CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4555|Reply: 32

[Jenayah] Apa lagi Pencuri putus pergelangan kaki mahu?

[Copy link]
Post time 5-6-2013 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Pencuri putus pergelangan kaki
ADILA SHARINNI WAHID
4 Jun 2013

Suspek ketika dibawa ke mahkamah, semalam.

KOTA BHARU - Angkara didakwa curi besi, seorang lelaki terpaksa menganggung azab apabila kakinya terputus dipercayai terkena libasan golok ketika bergelut dalam kejadian di Kampung Gong Puyuh, Kadok, Ketereh di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika mangsa yang berusia 32 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri selepas didakwa mencuri besi di sebuah kolam ikan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Idris Abd Rafar berkata, pemilik kolam berusia, 34, sebelum itu menerima panggilan sepupunya mengatakan mangsa sedang mencuri besi di kolam ikan miliknya.

Katanya, lelaki itu kemudian berkejar ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sedang membawa beberapa batang besi dengan motosikal.

“Dia yang menaiki van kemudian mengarahkan suspek pencuri itu berhenti tetapi permintaan itu tidak diendahkan dan dia terlanggar dengan motosikal mangsa sebelum terjatuh.

“Sebaik turun dari van, suspek pencuri bertindak menyerang pengadu dengan beberapa kali melibas besi ke arahnya.

"Dia kemudian mencapai golok di raga motosikal suspek sebelum terkena pada kaki lelaki yang didakwa mencuri itu hingga menyebabkan pergelangan kaki kirinya terputus,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pemilik kolam itu cuba mempertahankan diri, bagaimanapun dia disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala suspek pencuri itu disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dari Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini, masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II manakala pemilik kolam ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, suspek ditahan reman semalam atas perintah dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/pencuri-putus-pergelangan-kaki-1.167170



beribu2 tania........!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 08:07 AM | Show all posts
ok la tu bulan2 dapat elaun oku
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:08 AM | Show all posts
erk...
hudud dah dilaksanakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:11 AM | Show all posts
bukankah mencuri hukumnya potong tangan ni kaki plak yang kena
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:12 AM | Show all posts
Pengajaran kepada pencuri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:15 AM | Show all posts
padan ar muke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2013 08:15 AM | Show all posts
Eloklah tu dah kena hukum hudud pun..lain kali putuskan tangan pulak curi besi yang mahal-mahal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka mencuri lagik. Buat2 la sll nanti tangan pulak yg putus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 08:17 AM | Show all posts
hanya kerana besi ntah brape ringgit abes hilang kaki...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:18 AM | Show all posts
"saya mahu besi percuma supaya lepas nih saya tak perlu lagi mencuri besi",...kata suspek
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:18 AM | Show all posts
no sympathy utk perampok. padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:20 AM | Show all posts
kat sini plak sepet libas ngan pedang pastu x kena, yg si melayu mempertahankan diri libas si sepet ngan parang tumpul sbb nak mempertahankan diri tp lastly si melayu kena tahan sbb si sepet luka sikit kena libas walhal si sepet buat onar dulu..tempat DAP apa nak dikata..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:23 AM | Show all posts
tetap rase kesian tgk, kalau betul pun dia bersalah. bagi jer kat pihak polis untuk adili
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:34 AM | Show all posts
cikilala posted on 5-6-2013 08:15 AM
Eloklah tu dah kena hukum hudud pun..lain kali putuskan tangan pulak curi besi yang mahal-mahal siki ...

pi tanya dr mashitah mana lagi baik , potong ataupun bagi pencuri ni kejer kat kilang besi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:37 AM | Show all posts
berpatutan jikalau si putus pergelangan kaki ialah perampok. tapi jika beliau bukan perampok dan berada di tempat kejadian pada waktu yang salah itu adalah sangat kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 09:02 AM | Show all posts
takutnya la haii.. benda2 mcm ni. riso rasa..mungkin dia akan berubah atas kejadian ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 09:10 AM | Show all posts
fuhhh....gile tajam golok
smpi leh putus kaki
skeri man

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 09:55 AM | Show all posts
Padan muka....x pasal2 dah jadi OKU
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:06 AM | Show all posts
adui.. ngilu kaki aku. tapi padan muka la si perampok
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 11:11 AM | Show all posts
lain kali nk mencuri jgn la bawa golok...kan da makan diri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 288755 Replies : 7140
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14968 Replies : 112
Dilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cucu Demam Madu Hingga Lembik, Badan Bengkak,Nekad Lapor Pulis
YgBenarDilemma Wanita:Mentua Antivaksin Beri Cu
Views : 7867 Replies : 18
Kelakar
NinaniKelakar
Views : 909 Replies : 0
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 42580 Replies : 78
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 2101 Replies : 6
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 32258 Replies : 360
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7393 Replies : 47
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 11232 Replies : 76
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6621 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.073437 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list