CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6949|Reply: 51

[Tempatan] MUKTAMAD-Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh, Berkuatkuasa 1 Januari 2014

[Copy link]
Post time 28-11-2013 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh, Berkuatkuasa 1 Januari 2014 - Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Disember, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini Khamis.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya," katanya.

Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.

"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000. Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini," katanya.

Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 11:17 PM | Show all posts
Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.


tang mana untungnya rakyat cite sikit?...kalo value property turun rakyat gak rugi..value property naik rakyat gak yg kena...so tang mana untungnya cite skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 11:22 PM | Show all posts

Bantahan tolak cukai taksiran KL pada 16 Dis ini

VIDEO l 3:47 minit
Anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur hari ini menggesa orang ramai agar menghantar bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara beramai-ramai pada 16 Disember ini, sehari sebelum tarikh tutup penyerahan bantahan.

Anggota Parlimen Batu, Tian Chua (kanan) menggesa penduduk KL yang mahu menyerahkan bantahan mereka agar berkumpul di dataran DBKL pada jam 11 pagi pada hari itu.

"Kita boleh menghantarnya secara beramai-ramai daripada menghantarnya secara bersendirian.

"Kita berkumpul di DBKL pada jam 11 pagi," kata Tian Chua pada sidang media bersama anggota Parlimen Kuala Lumpur di lobi Parlimen pagi tadi.
Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang turut hadir dalam sidang media sama menggesa agar semua pembayar cukai taksiran memfailkan bantahan mereka kepada DBKL.

Menurutnya, ia akan memudahkan proses rayuan di Mahkamah Tinggi kelak sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan kadar kenaikan cukai selepas bantahan mereka didengar.

Menurutnya, Seksyen 145 Akta Kerajaan Tempatan 1976 mewajibkan pembayar cukai taksiran untuk membuat bantahan secara bertulis sementara Seksyen 142 (2) pula mewajibkan pihak DBKL mendengar semua bantahan yang dilakukan secara bertulis kepada mereka.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 12:52 AM | Show all posts
Ehhh bukan tangguh ker?? yang semalam aku nengok kat tv tue aper
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 04:54 AM | Show all posts
  Kg. Baru ...kawasan orang melayu ....????
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 05:06 AM | Show all posts
2014 sume naik..mampuih rakyat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2013 05:33 AM | Show all posts
sesuai dgn kenaikan gaji MB & rakan2 sbyk 300%.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 08:01 AM | Show all posts
redha jer lah warga KL semua..
sekurang2nya malaysia masih aman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 08:08 AM | Show all posts
yela
dah kaya raya
pastu xnak bayar cukai plak
mmg patut la dinaikkan cukai
puak2 ni xleh nak beri muka sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:10 AM | Show all posts
tobby posted on 29-11-2013 05:33 AM
sesuai dgn kenaikan gaji MB & rakan2 sbyk 300%.

Bang..tu di selangor.. Kes kenaikan cukai pintu ni di wilayah persekutuan kuala lumpur.. Tengku denan mansor punya wilayah..menang pon hanya di putrajaya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:22 AM | Show all posts
smalam dgr berita bkn dbkl kata tangguh smpai mac 2014 ke??

ke tu berita lain?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:40 AM | Show all posts
si adnan mansor ni brapa dia punya cukai pintu? rumah besar 3 ke 4 tingkat dia kat jalan duta tu mesti banyak pintu... ko bayar tak nan? ke nan hado ko bayar... puiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:42 AM | Show all posts
tengku adnan pon bayar cukai gak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 10:56 AM | Show all posts
arghhhh gila la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:27 AM | Show all posts
so..apa lagi penduduk urban kl..antarla surat bantahan
cakap banyak pun tk guna khenn


p/s: to MB Selangor..selepas pengumuman kenaikan gaji..
        sila jangan naikkan segala cukai di Selangor ye
        Sayangi Selangor!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:30 AM | Show all posts
mamat2009 posted on 29-11-2013 08:08 AM
yela
dah kaya raya
pastu xnak bayar cukai plak

apa ko ingat yg dok kat KL ni semua org kaya kah?? Ko baru keluar dr gua ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 11:32 AM | Show all posts
akies posted on 29-11-2013 11:27 AM
so..apa lagi penduduk urban kl..antarla surat bantahan
cakap banyak pun tk guna khenn

Semalam penduduk apartment/kondo area kami sudah pun antar surat bantahan. Tp aku tak fikir tengku nan kisah pun. Yalah, naikkan saja benda tu. Taulah kita rakyat ajar depa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:40 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 29-11-2013 11:32 AM
Semalam penduduk apartment/kondo area kami sudah pun antar surat bantahan. Tp aku tak fikir tengku ...

Ko nak ajar apa dia bukan bertanding kawasan situ pun, lagipun wilayah persekutuan kebanyakan pembangkang menang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:46 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 29-11-2013 11:40 AM
Ko nak ajar apa dia bukan bertanding kawasan situ pun, lagipun wilayah persekutuan kebanyakan pemb ...

Aik!!! Msia ni ada KL saja ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:51 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 29-11-2013 11:32 AM
Semalam penduduk apartment/kondo area kami sudah pun antar surat bantahan. Tp aku tak fikir tengku ...

baguss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.083079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list