CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 9

[Tempatan] Kamarudin menunjukan takungan air selepas saluran najis di gerai MPT Kuala Kr...

[Copy link]
Post time 27-6-2013 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Zaharah menunjukkan pintu rumahnya yang dipangkah sebagai tanda akan dirobohkan.


Zaharuddin di hadapan rumahnya yang diarahkan PBT agar dirobohkan dalam tempoh seminggu.

KUANTAN – Seramai 20 penduduk dan penyewa di Kampung Galing Besar, di sini, terkejut apabila menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan mereka merobohkan rumah masing-masing kerana didakwa ia sudah tidak selamat untuk didiami.

Penduduk mendakwa, notis berkenaan dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan dengan mereka dan tindakan itu dianggap sebagai tidak berhemah.

Salah seorang penduduk, Zaharuddin Abd Rauf, 52, berkata, dia menerima notis berkenaan semalam (kelmarin) dan berasa kecewa dengan arahan itu.

Menurutnya, apa yang menimbulkan kesangsian ialah tanah berkenaan milik persendirian dan bukannya rizab kerajaan bagi membolehkan mereka bertindak sesuka hati.

“Saya dilahirkan di sini dan tinggal sehingga sekarang, tanah ini di atas nama arwah ibu bapa saya.

“Notis berkenaan mengarahkan kami meruntuhkan rumah masing-masing dalam tempoh seminggu daripada tarikh notis diberikan dan jika gagal tindakan merobohkan kediaman ini akan diambil," katanya.

Kata Zaharuddin, pihak PBT mendakwa keadaan rumah mereka sudah uzur dan berbahaya sedangkan mereka masih selesa tinggal di situ.

“Jika kami diarahkan berpindah ke kawasan lain, mereka perlu membayar pampasan kerana di sini kami tinggal percuma dan status pemilikan tanah adalah bergeran.

“Sebelum mengambil sesuatu tindakan, mereka sepatutnya berbincang dengan kami terlebih dahulu," katanya.

Memang sebelum ini katanya, ada rumah setinggan di kawasan berkenaan dan mereka sudah dipindahkan ke Kampung Pak Mahat tetapi berlainan dengan kes mereka yang merupakan pemilik sah tanah di situ.

“Timbul kesangsian apabila mereka bertindak sesuka hati, sedangkan kami tidak diberi hak,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Zaharah Mohamad, 48 berkata, dia telah menyewa rumah berkenaan sejak 20 tahun lalu dan tiada tempat tinggal lain.

“Saya menyewa rumah di sini dengan bayaran RM250 sebulan tetapi terkejut apabila tiba-tiba sahaja pintu rumah kami ditampal notis dan dipangkah.

“Rumah ini adalah di atas tanah bergeran tetapi tanpa sebarang perbincangan, notis dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Pahang, Kamarul Hatta Mohammed berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan berkenaan dan berasakan ia tidak adil kepada penduduk.

“Sepatutnya pihak berwajib datang sendiri bertemu penduduk dan berbincang serta bukannya terus mengeluarkan notis.

“Samm akan membawa perkara ini kepada pihak atasan,”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2013 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooooo taniya la
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:29 AM | Show all posts
tanah bergeran tu maknanya tanah depa la kan..ke tanah org depa sewa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:31 AM | Show all posts
aku xpaham tajuk dgn isi kandungan.....
pagi2 ni aku blurr ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:34 AM | Show all posts
“Saya dilahirkan di sini dan tinggal sehingga sekarang, tanah ini di atas nama arwah ibu bapa saya.


biler nak wat pusaka dah.... sian kat arwah orang tua kamu dalam kubo
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:36 AM | Show all posts
kalo sewa, biar 100 thn pun, carik lah tempat lain....

skrg nie aku rasa gomen nak bangunkan mana2 tanah yang blh dibangunkan, samada udah di pindah milik kepada syarikat swasta ataupun ikut skim...

tak jauh dari opis aku nie pun dah kene...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2013 10:50 AM | Show all posts
ad_hoc79 posted on 27-6-2013 10:31 AM
aku xpaham tajuk dgn isi kandungan.....
pagi2 ni aku blurr ke hape

sama la tak faham tajuk dengan isi kandungan.
macam berbeza sangat jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 10:57 AM | Show all posts
nora_balqis posted on 27-6-2013 10:50 AM
sama la tak faham tajuk dengan isi kandungan.
macam berbeza sangat jer

hahahaaa... sukati btl TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2013 11:02 AM | Show all posts
makin teruk rasa nye PLANNING pihak berkenaan...... buat keje cincai.. ni la hasilnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 11:04 AM | Show all posts
PBT punya undang2 mana2 pun sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 301357 Replies : 7453
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13898 Replies : 123
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118356 Replies : 1571
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20462 Replies : 102
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9493 Replies : 26
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7270 Replies : 43
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35731 Replies : 377
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13515 Replies : 181
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8831 Replies : 55
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 18794 Replies : 151

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.319058 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list