|
Aku bekas pengguna Galaxy S2.. dua tahun lebih gak la pakai.. masa beli S3 dah kuar.. so S2 turun harga jadi RM1.4K aku beli.. sememangnya screen amoled mmg kegemaran aku.. Dan sememangnya aku ni excited tengok laut ari tu masuk laut aku lupa HP dlm poket. makanya tamatlah riwayat S2 aku kat air laaut yg masin. Alhamdulillah Simkad okay..
So, dgn kewangan yg tidak memberansangkan.. dan kerja2 aku pula memerlukan smart phone sbb client pun suker watsapp2 aku jer kijernyer.. siap buat group la itu ini.. x main email2 dah nok.. disebabkan aku akan terlambat info.. so, aku x leh tunggu smpai duit aku cukup baru nak rembat Samsung (kekonon nak pakai Note 3 or S5 la). Memandangkan aku x ckup duit nak kumpul 2K lebih dlm seminggu.. dan aku jugak x der Card Credit nak buat installment.. maka, aku terjumpa la jenama Lenovo ni.. Quad Core, design lawa, android, camera x secantik Samsung, Sony or Nokia or Iphone.. but still leh accept..
Aku pun jenlalan LAZADA.. setelah aku survery review sesumer.. kekonon nak amik S930 sbb besor cam Note.. skali aku pikir aku ni suker letak HP dlm poket.. so, S820 la sesuai.. lelagi plak kamera 13MP belakang 2MP depan.. pi LAZADA nampak White.. aku x suker merah sbb kaler merah bukan fav aku.. tp S820 white internal memory 4GB jer.. awal2 plak LAZADA tulis Lenovo S820 (Import) RM539.00. Aku pun rembat la.. w/o accessories. aku pun x kisah sbb aku dah ada memory card sendiri.. setakat screen protector RM10 jer leh dpt.. casing flip ke apa ker.. aku bkn jenis suker pakai casing ni.. rimas..
So, order mlm tu, lusa smpai la kat umah.. Aku cuak gak sbb import kan? aku risau kalau semua dlm tu bahasa Cina.. sekali dah smpai.. aku on.. aku rs penjual ni dah set kan tok aku.. tetiber bukak in bahasa.. jenuh aku mencari setting (Aturan) sbb nak tukar ke English balik.. Android Jelly Bean..
aku dpt jer hp ni.. bkn nak tunggu charge 8 jam ke apa.. terus charge sambil install terus semua aku nak..
Facebook, twitter, whatsapp, kakaotalk, instagram.. alhamdulillah semua okay.. internal jer kecik. tp aku move jer ke SD card.. kot aku rs ROM lebih.. so far semua okay..
1 jer la aku pening skit.. bila ada call masuk.. ada tulisan Cina kat bawah nama caller.. aku tanya opismet aku apa tulisan tu? maksudnya "Malaysia" dia letak negara rupanya.. as long as tulisan tu x mengganggu info yg aku perlu tau.. aku x kisah.. nama pun beli murah kan.. so far aku suka S820 ni.. slim, kecik, lawa.. tengok dr jauh pun mcm elegan gitu.. dual sim plak.. nak pakai pun x confuse.. leh beza kalau nak wat make call aku pakai simkad mana.. aku nak pakai data aku kena pakai sim mana.. for me friendly user gak la. aku suker.. Sbb android.. so aku rasa sama jer mcm S2 function dia.. lg laju dr S2 aku dlu..
Baru RM500++.. 1/3 dari S2 aku dlu.. ches!! So, bykan.. buat apa beli mahal2 kalau kualiti sama cam yg mahal.. Aku mmg la suker Samsung.. tp dah jumpa Lenovo yg leh puaskan ati aku dlm masa sama mencapai bajet aku.. makanya aku sokong Lenovo. Screen LCD.. okay la.. walopun x sebagus Amoled. Last edited by JUSTcircle on 21-4-2014 02:27 AM
|
|