CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4796|Reply: 11

10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun

[Copy link]
Post time 26-2-2014 04:37 PM | Show all posts |Read mode
10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Menjadi seorang selebriti sangat tidak sesenang yang kita lihat. Selebriti terpaksa menjadi sempurna dalam semua aspek, dari pakaian ke kulit, dari rambut ke kaki, dari mata ke telinga.


Orang hanya melihat dua perkara dalam diri seorang selebriti wanita; kecantikan dan lakonannya. Namun begitu, kecantikan sentiasa boleh mengatasi lakonannya dengan mudah kerana kecantikan mempunyai kebolehan untuk mencapai apa sahaja yang diinginkan di dalam dunia ini.


Di bawah ini adalah senarai 10 selebriti wanita yang masih cantik di usia 40 tahun. Mungkin senarai yang korang baca agak berbeza tetapi mereka dalam senarai ini sememangnya sangat cantik!


Catherine Zeta-Jones


Catherine Zeta Jones1 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Dilahirkan pada 25 Septermber 1969 di Glamorgan Barat, Wales, UK. Catherine adalah salah seorang selebriti wanita yang paling cantik di usia mudanya dan tidak pernah kehilangan kecantikannya walaupun usianya telah mencapai 40 tahun. Filemnya yang paling popular adalah ‘The Mask of Zorro’ yang menggandingkannya dengan Antonio Banderas.


Salma Hayek


salma hayek 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Dilahirkan pada 2 September 1966 di Coatzacoalcos, Mexico, Salma Hayek sentiasa didambakan oleh ramai orang dengan kecantikan dan keanggunan yang ada padanya. Dia adalah salah seorang daripada selebriti wanita yang boleh menjayakan sebuah filem berseorangan dengan melakukan ‘magis’ pada para penonton. Filemnya yang paling popular adalah Desperado.


Courteney Cox


Courteney Cox 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Dilahirkan pada 15 Jun 1964 dalam sebuah keluarga selatan yang mewah. Courtney sangat cantik pada usia mudanya dan semakin bertambah cantik setelah lebih berumur. Dialah yang menjadi motivasi kepada orang ramai yang berpendapat tua adalah teruk. Dia dikenali daripada rancangan tv Friends.


Sandra Bullock


Sandra Bullock 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Sandra Bullock dilahirkan dalam tahun 1964 di Virginia, Washington, DC. Beliau selalu dikenali sebagai selebriti wanita yang paling ‘panas’ pada masa mudanya. Beliau berjaya mengekalkan kejelitaannya dan tidak pernah terfikir untuk melepaskannya. Salah satu filemnya yang popular adalah Crash.


Ellen Pompeo


ellen pompeo 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Ellen Pompeo dilahirkan pada 10 November 1969 di Everett, Massachusets, USA. Ellen terkenal dengan rancangan TV hebat ‘Grey’s Anatomy’ mengenai doktor dan kehidupan seharian mereka. Beliau boleh dikatakan salah seorang selebriti wanita paling cantik walaupun pada usia 40 tahun dan tidak adil jika beliau dibandingkan dengan selebriti lain yang lebih muda.


Jennifer Aniston


Jennifer aniston 400x225 300x168 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Jennifer Aniston dilahirkan pada 11 Februari 1969 di Sherman Oaks, California, USA. Jenniffer bersama-sama Courtney Cox dikenali dengan rancangan TV Friends yang merupakan salah satu rancangan TV komedi terbaik pada zamannya. Jennifer sangat cantik dari dulu sehingga sekarang. Tiada ragu lagi.


Jennifer Lopez


jennifer lopez 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Jennifer Loper dilahirkan pada 24 Julai 1969 di The Bronx, New York, USA. J-Lo adalah sangat cantik dari dulu hingga sekarang dan merupakan selebriti yang sangat anggun. Beliau meraih populariti sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi. Kecantikan J-Lo sentiasa dipuji dan seakan-akan tidak pernah luntur.


Nicole Kidman


Nicole Kidman 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Nicole Kidman dilahirkan pada 20 Jun 1967 di Honolulu, Hawaii, USA. Nicola dianggap selebriti wanita paling popular semasa mula menjelmakan diri dalam Holywood. Dengan lakonan yang hebat dan kecantikan yang tak terungkap, beliau menjadi popular dalam masa yang singkat. Filem yang paling popular adalah Moulin Rouge.


Monica Bellucci


Monica Bellucci 400x300 300x225 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Monica Bellucci dilahirkan pada 30 September 1964 di Citta di Castello, Umbria, Itali. Kecantikan Monica sentiasa meningkat dari hari ke hari walaupun beliau semakin berusia. Monica, seperti Salma Hayek, mempunyai kebolehan untuk menarik minat para penonton untuk menonton filem lakonannya kerana kecantikan yang ada pada tidak boleh dibiarkan oleh sesiapa sahaja di atas planet ini.


Madeleine Stowe


madeleine stowe 400x239 300x179 10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun


Madelein Stowe dilahirkan pada 18 Ogos 1958 di Los Angeles, California, USA. Madeleine dikenali melalui filem lakonannya yang bertajuk The Last of the Mohicans. Beliau sekarang terlibat dengan sebuah rancangan TV bertajuk Revenge yang masih lagi berjalan. Madelein sudah berusia tetapi kecantikannya tidak.


Cantik? Kagum? Kecantikannya yang kekal bagi mereka adalah kelebihan bagi mereka, tetapi kita sebagai manusia tidak boleh memandang kecantikan sebagai satu-satunya kelebihan yang wajib ada dalam diri seorang manusia. Berusahalah untuk mengetahui apa keunikan dalam diri kita kerana setiap manusia ada kelebihan masing-masing.












Last edited by cef_gango on 26-2-2014 04:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 04:51 PM | Show all posts
mmg cntik ..tp kecantikan dorang ni ori ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 05:11 PM | Show all posts
budak_gemuk91 posted on 26-2-2014 04:51 PM
mmg cntik  ..tp kecantikan dorang ni ori ke??

Kau ni mesti cemburu tahap serius!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 05:15 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 26-2-2014 05:11 PM
Kau ni mesti cemburu tahap serius!!

tak slh ada rasa jeles
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 06:24 PM | Show all posts
ala pakai aps 360 je tu.. tipu semua.. ni android semua...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 07:53 PM | Show all posts
komfem ke takde alter2??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2014 03:47 PM | Show all posts
cuba jangan pakai mekap,
tengok cantik ke tak cantik....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:40 AM | Show all posts
Tau takpe, tanggal make up je selebriti-selebriti ni nampak cam typical housewife saje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2014 01:24 PM | Show all posts
memang cantik

...bila berumur cantik dengan gaya masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 10:43 PM | Show all posts
Yang disenaraikan tu memang cantik. Yang lain2 pun bermake up/surgeri bagai tapi masih tak secantik mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 06:18 PM | Show all posts
sesetgah pmpuan tu makin berusia makin cantik dari zaman muda..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:50 PM | Show all posts
cantikkkkkkkk....terpegun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.216106 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list