CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anwarnuwa

Cerita Seram Tahap 5 Bintang Bagi Aku...

[Copy link]
Post time 12-7-2013 01:51 AM | Show all posts
Aku punyer thread dulu pun seram gak.. pasal HANTU KERABAT.. last2 kena lock sbb takut jadi fitnah..
Tapi biase la..citer antu.. bukan smua konfirm 100% betul.. pelik aku kekadang...
Citer pasal hantu Mona Fendey pun bukan 100% betul tapi still leh mention name tp still mengaibkan gak klu x betul..
Tetiber emosi keh3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 07:50 AM | Show all posts
aku pun nak paste gak cerita la
bagi aku cerita ni seram sbb siap ada bukti gambar
p/s : bukan cerita aku, just copy n paste

Di sini saya ingin menceritakan tentang pengalaman yang menyeramkan, menakutkan dan membingungkan. Perkara ini terjadi pada tahun yang lalu sewaktu saya sekeluarga menyewa rumah empat bilik dari kawasan perumahan di Teck Whye. Keluarga kami tidaklah begitu ramai.

Saya, isteri dan tiga orang anak kecil tidur di bilik tidur utama. Abang saya pula tidur di salah sebuah bilik. Pembantu rumah kami tidur di ruang tamu. Pada mulanya kami tinggal di situ sekitar tiga bulan, tiada apa-apa kejadian yang aneh berlaku. Sehinggalah pada suatu hari pembantu rumah mengadu kepada saya bahawa dia sering terjaga pada waktu malam  antara satu lebih pagi.

Pembantu menceritakan apabila dia terjaga seolah-olah seperti dikejutkan dan bila dia sudah terbangun, matanya celik dan tidak rasa mengantuk pun. Pembantu melihat sekeliling ruang tamu dan tidak melihat apa-apa pun, sampailah dia terperanjat apabila terlihat di sudut penjuru belakang pintu utama, dia ternampak ada seorang wanita tua berpakaian putih bercampur kekuningan seperti kain putih yang berkotoran dengan tanah. Rambutnya juga seperti beruban rebang di kepalanya. Wanita tua itu cuma berdiri tegak tidak bergerak sesaat pun. Lalu pembantu sempat membaca Ayatul Kursi dan wanita tua itu hilang secara perlahan-lahan. Dalam masa seminggu pembantu mengalami perkara yang sama sehingga dia menceritakan sendiri kepada saya.     

Perkara aneh ini menjadi perhatian kami dan saya sekeluarga mengambil keputusan untuk tidur di luar. Ruang tamu di rumah ini ada dua bahagian dan sungguh besar, ketiga-tiga anak kami tidur bersama pembantu di bahagian ruang sebelah pintu dan saya dan isteri tidur di ruang sebelah tingkap. Isteri tidur di atas sofa dan saya pula tidur di bawah tingkap menggunakan tilam.

Pada mulanya kami semua tidur seperti biasa dan kali ini saya pula yang terjaga. Lalu saya melihat telefon bimbit, waktunya 2.30pagi dan setelah itu saya melihat kesemua arah di dalam  ruang tamu dan tidak melihat apa-apa pun yang aneh. Bila saya sedang pandang ke arah ruang tamu, posisi badan saya mereng ke sebelah kiri.

Secara tiba-tiba saya terasa seperti ada orang baring di sebelah saya. Pada mulanya saya teringat mungkin isteri telah mengalih tempat dari atas sofa ke tilam saya. Tetapi anggapan saya salah setelah saya ternampak isteri saya masih terlena tidur di atas sofa dari pancaran kaca televisen. Dengan tidak membuang masa, saya hayunkan lengan saya ke muka benda itu dan benda itu terus langsung merangkak dan menolak kaki saya dan terus tembus masuk ke dinding bawah tingkap. Saya sempat melihat benda itu warnanya hitam legam dan berambut panjang. Susuk badannya merupakan seorang wanita.     

Pada keesokan malam, perkara yang sama berlaku ke atas diri saya. Kali ini apabila saya terjaga, benda  itu sudah pun duduk bersila di atas tilam sebelah saya. Saya terperanjat dan langsung menendang benda itu dan kali ini, benda itu melawan dan mencengkam kaki saya dengan jari kukunya. Kemudian saya tarik rambutnya dengan menggunakan tangan. Benda itu terus hilang dari genggaman seperti lilin yang cair. Kejadian itu berlaku terlalu cepat. Saya tidak menceritakan hal ini kepada isteri, khuatir nanti dia akan teringat-ingat.

Keesokkan malam saya beralih tempat, kali ini saya tidur di atas sofa dan isteri pula tidur di bawah tingkap. Pada malam itu saya tidur ayam-ayam sahaja kerana saya hendak perhatikan apa pula yang datang kali ini. Pejam celik pejam celik tiada apa yang berlaku, tiba-tiba isteri kejut, “Bang, tengok siapa yang duduk di kerusi meja makan tu?” Saya tidak lihat apa-apa, tapi isteri saya yang dapat melihat. Kata isteri bendanya warna hitam dan rambutnya panjang ke lantai. Benda itu sedang duduk di kerusi meja makan dan pandang ke arah dinding. Apabila saya hendak bangun benda itu hilang perlahan-lahan kata isteri.     

Saya bertambah musykil dan ingin tahu apakah benda itu mahu. Lalu saya memberitahu saudara-mara dan sahabat tentang benda itu. Berbagai-bagai komen yang diberikan. Salah seorang anggota keluarga mahu cuba bertemu dengan benda itu, kononnya dia mahu melihat benda itu. Kami pun merancang dan seramai tujuh orang lelaki tidur di rumah saya. Kami membahagikan tempat, ada yang tidur di tepi pintu, ada yang tidur di tengah-tengah ruang tamu dan sebagainya.

Saya tidur di  tepi sofa. Adik saudara saya menepuk bahu saya beberapa kali. Saya terjaga dan melihat posisinya dalam keadaan tiarap dan kepalanya menjenguk lihat di belakang saya sambil berkata, “Bang, ada orang tengok kita bang!” Bila saya toleh belakang dan lihat, Masya-Allah!!! Benda itu memang menjengukkan kepalanya sahaja, rambutnya punyalah panjang terhurai hingga ke lantai. Saya terus bangun dan benda itu hilang dari pandangan. Adik saudara saya terus menangis seperti anak kecil mungkin disebabkan terperanjat. Kejadian berlaku sekitar 3.50pagi.     

Saya dapat merasakan siapa saja yang tidur di bawah tingkap itu akan diganggu. Dan tak pasti lagi  kehadiran benda itu. Setelah selang beberapa hari ada seorang teman memberitahu kami bacalah beberapa potong ayat suci ke dalam air ataupun garam dan cuba renjiskan seluruh rumah. Kami lakukan seperti yang diajarkan dan menggunakan garam jantan ditabur sekeliling rumah. Setelah selesai upacara pada malam tersebut sekitar jam 11 malam, kami dapati ada semacam pasir halus dan mungkin juga seperti habuk. Warnanya kekuning-kuningan dan tiada bauan seperti apa yang anda lihat gambar2 yang telah saya sertakan.   

Saya kutip habuk itu dan disimpan di dalam botol. Kesokkan hari, habuk itu masih di dalam botol. Sepanjang hari ke petang, habuk itu masih di dalam botol. Selepas saja waktu  Maghrib, habuk itu sedikit pun tidak kelihatan di dalam botol itu lagi, yang ketinggalan hanya wap seperti peluh. Sungguh misteri dan membingungkan bagaimana ianya hilang.

Ramai yang datang menolong untuk keluarkan benda ini tetapi mungkin belum ketemu jodohnya untuk pulih. Kami masih tinggal di situ kerana masih mempunyai kontrak. Setelah kontrak habis, kami akan berpindah ke kawasan lain.   






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:03 AM | Show all posts
mcm kotoran karat jerrr...geli lakk tgkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:34 AM | Show all posts
ada satu lagi pada hakak yang citer dia mmg mencabar tahap keseraman..
thread tu dah lama dah, di pos oleh PRINCEBRUNEI..
nnt kalau akak terjumpa link dia akak copy paste kat sini
(kisah dia menyewa rumah sewa yg owner org cina.. dia dari sabah kalau tak silap tp datang semenanjung sebab dapat sambung belajar kat KOLEJ NEGERI kat negeri sembilan.

best citer dia, betul2 menaikkan bulu roma (dan juga citer dia sewaktu menghantar adik dia gi belajar kat utara kot kalau tak silap, tragedi sewaktu dia dan beberapa org lagi menumpang tidur di sebuah masjid lama tu.. pegh.. terbaik...)
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:23 AM | Show all posts
puanlina posted on 12-7-2013 10:34 AM
ada satu lagi pada hakak yang citer dia mmg mencabar tahap keseraman..
thread tu dah lama dah, di p ...

yang sewa rumah kat nilai tu kan?
ke nilai 3?
lepas tu rumah tu terbakar..
betul?

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:51 AM | Show all posts
PostBanhammer posted on 11-7-2013 04:18 PM
Tau? Oooo Mai Godddd....   

yg aku penah bace, citer asalnye di tulis oleh sorang porumer 1 forum ni
pengalaman die sendiri, sesajer nk share
x tau plak, tetibe jadik trending, abes sumer org foward2 kan citer die tu
si pencerita sendiri pun x tau citer die tu dh tersebar dan jadik hangat
sampailah sorang lagi rakan porumer inform kt die
dan seperti biase memang ramai yg cakap citer rekaan
si penulis cakap, die x kisah lah org nk percaya ke tak,
tapi itu mmg pengalaman die sendiri...

itu based ape yg aku bace kt porum tu lah
betul ke tak, wallahualam
tak silap, mod san penah tepek link porum tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2013 11:53 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 12-7-2013 01:51 AM
Aku punyer thread dulu pun seram gak.. pasal HANTU KERABAT.. last2 kena lock sbb takut jadi fitnah.. ...

jap..jap...tred urban legend ko tu ker
mmg padan la kne lock
sbab melibatkan org kenamaan
kang x memasal cari kne saman lagi

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 11:59 AM | Show all posts
puanlina posted on 12-7-2013 10:34 AM
ada satu lagi pada hakak yang citer dia mmg mencabar tahap keseraman..
thread tu dah lama dah, di p ...

kak....PB dah deleted sumer post die kt tred die tu
sy pun x sempat bace
bace komen2 porumer yg lain jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 12:00 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 12-7-2013 11:23 AM
yang sewa rumah kat nilai tu kan?
ke nilai 3?
lepas tu rumah tu terbakar..

bukan kt nilai....tapi seremban 2

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 01:10 PM | Show all posts
Nak share juga la.

Aku takda pengalaman berjumpa benda-benda paranormal ni. Mohon dijauhkan la.

Dan selalunya cerita seram yang aku dengar mesti berdegree-degree dimana member punya mak punya anak sedara punya ayah punya pakcik terkena.

Tapi kali ini, member aku sendiri yang kena. So aku namakan tajuk cerita ni

Kakak

Beberapa tahun yang lalu, kawan aku ni, kita panggil dia Amri lah, si Amri ni hendak pulang menyambut Aidiladha kat kampong wife dia di Kuala Pilah (KP). Masa tu raya haji serentak dengan start cuti sekolah so Amri ni tak nak drive siang-siang sebab dia dah tau trafik jem mesti hazab lagi-lagi dia ada anak kecil dua orang, yang abang 5 tahun, adik (pompuan) 3 tahun masa tu. Disebabkan tak nak pening kepala sangkut dalam jem dengan budak dua orang tu meragam nanti, Amri dengan wife memilih untuk pulang ke KP dua hari sebelum raya haji pada tengah malam.

Mereka sekeluarga memulakan perjalanan dari KL pada pukul 12 mlm. Abang duduk depan sebelah Amri dan wife dia duduk belakang jaga si adik yang tengah demam masa tu. Dalam pukul 2 pagi dia masuk jalan ke KP dari Seremban. Pada siapa-siapa yang tak tahu tu, jalan yang di maksudkan ialah Bukit Putus. Masa ni highway LEKAS dengan highway Bukit Putus belum wujud pun lagi.

Masa tu hanya Amri seorang saje yang masih berjaga, sebab dia driver, yang lain semua lelap tido dah.

Mula-mula tu takda benda pun, sampaila Amri melepasi area Ulu Bendul.

Tiba-tiba si adik gelak sorang-sorang. Amri ni pelik lah sebab setahu dia wife masih tido lagi masa dia cek dekat rearview mirror. So Amri tanyala adik...

"Adik...apa yang kelakar sangat tu?"

Adik tak menjawab. Amri cek balik keadaan seat belakang dengan rearview mirror. Wife masih terlentok dan adik pula leka je tengok kat luar tingkap, macam seronok sangat tengok kat luar tu. Padahal bukan ada apa pun, gelap je sebab malam-malam buta.

Amri panggil lagi si adik, dan kali ni adik menjawab...

"  Papa..sian kakak kat luar ni papa...dia nak masuk boleh tak papa?"

Berderau darah Amri. Tak terjawab sebab mulut macam terkunci. Bulu roma kat lengan, tengkuk semua meremang. Dalam sejuk-sejuk aircond tu pun dahi dia berpeluh-peluh. Amri cuba berfikiran logik, mungkin adik mengigau je kot ni...so Amri tanya lagi...

"Kakak mana ni dik?"

Adik jawab..."Tuuuuu..." muncung mulut adik tunjuk kat tingkap kereta sebelahnya.

Perlahan je Amri toleh ke belakang dan dengan clearnya dia boleh nampak kepala orang dengan rambut lebat betul-betul kat luar tingkap kereta pintu belakang.

"Kakak" ni tak tunjuk habis muka dia, just dari paras dahi je.

Cepat-cepat Amri pandang depan balik. Jantung dia masa tu macam nak terkeluar dari dada dia. Dia marah si adik jangan tengok lagi kat tingkap tu dan pergi tido sebab boleh pula si adik ni main baa baa cakk sambil terkekeh-kekeh gelak dengan "Kakak".

Amri dah risau sangat pasal keluarga dia. Masa tu semua doa yang dia teringat dia baca, sampai alif ba ta pun dia bantai baca juga sebab dah takut sangat. Dia baca slow-slow sebab tak nak kejutkan wife dengan abang, nanti lagi parah kalau diaorang pun ternampak benda tu.

Sekali lagi Amri cek pakai rearview mirror nak tengok adik sebab dah senyap je. Lega Amri bila tengok adik nak mamai-mamai nak tido, tapi masalahnya "Kakak" tu ada lagi. Bila adik dah terlentok je, Amri nampak ada tangan melekap kat tingkap cermin kereta.

Tangan-tangan tu kurus, panjang dan berkedut. Macam korang tengok tangan orang tua umur 80-90 tahun, macam tu lah. Amri cakap tangan-tangan tu macam takde daging, tulang dengan kulit je.

Yang paling angker, Amri nampak "Kakak" mula mengensot pergi ke belakang kereta dengan tangan-tangan dia masih lagi berpaut kat kereta Amri. Slow je dia ensot all the way pergi ke bahagian tingkap wife dia pula. Then "Kakak" melepak kat sebelah wife dia.

Amri cuba kawal balik diri dia dan fokus kat driving sebab since dia ternampak si "Kakak", kereta dia dah kejap kat tengah, kejap masuk bahu jalan, kejap pergi lane sebelah...nasib baik takde lori ke apa...kalau tak memang satu famili masuk paper, terbunuh

Sekali lagi, tiba-tiba "Kakak" mengensot...kali ni pergi arah dia pulak.

Slow je "Kakak" alihkan tangan-tangan dia kat tingkap kereta. Amri terfikir juga nak speed up so that jembalang cilaka tu jatuh ke apa tapi bila fikir pasal famili dia...kang accident masuk gaung ke apa...so dia tahan je la...cuba sedaya-upaya untuk concentrate dan buat tak tahu pasal "Kakak" yang kali ni memang betul-betul je sebelah dia.

Tapi, curiosity wins, Amri ni nak sangat tengok si "Kakak" ni.

Apa nak pengsan Amri bila "Kakak" slowly angkat kepala sampai paras mata. Amri bagitau aku, mata dia macam mata manusia tapi takda kening dengan bulu mata. Anak mata "Kakak" pandang straight kat Amri. Mata "Kakak" ni macam mata orang kena sakit mata, bengkak dan merah-merah. Kulit "Kakak" pulak kebiruan dan bengkak macam orang mati lemas.

"Kakak" teman si Amri ni sampaila ke pekan KP then hilang camtu je.

Amri tak sambut raya haji tahun tu sebab demam.

Dan rasanya sampai sekarang dia tak bagitahu family dia pasal kes ni.

begitulah ceritanya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 03:08 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 12-7-2013 11:23 AM
yang sewa rumah kat nilai tu kan?
ke nilai 3?
lepas tu rumah tu terbakar..


rasanya bukan kat nilai 3 la dear.. tp kat seremban 2 ke gitu ler..
tadi dah tengok dah those threads yang dia penah post... tp x de pulak pasal kisah seram dia tu.. (rasanya hakak tak salah org.. memang princebrunei penah post citer hantu tu, kisah yang parents bebudak tu sampai datang dan makanan dia org jadi basi.. even dlm rice cooker dia yang baru masak nasi tu ada najis org dan air yang dia org nk minum tu bau hancing)
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 03:10 PM | Show all posts
edoraixora posted on 12-7-2013 11:59 AM
kak....PB dah deleted sumer post die kt tred die tu
sy pun x sempat bace
bace komen2 porumer yg  ...

oooo patutlah hakak tak jumpa dik non oi.......
penat akak dok sort satu2 threads yang penah dia post..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 03:57 PM | Show all posts
Salam,

Seram baca cerita yang di post kat sini...
Selalu terbayang2 bila jemur kain kat belakang rumah..mudah2an Allah tak bagi yenil nampak makhluk2 paranormal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 04:09 PM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 12-7-2013 01:10 PM
Nak share juga la.

Aku takda pengalaman berjumpa benda-benda paranormal ni. Mohon dijauhkan la.

pehhhh yg ni betol2 seremmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 04:15 PM | Show all posts
wahhh,,ade lagi citer lebih trending,,igtkan citer umah 50 hengget tu jer..tepek la lagi citer yg tahap 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
aku teringin nk baca kisah cik es ke ape name tah. pemes bebeno..! aku jd tertanya2 mcm mana dia bole kantoi.sapa ada link dia.bokmai sini tgk..ツ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2013 03:00 AM | Show all posts
edoraixora posted on 12-7-2013 11:53 AM
jap..jap...tred urban legend ko tu ker
mmg padan la kne lock
sbab melibatkan org kenamaan

Pandai pun..sedeyh aku kena lock.. my best thread ever.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 05:24 AM | Show all posts
salam tt n forumer lain..

aku pon sama cam perangai tt sejak aku sambung blaja balik ni

aku ni kecoh je orgnya...kalau sembang, sebatu dah dengar dari jauh


tapi bila aku sambung blajar balik after a few years working in d firm, aku banyak wat keje sendiri je

kat kampus aku gitu2 je ngan bebudak kelas...after kelas mmg block abeh la xtvt ngan deme tu

aku sewa ngan budak junior fakulti aku...tu pun kat umah je la jumpa n tego2 gitu je


walaupun niat aku tu xnak rapat sgt takot jd konflik ke kalo terlampau rapat ...bg aku, mmg bahaya jugakla bila kita xbergaul sgt ngan org sekeliling ni..

cumanya, aku ni nasib baik cket la sbb kampus aku dekat ngan umah...so aku banyak balik umah je...umah sewa tu sekadar nak mandi n rehat gitu2 je la...haha...bajet umah penginapan  

#sebab tu aku cukup risau kalau bebudak umah aku xbalik lg kalau jam dh kol 8 mlm...tkot diorg pindah xgtau aku...hahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 07:12 AM | Show all posts
waketheladies posted on 13-7-2013 05:24 AM
salam tt n forumer lain..

aku pon sama cam perangai tt sejak aku sambung blaja balik ni{:2graduat ...
#sebab tu aku cukup risau kalau bebudak umah aku xbalik lg kalau jam dh kol 8 mlm...tkot diorg pindah xgtau aku...hahhahaha

hahaha... kelakar pulak rasa..  kadg baik tk tahu dari tahu ek... nw dh baca citer gini, jadi takut pulak.... imagine mcm2... tk pe... ko baca jer ayat2 yg ko ingat... alif ba ta pun bantai jer.... hahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 07:34 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 13-7-2013 03:00 AM
Pandai pun..sedeyh aku kena lock.. my best thread ever.. hehehe

baru hari ni aku baca thread ko tu sbb curious kena lock... padan lah wei.... kalau Mona Fandey tu org biasa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064005 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list