CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3681|Reply: 17

David Teo pun nak jadi penyanyi rap??

[Copy link]
Post time 29-3-2014 08:46 AM | Show all posts |Read mode
David Teo Jadi Penyanyi, Rakam Lagu Rap   
                           
David Teo bakal keluar single pertama bersama Fida Ibrahim.
  
    PETALING JAYA:  Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG)  David Teo, melakukan percubaan berani apabila berganding dengan penyanyi Fida Ibrahim untuk projek terbaharunya bagi menghasilkan single lagu pertama berjudul Kacang.Bagaimanapun, David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif  MIG berkata, lagu mempunyai lirik membawa maksud seperti peribahasa Kacang Lupakan Kulit  itu tidak bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak.

"Saya rasa ingin menyanyi selepas melihat AC Mizal berjaya menyanyikan lagu Apo Keno Eh Jang dengan baik dan diterima masyarakat. Saya hanya nyanyi bahagian rap sahaja seperti AC Mizal.

"Lagu ini ciptaan  Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal Kacang Lupakan Kulit, namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," katanya kepada Mstar Online. Tambah David, single pertama ini sudah siap dirakam dan kini dalam proses akhir sebelum ia diedar kepada stesen radio. Katanya, ia merupakan sebuah projek serius yang ingin dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang.

"Saya buat ini bukan sebagai lagu tema filem atau ia sekadar suka-suka tetapi ia adalah satu projek yang serius dan kalau ia bernasib baik, harap-harap terpilih ke AIM tahun depan."roses rakaman dah selesai dan hanya tinggal beberapa proses akhir sebelum ia dihantar ke stesen radio," katanya.

Sementara itu, kata David, pemilihan pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim sebagai rakan duetnya disebabkan penyanyi itu mempunyai lenggok suara Melayu yang unik. David juga dalam dalam proses menghafal lirik sebelum tampil menyanyikan lagu tersebut di hadapan khalayak pada majlis pelancarannya tidak lama lagi.

Ibu bapa Nina Iskandar Minta Kebenaran

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya tentang pelakon baharu dibawah naungannya, Nina Iskandar yang bakal bertunang dengan seorang ushawan berasal dari Kelantan, David berkata, ibu bapa wanita itu sudah datang menemuinya bagi meminta kebenaran.

"Dia ada datang jumpa saya untuk beritahu sedang bercinta dan akan bertunang, tetapi saya minta ibu bapa dia sendiri datang untuk mengesahkan hal tersebut.

"Saya tidak ada halangan, saya mahu ibu bapa dia tahu perkara ini, kerana ketika dia ingin menyertai MIG dahulu ibu bapa dia datang beri persetujuan kepada saya," ujarnya.

Kata David, Nina merupakan artis MIG pertama yang tampil meminta persetujuan dan mengikut prosedur baharu yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan itu.




p/s : tu diaaa... nak dicalonkan ke AIM katanya... napa x masuk AJL sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2014 09:36 AM | Show all posts
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 09:37 AM | Show all posts
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz posted on 29-3-2014 09:37 AM
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya

Ko jgn nnt abes dia soh staff metrowealth pakat undi dia utk mingguan n xlupa juga request    lagu tu kt radio
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 10:35 AM | Show all posts
lagu mi sedap, dengarkan "mi sedap" pada ketika 01:49





http://youtu.be/NL2Y3ovbaHk



mee sedap jelas terasa sedapnya, soal rasa lidah tak boleh bohong!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tamak segala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsbr nk dgr...huhuhuhu. pastu:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 12:48 PM | Show all posts
perggghh AIM?? gud luck






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2014 11:26 PM | Show all posts
aku suka david teoh ni...dia ni kalau jadi ketua menteri pulau pinang msti meriah pulau pinang
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 11:33 PM | Show all posts
hahaha..pandai dia buat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 11:34 PM | Show all posts
Speechless sat hahahaha tapi for sure parody material punya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 12:17 PM | Show all posts
kalau ngundi sms  ada chance la dia ke final kui3 ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 02:58 PM | Show all posts
bayangkan dia rap dengan pelat2 dia....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 02:42 PM | Show all posts
kosser i nk dgr hoi....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 05:09 PM | Show all posts
dok imeeejiiinn abam david teo nyanyi rapp
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 05:10 PM | Show all posts
alphawolf posted on 30-3-2014 02:58 PM
bayangkan dia rap dengan pelat2 dia....

dah boleh bayang kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 05:15 PM | Show all posts
do watever u want mr david asalkan tak menggangu sensitiviti...
kamu dalam dunia hiburan,apa2 saje boleh jadi bahan menghiburkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:04 PM | Show all posts
kalo David Teo feat. Bobo mest meletop lagi ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065807 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list