CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4404|Reply: 26

[Dunia] Rosmah terima anugerah Global Inspiration Leadership

[Copy link]
Post time 18-12-2013 05:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dianugerahkan 'Global Inspirational Leadership' pada majlis Penganugerahan Afrika-Timur Tengah-Asia Amazons di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Penganjur majlis, Pusat Pembangunan Ekonomi dan Kepimpinan (CELD) berkata penganugerahan itu sebagai mengiktiraf komitmen tinggi dan peranan serta inisiatif isteri Perdana Menteri itu yang memberi impak kepada pembangunan dan perkembangan kanak-kanak dan wanita.

"Golongan kanak-kanak dan wanita merupakan aset penting dalam membentuk dan menentukan hala tuju destinasi sesebuah masyarakat dan negara pada masa depan.

"Justeru, usaha berterusan perlu dilaksanakan sebaik-baiknya untuk membangun dan memperkasa potensi serta nilai kanak-kanak dan wanita," menurut penganjur melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, pada majlis sama, Rosmah turut menerima pujian kongres secara rasmi daripada Senate of the US State of Georgia yang disampaikan delegasi dari Georgia.

Rosmah tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan itu kerana mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta, Indonesia.

Beliau mewakilkan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin untuk menerima anugerah itu bagi pihak beliau.

Rosmah melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu berkata anugerah berkenaan menjadi pendorong kuat untuk beliau meneruskan usaha yang dilaksanakan selama ini.            

http://www.astroawani.com/news/s ... al-leadership-27140


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 05:29 PM | Show all posts
kagumnya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:30 PM | Show all posts
Anugerah diterima kerana jasanya yg sgt bsr kpd negara. Sebesar rambut dan badannya...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:31 PM | Show all posts
tahniah kak ros

saya sukaa saya suka ---mei mei yang cantik
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:31 PM | Show all posts
Alahai macam mana beliau dapat anugerah ini? Duk bribe kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:31 PM | Show all posts
mangsa fitnah doanya sentiasa dimaqbulkan......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2013 05:31 PM | Show all posts
Kan dia cakap dia takder apa2 jawatan, camner boleh dpt award leadership?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:33 PM | Show all posts
Rosmah x nk g ni mesti sbb dh x blh naik jet malaysia lg. Geli la nk naik kpl mas dgn rakyat biasa kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 05:53 PM | Show all posts
muntri muntri kabinet haram jadah suma tak buleh pakai, tengok kak mah sana sini dapat anu gerah, buat malu ja! Oleh itu, saya sokong cadangan kadir jasin! rosmah for minister!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:54 PM | Show all posts
puteri umno jadikan DS ROsmah sbagai inspirasi... carik lagi yg ada kedudukan dan dah kaya cepat2 gemukkan diri..skian taceh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:55 PM | Show all posts
...

dapat lagi tambahan peruntukan utk permata....

yahooo... kaya

...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:56 PM | Show all posts
Memang terserlah leadership kak mah ni
PM malaysia pon ikut telunjuk dia
Individu paling berkuasa dalam Msia sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:56 PM | Show all posts
worth it la naik jet dapat awards uooolssss....kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:06 PM | Show all posts
solstice posted on 18-12-2013 05:56 PM
Memang terserlah leadership kak mah ni
PM malaysia pon ikut telunjuk dia
Individu paling berkuasa  ...

bukankah beliau takutkan cicak?
jibun takut rosmoh, rosmoh takut cicak
ini bermakna cicaklah makhluk yg paling berkuasa di malaysia sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:08 PM | Show all posts
shabib posted on 18-12-2013 05:55 PM
...

dapat lagi tambahan peruntukan utk permata....

sumpah saya akan memaki hamun jika permata dapat peruntukan tambahan...berapa banyak nak beri ke bende paling kurang cerdik dalam doniya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:13 PM | Show all posts
Muntz posted on 18-12-2013 05:31 PM
Kan dia cakap dia takder apa2 jawatan, camner boleh dpt award leadership?

Tuan Speaker,
Jasa Dia Sama Besar Bahkan Lebih Besar Dari Saiznya Lagi,
Kalau Bukan Dia Yang Telefon Ereb Mesir, Student Malaysia Nescaya Sangkut Lagi,
Takde Program Permata, Budak Budak Kecik Mesti Ramai Buta Huruf,
Memang Busat Jasa Ini Orang, Lebih Busat Dari Itu Badak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 08:39 AM | Show all posts
PathFinder@60 posted on 18-12-2013 11:13 PM
Tuan Speaker,
Jasa Dia Sama Besar Bahkan Lebih Besar Dari Saiznya Lagi,
Kalau Bukan Dia Yang Tel ...

Takperlah. As the first female PM in Malaysia, I recognize that award.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 08:51 AM | Show all posts
ala kak ros .. kenapa wakilkan orang tuk ambik anugerah tu? pegi je la. sekejap je pun. private jet kan sentiasa abelebel tuk bawak akak terbang kemana2. karang kecik hati pulak orang yang beri anugerah tu akak tak dtg .. main hantar2 wakil cenggitu.

apa2 pun tahniah ya kak ros. nak munga tuk ahkaq. sekuntum je la. nak satu bouquet .. duit tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:08 AM | Show all posts
tahniah lah kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:09 AM | Show all posts
Hebat nyaaaa...
Hebatnyeeeeee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.277811 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list