang baca ke tak baca.
My concern is, bila kita buka terid dan ada komen2 or pertanyaan2 mcm ' bila nak sambung, tt?' Sedangkan kala itu kita x on air sbb bz ke ape..aku rasa macam alaaaa kesiannyaaa la pulak tuan tanah tak melayan..

Ala-ala rumah hantu tak berpenunggu...gituuuu...


qehqeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
chicmushroomkd replied at 7-12-2015 04:30 PM
ooo...baguih..baguih dah bukak thread ek?nanti jap aku nak singgah

Huiksss..mukan..mukan..aku blm smpai seru nk bukak 'funfair' sendiri lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:37 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:00 PM
Okla..meh la sini aku share sikit kisah..
Sekadar nak deviate rasa hiba aku akibat kemangkatan Tunk ...




hehe...kat sini rupanya cerita ko...

agak menakutkan la cara dia usik adik ipar ko tuh...
main tegur2, and tampar2 ngan angin bayu pulak ye..
kalo aku, jawabnya laki bawak tiffin kosong jela buat bekal


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 04:38 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:35 PM
Bukan soal orang baca ke tak baca.
My concern is, bila kita buka terid dan ada komen2 or pertanya ...

Aku pun sbenarnya update citer memalam je lepas opis hour. Kat opis ni takleh nak nulih pepanjang pun.
Kalau rasa tak sempat, cakap siap2 je yang ko ade hal, takleh update segera... so takdelah orang tunggu.
Cam aritu cik C tunggu aku blaja upload gambar. Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:39 PM | Show all posts
Tergendala keje kat office ni sebab baca thread kau ni TT


best! nora bg 5 bintang!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 278924 Replies : 6907
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 43831 Replies : 121
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 78422 Replies : 797
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 6278 Replies : 118
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 20953 Replies : 130
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6149 Replies : 27
Mat Salleh buat video graduasi guna lagu "UiTM di Hatiku". Netizen terhibur lagu rasmi UiTM mendonia
mojarean_XMat Salleh buat video graduasi guna lagu
Views : 9972 Replies : 11
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13352 Replies : 90
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27588 Replies : 115
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21958 Replies : 94

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.122433 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list