CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2756|Reply: 16

[Tempatan] 5.9 juta kereta Proton, Perodua telah dijual

[Copy link]
Post time 14-11-2013 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebanyak 5.9 juta buah kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) berjaya dijual sejak 1985.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak hampir 3.6 juta merangkumi 18 model dijual Proton manakala hampir 2.4 juta merangkumi sembilan model oleh Perodua setakat September tahun ini.
"Berhubung penglibatan kerajaan di dalam Proton dan Perodua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, industri automotif tempatan merupakan industri penting dan strategik yang boleh mempercepatkan proses perindustrian sesebuah negara.
"Penubuhan Proton dan Perodua sebagai projek nasional adalah untuk memastikan pembangunan industri automotif tempatan yang terancang dan tersusun serta meningkatkan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka panjang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berhubung senarai model kereta keluaran Proton dan Perodua mengikut tahun keluaran dan jumlah jualan setiap model setakat bulan ini serta alasan-alasan penglibatan kerajaan dalam kedua-dua pengeluar kereta tempatan itu diteruskan ataupun sebaliknya.
Mengulas lanjut, Mustapa menambah, kerajaan juga menggalakkan pembangunan serta pemindahan teknologi baharu dan terkini dalam industri automotif domestik.
Kata beliau, seterusnya kerajaan menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang 'niche' yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
"Kerajaan turut meningkatkan penyertaan bumiputera yang berterusan dalam industri automotif," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menyatakan, Proton dan Perodua sebagai pengeluar kenderaan berstatus nasional selama ini bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti pemasangan kenderaan, tetapi turut memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk, pembangunan jaringan pengedaran dan servis serta berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada Proton dan Perodua sebagai projek nasional yang menyumbang ke arah industri automotif tempatan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 09:10 AM | Show all posts
ptt laa jem kat mana2...

keta2 lama ni xdilupuskan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:15 AM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 14-11-2013 09:10 AM
ptt laa jem kat mana2...

keta2 lama ni xdilupuskan ke?

Masih ramai lagi yg pakai proton saga & perodua kancil generasi pertama.

Last edited by benzo33 on 14-11-2013 09:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:22 AM | Show all posts
dah jual berjota2 tapi masih dipayung kerajaan,tak reti2 nak berdikari lagi kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:27 AM | Show all posts
MengkuduMasam posted on 14-11-2013 09:10 AM
ptt laa jem kat mana2...

keta2 lama ni xdilupuskan ke?

2 blm kire time blik raya lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:33 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 14-11-2013 09:22 AM
dah jual berjota2 tapi masih dipayung kerajaan,tak reti2 nak berdikari lagi kekdahnya

Proton kan sudah dijual pada DRB-HICOM, mane ada support dari kerajaan lagi.. Perodua kan syarikat jepun punya share lagi banyak.. dah takde aktiviti payung-memayung nih... percayalah pada diri, berani berubah  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 09:34 AM | Show all posts
uih..kale merah Saga tu nama dia Pagoda Red....terus terbayang t shirt pagoda
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:36 AM | Show all posts
yeob posted on 14-11-2013 09:33 AM
Proton kan sudah dijual pada DRB-HICOM, mane ada support dari kerajaan lagi.. Perodua kan syarikat ...

kalulah ini kenyataannya,kan bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 10:36 AM | Show all posts
yeob posted on 14-11-2013 09:33 AM
Proton kan sudah dijual pada DRB-HICOM, mane ada support dari kerajaan lagi.. Perodua kan syarikat ...

among DRB -HICOM share sape??
Khazanah Nasional kan..?
Khazanah milik sape???bukan MOF ka??



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:59 AM | Show all posts
farouk21 posted on 14-11-2013 10:36 AM
among DRB -HICOM share sape??
Khazanah Nasional kan..?
Khazanah milik sape???bukan MOF ka??

Khazanah la yang jual Proton pada DRB-HICOM, DRB-HICOM Syed Mokhtar punyer, tang mane plak ada Khazanah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:21 AM | Show all posts
yeob posted on 14-11-2013 10:59 AM
Khazanah la yang jual Proton pada DRB-HICOM, DRB-HICOM Syed Mokhtar punyer, tang mane plak ada Kha ...

share DRB Hicom sape??bukan khazanah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 07:17 PM | Show all posts
Nasib baik ada agensi-agensi kerajaan. Buleh laa proton duduk atas pero2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 14-11-2013 07:17 PM
Nasib baik ada agensi-agensi kerajaan. Buleh laa proton duduk atas pero2.

Perodua lak share PNB n umw... Tu agensi mana ye??
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 08:03 AM | Show all posts
peYno posted on 14-11-2013 10:27 PM
Perodua lak share PNB n umw... Tu agensi mana ye??

Aku citer pasal share kaa, atau pasal kerahan-paksa-beli-kereta-proton-bau-bau-conti oleh agensi-agensi kerajaan..?







Padan laa proton menang dari segi kuantiti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 15-11-2013 08:03 AM
Aku citer pasal share kaa, atau pasal kerahan-paksa-beli-kereta-proton-bau-bau-conti oleh agensi-a ...

Keta power mmg laaa.... Perodua mana sexuai... Utk makcik bawak pi pasar....

Ps... Tgk camne dia gigih pertahankan perodua... Mmg set2 tu jee
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 07:34 PM | Show all posts
peYno posted on 15-11-2013 10:52 AM
Keta power mmg laaa.... Perodua mana sexuai... Utk makcik bawak pi pasar....

Ps... Tgk camne di ...

Dulu gomen pakai proton, lepas ni dengarnya honda plak. Kenapa..?
Dah kurang power ke...

Oh ye, keta power banyak jual kat tepi sungai penchala nun, bukan kat dalam Giant Kelaya Jaya.
Giant Kelana Jaya pon ramai stok-stok makcik2 yang rajin singgah pasar.

Abam peYno dah beralih sasaran jualan kepada makcik2 kat Giant tu kaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 15-11-2013 07:34 PM
Dulu gomen pakai proton, lepas ni dengarnya honda plak. Kenapa..?
Dah kurang power ke...


Huhh lega.. Harap2 org x tau aku hamya pki perodua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070077 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list