CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9335|Reply: 39

"Happy Teachers Day, Cikgu!" - Barisan Pelakon 'Oh! My English'

[Copy link]
Post time 16-5-2014 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Barisan pelakon OME! musim ketiga. (dari kiri, berdiri) Juzzthin, Amyra Rosli, Mazlee, Anusha, Nadia Nisaa, Jibam. (dari kiri, duduk) Zain Saidin, Ogy Ahmad Daud dan Sherry Al-hadad.

Tarikh 16 Mei menjelma lagi hari ini. Hari di mana para guru diraikan secara besar-besaran di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan. Selamat Hari Guru, cikgu! Semoga para guru di seluruh tanah air terus mencurahkan bakti mereka tanpa jemu seiring dengan tema hari guru tahun ini, 'Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi'.

Tentunya ramai yang terkenang kembali kenangan bersama guru-guru di sekolah yang telah lama ditinggalkan. Walau jauh di mata tetapi masih dekat dihati. Setiap orang pasti punya kenangan bersama guru-guru yang telah banyak membimbing kita semua di dalam pelajaran mahupun perkara lain.

Jadi, sambil-sambil anda semua terkenangkan memori manis juga pahit-pahit kelat anda bersama cikgu masing-masing, MD baru-baru ini berpeluang bertemu dengan barisan pelakon sitkom berkonsep pendidikan yang cukup popular, 'Oh! My English! (OME!) bagi musim ketiga.

Berikut antara ucapan-ucapan ringkas daripada barisan pelakon OME! musim ketiga sempena Hari Guru:

"Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu saya yang telah mendidik. Di sekolah dulu saya ada dua orang cikgu yang percaya dengan bakat saya. Kalau bab-bab belajar ni saya malas sikit tapi kalau ada apa-apa acara atau majlis sambutan di sekolah, asyik-asyik muka saya sajalah yang akan buat persembahan". - Sherry Al-Hadad (aka Cikgu Bibah)

"Terima kepada semua cikgu saya yang telah mengajar saya tanpa jemu. Walaupu saya ni seorang murid yang nakal tapi cikgu-ciku saya bersabar saja dengan perangai saya. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru di Malaysia", - Juzzthin

"Selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang mendidik anak-aak bangsa tanpa jemu. Mira dulu kat sekolah, nakal lah jugak. Saya pernah ponteng sekolah", - Amyra Rosli

"Walaupun saya bukan cikgu tapi bila diberi peluang berlakon jadi ckgu ni, baru saya faha dan tahu bertapa besarnya tanggungjawab seorang guru. Manakan nak mengajar dan mengawal dan melayan kerenah setiap anak murid. Saya nak ucapselamat hari guru kepada semua guru di seluruh tanah air. Jasa kalian mendidik anak-anak bangsa sangat kami hargai. Teruskan berbakti pada negara", - Zain Saidin (aka Mr. Middleton)

"Selamat Hari Guru kepada semua cikgu saya dan cikgu seluruh Malaysia. Terima kasih kerana mendidik saya. Saya dulu di sekolah seorang yang nakal dan tak reti duduk diam. Lebih kurang sama lah dengan watak saya dalam OME!",- Nadia Nisaa (aka Jojie)

"Selamat Hari kepada cikgu-cikgu saya di Sekolah Convent Bukit Nenas. Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya tahu saya ini seorang murid yang nakal dan sampaikan ada cikgu yang fed-up dengan kerenah saya ketika di zaman sekolah dulu (gelak). Semoga semua guru di Malaysia terus menabur jasa dan tabah menghadapi cabaran sepanjang mencurahkan bakti.- Ogy Ahmad Daud (aka Pengetua).

.

Bagi peminat OME!, musim ketiga kembali dengan macam-macam lagi gelagat dan kisah menarik dari gurunya dan murid-murid tingkatan 4 Merah, SMK Ayer Dalam. Khai, Jojie, Putri dan Zack ditempat-kan di kelas 4 Merah yang mana semua-nya bakal meriuhkan lagi kelas berkenaan apabila masing-masing tampil dengan personaliti berbeza.

Bagi memberikan kelainan pada musim kali ini, OME bakal menampilkan beberapa wajah baharu seperti Fauziah Ahmad Daud sebagai pengetua, Nadiya Nisaa, Rahim R2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Juzzthin dan Sherry Alhadad. Bukan sahaja barisan pelakon baharu malah jalan cerita yang lebih segar dan bermanfaat akan ditampilkan dalam memberikan maklumat berguna kepada penonton.

Selain turut mengekalkan watak kegemaran dalam siri berkenaan seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa) serta guru mereka Mr Henry Middelton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). Disamping ramai selebriti popular tanah air turut membuat penampilan khas sepanjang musim terbaharu ini seperti Faizal Hussien, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare.

'Oh My English!' musim ketiga bakal bersiaran bermula 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).

.



http://malaysiandigest.com/hibur ... -oh-my-english.html
Last edited by adik^manis on 16-5-2014 10:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 11:06 AM | Show all posts
suka tgk keletah  jibam , sys ngan mazlee
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:10 AM | Show all posts
burokknyaa rambut zain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:17 AM | Show all posts
Happy Teacher's Day.. cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:20 AM | Show all posts
gambar 1st tuh bukan pelakon kyle shafiq tu ke... nape tulih mazlee... ngantuk dah ke reporter tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:24 AM | Show all posts
ade lg ke student melayu pki skirt g skolah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2014 11:24 AM | Show all posts
nape blond sangat rambut zain tuh..

huhuhu...

warne cekelat2 je dah la.. adoi yai...

ramai ke member baru dlm OME? lame dah tak tengok.. rase best je yang member2 lame..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:25 AM | Show all posts
selamat hari guru buat semua guru ye!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 11:34 AM | Show all posts
hah hah hah Juzzthin is my nephew..
His mum is my sister
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:36 AM | Show all posts
He's short like his late dad.. anak tunggal..
Skin like our family but hair like his dad..
Formerly act in Waktu Rehat - Disney Channel Last edited by Tura_04 on 16-5-2014 11:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:36 AM | Show all posts
rmi org baru...aku lg ske org dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:38 AM | Show all posts
Nadia Nisa jadi student???? whatttt??? baik panggil erra, rozita che wan and umi suh join jadi student sekali.... xsesuai
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:38 AM | Show all posts
this season nak tgk la ... mcm best je ...

cute la Jibam & Mazlee tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:43 AM | Show all posts
pelakon2 lama mcm aeddy asyraf ngan izara x de musim baru ni
ganti lak dengan nadia nissa
nadia nissa dah kertu pun jadi bdk sekolah??....
dah tak ada orang lagi ke nak berlakon?

Kyle Syafiq tu pun x sesuai nak jadi budak sekolah





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 11:45 AM | Show all posts
hazmireen posted on 16-5-2014 11:38 AM
Nadia Nisa jadi student???? whatttt??? baik panggil erra, rozita che wan and umi suh join jadi stude ...

haaa....ntah apa2 nadia nisa jadi student

betul tu...baik panggil erra, che ta joint jadi student sekali




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 12:04 PM | Show all posts
aeddy asyraf aka shafiq...izara aishah aka azlin...shafie naswip aka azlan...semua dah xda musim 3 ni..even cikgu dia org like en mohd saleh...cikgu malek..semua dah xda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 12:15 PM | Show all posts
kebanyakan nye muke2 baru
nape izara xde dlm season ni eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 12:19 PM | Show all posts
patut la anak tok adi dah lama takde dlm citer tanah kubur..berlakon citer ni rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 12:23 PM | Show all posts
iols ok je semua... cuma izara tak da mcm tercari2 pulak..harap amyra rosli tu ada wow efek la juga untuk ome3 ni.. nak tengok lakonan sherry tu..macam best..nadia nisa jadi student selekeh kan..mentang2 gigi gitu
syafik kyle tu ada masalah ocd kan..macam nerd gila dalam promo
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 12:29 PM | Show all posts
Zack (Juzzthin)

Last edited by rosasa on 16-5-2014 12:33 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.083083 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list