Pasti ramai yang masih ingat mengenai penyanyi dangdut Amelina yang telah mengeluarkan album terakhirnya iaitu ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998, dan kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.
Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran
Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan.
Amelina sebelum ini dilaporkan sudah bertudung. Namun terkini, kelibatnya telah berjaya dirakamkan secara 'candid' di Bangsar Shopping Centre (BSC), Bangsar, Kuala Lumpur.
Bersamanya ialah penyanyi Maya (Matahari) serta seorang lagi teman yang tidak dikenali. Mereka dilihat berbincang sesuatu di sebuah restoran ala Barat sebelum kemudian merakam gambar kenangan ketika mahu beredar pulang.
kredit : myartis Last edited by dejure on 3-11-2014 10:41 AM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Abang jangan tunggu lama-lama
Jika kau suka datang saja ke rumahku
Abang kalau tunggu lama-lama
Ku takut nanti diriku disambar orang
Ku bimbang kau nanti jadinya
Kalau sampai berputih mata
Rapatlah rapat daun pinang
Buahnya lebat berganding-ganding
Cepatlah cepat abang pinang
Bulanlah depan kita bersanding!
akak suka Amelina dangdut sampai skrg lagu dia sedap di dengar, dia pun xketerlaluan masa popular dulu.. xda lah dia bergelek ala murahan mcm mas idayu opssss!!! dia dangdut mcm sopan gitu..