CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 16

[Tempatan] {9} Kejar pencuri sampai 53 kilometer !

[Copy link]
Post time 30-6-2013 09:17 AM | Show all posts |Read mode

Zaidi menerima sijil penghargaan daripada Johari kerana kejayaannya membantu polis menyelesaikan beberapa kes jenayah.

30 Jun 2013                    

ROMPIN - Tindakan berani seorang lelaki membantu mengejar kereta milik kawannya yang dicuri menyebabkan pencuri terbabit berjaya ditahan polis di Paloh Hinai.
       
        Kontraktor, Zaidi Mat Isa, 37, berkata, secara kebetulan dia melihat kereta kawannya sedang memecut laju dipandu individu tidak dikenali.
       
        Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semasa dia melalui lebuh raya Muadzam, seorang rakan menghubunginya meminta bantuan kerana keretanya dicuri.
       
        “Kebetulan waktu itu saya berselisih dengan kereta kawan saya itu dan terus kejar serta hubungi balai polis terdekat,” katanya ketika ditemui selepas upacara penyampaian sijil penghargaan yang diserahkan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya.
       
        Zaidi yang juga anggota Rela berkata, kereta tersebut dikejar hingga ke Paloh Hinai dengan jarak lebih kurang 53 kilometer.
       
        “Kereta kawan saya memang hendak dijual dan telah diiklankan dalam internet, dua pencuri itu datang pura-pura hendak beli dan mereka minta untuk pandu uji kereta, tapi selepas itu terus pecut lari.
       
        “Masa itu saya sudah tidak fikir apa-apa lagi, saya hanya hendak bantu dapatkan kereta kawan dan pencuri itu mesti ditangkap polis,” katanya.
       
        Menurutnya, sebelum ini dia juga pernah membantu polis menyelesaikan kes rompakan yang berlaku di sekitar Muadzam Shah.
       
        “Waktu itu saya hanya bantu polis pinjamkan kereta pacuan empat roda saya kerana ketika itu mereka tiada kenderaan sebegitu.
       
        “Saya sangat terharu dan tidak sangka usaha membantu polis diberi penghargaan sebegini,” katanya.
       
        Dalam pada itu, Zaidi menyarankan orang ramai supaya tampil bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah.
       
        “Kepada masyarakat di luar sana, marilah sama-sama kita banteras jenayah kerana jenayah itu ada di mana-mana dan tidak mengira masa serta bangsa,” katanya.

p/s gigihnya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 09:22 AM | Show all posts
cayalah! sebab tu kalau nak juai keta hangpa kena ikut sama masa derang test drive tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 09:28 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 30-6-2013 09:22 AM
cayalah! sebab tu kalau nak juai keta hangpa kena ikut sama masa derang test drive tu..

braninya curi terang-terang gitu...

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 09:28 AM | Show all posts
beraninya...memang layak diberi penghargaan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 09:31 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 30-6-2013 04:28 AM
braninya curi terang-terang gitu...

jenis hati kering dah tu. bawak lari then antar kat bengkel kasi potong2 parts macam kedai potong.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 06:52 PM | Show all posts
Hebat la urang jawa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2013 06:54 PM | Show all posts
Nasib baik diiktiraf org luar jugak... ingat penjawat awam saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 07:13 PM | Show all posts


polis yg kat belakang tu...
tembam giler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 07:43 PM | Show all posts
pes taim dengar nama paloh hinai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 08:04 PM | Show all posts
caya la, brother!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 08:11 PM | Show all posts
~boolean posted on 30-6-2013 07:43 PM
pes taim dengar nama paloh hinai...

Aku dah lama dengar. Kawan aku skolah kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 08:33 PM | Show all posts
orang macam ni la yang kita inginkan dalam masyarakat kita,juka hanya berpendidikan tinggi tapi jika hanya untuk kepentingan sendiri tak ada maknaya dalam masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 11:39 PM | Show all posts
abis yg 10 orang belasah pencuri smpai mampus tu tarak dpt penghargaan ka?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:53 AM | Show all posts
nih kes  kejar atau kes jom gi jalan2 dulu baru beraksi ganas
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:55 AM | Show all posts
taniya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 11:17 AM | Show all posts
syabas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 09:43 AM | Show all posts
Muntz: Aku dah lama dengar. Kawan aku skolah kat situ.


situ bkan kawasan orang asli ke...ke aku yg tak tau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20450 Replies : 101
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300951 Replies : 7444
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7270 Replies : 43
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35630 Replies : 377
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13414 Replies : 181
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13792 Replies : 120
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8831 Replies : 55
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9484 Replies : 25
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 18693 Replies : 151
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113928 Replies : 491

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073654 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list