CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21180|Reply: 115

Che Ta Mahu Saman Kerana Rugi Hampir Setengah Juta Ringgit

[Copy link]
Post time 5-4-2014 09:53 AM | Show all posts |Read mode
5 Apr 2014, 02:01am   |   Farhana Ab Rahman



Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih popular dgn panggilan Che Ta mengambil keputusan untuk memberi notis tuntutan kepada pihak yang menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan sehingga menyebabkan dia kerugian kira-kira setengah juta Ringgit.

"Produk lain yang ingin mengambil saya sebagai duta membatalkan niat tersebut kerana menyangka saya sudah terikat dengan produk yang menggunakan nama serta gambar saya. Saya tak suka orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya sesuka hati sehingga membuatkan orang lain salah faham," ujar Che Ta ketika ditemui di sidang media tergembar di Kafe Flora, AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.



Menurut che Ta, kedua-dua produk terbabit menggunakan nama serta gambarnya di laman-laman sosial bagi tujuan melariskan dan meningkatkan hasil jualan. Dalam masa yang sama, isteri kepada Zain saidin ini turut menegaskan dia tidak pernah terlibat atau mewakili mana-mana produk kecantikan kecuali Safi Rania Gold dan Longevite.

Menurut peguam yang mewakili Che Ta, Ahmad Fuad Hasim, pihak Che Ta menghantar notis tuntutan kepada syarikat terbabit supaya tidak menggunakan namanya lagi serta menurunkan iklan mereka dalam waktu terdekat. Tempoh selama 14 hari diberikan dan jika pihak berkenaan gagal berbuat demikian, tindakan saman akan diambil.

"Pihak terbabit diarahkan untuk menurunkan gambar serta nama Che Ta serta merta. Jika gagal, kami akan mengeluarkan surat saman dalam masa 14 hari," kata Fuad.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2014 10:00 AM | Show all posts
Che Ta rugi RM500,000

Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: “Sebab iklan itu, saya kehilangan kontrak produk kecantikan bernilai hampir setengah juta. Jadi saya kena ambil tindakan,” kata pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan mengenai keputusannya mengemukakan notis tuntutan kepada pihak yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran pada iklan dua produk kecantikan.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 43, mengambil tindakan itu kerana mengalami kerugian selepas kehilangan kontrak sebagai duta satu produk kecantikan bernilai hampir RM500,000, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak ketiga yang berhasrat melamar Rozita sebagai duta produk membatalkan rancangan itu kerana mereka menyangka aktres terbabit sudah terikat dengan dua produk berkenaan.

Rozita berkata, dia mengambil keputusan menghantar notis tuntutan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dirahsiakan identiti itu kerana gagal menurunkan iklan daripada pelbagai platform promosi selepas diminta berbuat demikian sebelum ini.


ROZITA bersama Ahmad Fuad dalam sidang media, semalam.

“Saya sudah beri mereka tempoh dan tunggu dua hingga tiga bulan. Pengurus saya juga pernah menghubungi dan cuba berunding dengan ejen jualan produk itu untuk turunkan nama dan wajah saya.

“Namun, tiada apa-apa tindakan daripada mereka. Jadi saya menerusi peguam akan hantar notis menuntut mereka turunkan iklan itu dalam masa 14 hari atau berdepan tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini, semalam.

Rozita turut ditemani pengurusnya Afeeq Abdul Wahab dan peguam Ahmad Fuad Hasim.

Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan Rozita mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan wajahnya mempromosikan dua produk kecantikan termasuk satu produk membesarkan payudara.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:07 AM | Show all posts
produk mana yg pakai pix dia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:08 AM | Show all posts
labuh lah skit skirt tuh che ta...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:11 AM | Show all posts
X nmpk perut lg masih walu preggy
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:12 AM | Show all posts
skymania posted on 5-4-2014 10:08 AM
labuh lah skit skirt tuh che ta...

Harus nok pendek seket beliau laki masih muda gitu
Feeling muda walu opss
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2014 10:16 AM | Show all posts
skymania posted on 5-4-2014 10:08 AM
labuh lah skit skirt tuh che ta...



rozitachewan1   Me n my love @therealzainsaidin


amboiii...tangan Zain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2014 10:17 AM | Show all posts
mixed posted on 5-4-2014 10:12 AM
Harus nok pendek seket beliau laki masih muda gitu
Feeling muda walu opss

kannn?...kenalah ikut citarasa laki dia...kang kena caras oleh artis lain pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 5-4-2014 10:11 AM
X nmpk perut lg masih walu preggy

Dia slim sgt..1st trimester xnmpk le..cm si cantik scha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:30 AM | Show all posts
cantiknye walopon dah 43...

tak nampak jelaslah kat gambar tuh produk ape yg pakai gambar die...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:32 AM | Show all posts
hahaha baru iols perasan yg lawyer dia tu cousin iols... smlm baca sekaliharung tak perasan... wah.. Tahniah Fuad.. Dah jd lawyer Che Ta skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:35 AM | Show all posts
Lerr ingatkan betul2 lah rugi rm500k rupa2nya rugi secara virtual ja kah2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn aura beauty tu ke? Yg claim didie alias pregnant sbb ambik supplement dorang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:00 AM | Show all posts


cik ta kalau pun nak pakai baju mcm tu labuh la sikit

act your age
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:09 AM | Show all posts
kaseh80 posted on 5-4-2014 11:00 AM
cik ta kalau pun nak pakai baju mcm tu labuh la sikit

act your age

Macam pakai baju ja.. Xpakai kain@ seluar.. Not nice la. Dah la preggy
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:31 AM | Show all posts
skymania posted on 5-4-2014 10:08 AM
labuh lah skit skirt tuh che ta...

teringat masa tengok telefilem anak ikan lakonan che ta & zain. che ta pakai skirt dan astro blur(sensor)kan bahagian lutut/paha che ta.jarang aku tengok tv sensorkan cite melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Puan ta mmg x mkn saman bab pakaian umpama curah air ke daun tua2 keladi makin mjadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:49 AM | Show all posts
yaa ampun cantiknya che ta, jelesinnnn bangettt iolsss
che ta mkn apo che ta smp mcm neh cantikkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:52 AM | Show all posts
iza.moha posted on 5-4-2014 11:40 AM
Puan ta mmg x mkn saman bab pakaian umpama curah air ke daun tua2 keladi makin mjadi

xpe, abang zain suke kate nye...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nmpk rugi byk tu...smpi nk beli kain lebih skit pun x mmpu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094347 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list