CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4019|Reply: 35

[Tempatan] HOTWEEL SAGA terhumban dalam parit

[Copy link]
Post time 7-6-2013 11:37 AM | Show all posts |Read mode



PARIT BUNTAR - Gara-gara pitam ketika memandu, seorang penjawat awam berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam sebuah parit di Jalan Sempadan Kiri, di sini, kelmarin.
       
        Lebih mengejutkan, kereta yang dinaikinya baru digunakan sehari selepas dibaik pulih di sebuah bengkel di sini akibat dalam kemalangan tiga minggu lalu.
       
        Mangsa yang hanya dikenali sebagai Izlan, 28, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah hari, dia  dalam perjalanan dari rumahnya di Parit Kasa ke pekan Parit Buntar sebelum pitam secara tiba-tiba ketika memandu.
       
        Menurutnya, dia langsung tidak sedarkan diri dan hanya menyedari dirinya terbaring di atas tanah berhampiran lokasi kejadian setelah diselamatkan seorang penduduk di situ.
       
        “Seorang penduduk memberitahu kereta dipandu saya hilang kawalan secara tiba-tiba, terus memasuki laluan bertentangan dan akhirnya terhumban ke dalam parit di Kampung Batu Dua.
       
        “Mujurlah tiada kenderaan berada di laluan bertentangan dan keadaan air dalam parit cetek akibat musim kemarau, jika tidak saya tidak dapat membayangkan perkara tidak diingini berlaku pada saya,” katanya sewaktu ditemui, di sini.
       
        Izlan berkata, kejadian serupa berlaku kepadanya sebelum ini sehingga menyebabkan kereta dipandu bertembung sebuah kenderaan lain dalam kejadian kemalangan tiga minggu lalu.
       
        “Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.
       
        Sementara itu, saksi kejadian hanya dikenali sebagai Haris, 24, berkata, kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu mangsa hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terhumban ke dalam parit.
       
        Jelasnya, dia bersama beberapa penduduk lain segera meluru ke kereta itu untuk menyelamatkan mangsa dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
       
        “Sejurus mangsa sedar, dia mengakui mengalami pitam sewaktu memandu dan mujurlah tiada perkara buruk berlaku,” katanya.
       
        Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh seorang penduduk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 11:39 AM | Show all posts
Nasib baik....tk dalam.
Parit2 camtu byk ikan keli. Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:46 AM | Show all posts
edmundo posted on 7-6-2013 11:39 AM
Nasib baik....tk dalam.
Parit2 camtu byk ikan keli. Haha..

ikan puyu, belut ada jugak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:49 AM | Show all posts
kalau kereta tu terus dibiarkan kan situ..boleh menjadi tempat pembiakan ikan sepat benua
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:50 AM | Show all posts
terjun ke dalam parit di parit buntar..ok la tu..asal orang parit, mandi lam parit..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:50 AM | Show all posts
xyah drive la kalau dah berkali pitam tetiba....bahaya diri sndr dan org lain....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2013 11:58 AM | Show all posts
kereta BUATAN malaysia... hahaha cepat sgt patah tercabut nya...kemek smua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:00 PM | Show all posts
dia ni ada masalah kesihatan la...asyik pitam aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 12:06 PM | Show all posts
Izlan berkata, kejadian serupa berlaku kepadanya sebelum ini sehingga menyebabkan kereta dipandu bertembung sebuah kenderaan lain dalam kejadian kemalangan tiga minggu lalu.
        
        “Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.



JPJ tarik balik je lesen memandu sebelum nyawa org yg tak berdosa melayang....

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:11 PM | Show all posts
tu nasib baik ke dalam parit..
kalau pitam tgh bawak kete kat jalan besar, tersasar masuk laluan bertentangan, tak pepasal arwah..
bahaya wooo cik abang nih..harapnye pasni dia tak le bawak kete sesorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:14 PM | Show all posts
parit ni dpt nama baru tak? "PARIT SAGA"
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:36 PM | Show all posts
Orang ini tidak layak memandu, dah banyak kali eksideng.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:36 PM | Show all posts
Mcm saya low blood pressure sblm pitam mesti dah rasa kabur2 pening2 dulu...

Sempat la nak berhenti tepi jalan kasi tenang jap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:42 PM | Show all posts
bahayanya la. jangan sampai ada nyawa yang melayang sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:43 PM | Show all posts
WIFEY_KETIAK posted on 7-6-2013 11:58 AM
kereta BUATAN malaysia... hahaha cepat sgt patah tercabut nya...kemek smua.

Bingai ke hape? Tak tau ke bumper tu termasuk dlm crumple zone? Cuba la pakai bumper besi, tgk tercampak tak tercampak keluar keta bila head on collision. Nk pakai bumper buluh pon bole, blh gak saksikan scene final destination.

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:47 PM | Show all posts
apa pasai nama hotwheel?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 12:50 PM | Show all posts
pitam plak.. sian. tp bahayakan diri sendiri & org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu mcm Tu takyah le memandu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 01:19 PM | Show all posts
  “Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.



kang aku kata bangang kecik ati...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 02:21 PM | Show all posts
baik pi check cepat2,karang pi langgor org lain xke nanye,hu2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 288755 Replies : 7140
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14968 Replies : 112
Dilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cucu Demam Madu Hingga Lembik, Badan Bengkak,Nekad Lapor Pulis
YgBenarDilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cu
Views : 7867 Replies : 18
Kelakar
NinaniKelakar
Views : 909 Replies : 0
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 42580 Replies : 78
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 2101 Replies : 6
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 32258 Replies : 360
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7393 Replies : 47
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 11232 Replies : 76
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6621 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.077321 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list