CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 3

[Trending] Umat Islam Diingatkan Berhati-Hati 'Telekung Salib'-Jainab

[Copy link]
Post time 9-6-2015 11:54 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU
: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.

Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, beliau berkata sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," katanya kepada Bernama pada Isnin ketika diminta mengulas isu itu.

Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Telekung mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial.


p/s: Macam-macam hal berlaku sekarang ni, sampai telekong pun nak disalibkan.. kalau ada nampak mak atau makcik kite beli better nasihat kan. Jangan terawih besok ada yang pakai telekung mcm ni ... haih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 11:57 AM | Show all posts
Salam,

Dah ada thread ni..

[Jenayah] Telekung salib la pulak uols.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2015 12:01 PM | Show all posts
Lari_Laju replied at 9-6-2015 11:57 AM
Salam,

Dah ada thread ni..

oh yeke.. sorry.. sbb teringat nanti terawih kalau ade yang pakai.. tu yang share tu.. tutup la kalau dah ada..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts

diantara kerja2 puak Zionist ni..
akan berterusan sehingga kiamat
just beware...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    28-6-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054850 second(s), 29 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list