CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11107|Reply: 81

[Tempatan] Edisi Seram : Penunggu tagih darah di Jalan Raya

  [Copy link]
Post time 22-5-2013 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2013                             


   
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?
       Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.
        
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
   Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.
        
Anggap kawasan puaka
        
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.
        Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
        
        “Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
        
       "Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
        
        "Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak
        
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
        
       “Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
        
        "Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.
        
Masih jadi tanda tanya
        
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.
        
Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.
Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
        
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
        
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.   
            
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.



      
                                                                                       
                                                                KM 20.6 sering mengundang maut.                                                               
                                                                                       
                                                                Kedua-dua mangsa maut di KM 20.6.                                                               
                                                                                        
                                                                Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.                                                               
                                                                                           
                                                                Motosikal salah seorang mangsa hancur setelah dirempuh suspek.                                                               
                                                                                           
                                            Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kulim.                                                            
Last edited by tebuanharimau on 22-5-2013 12:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 11:54 AM | Show all posts
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:56 AM | Show all posts
jln tu lurus je, tp boleh eksiden.. skerinya ku baca psl makhluk separuh badan merangkak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:57 AM | Show all posts
betui ke....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:57 AM | Show all posts
Kalau dah ajal mereka disitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:58 AM | Show all posts
setan juga dipersalahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2013 12:01 PM | Show all posts
skali skala Sinar Harian buat artikel citer antu seram gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:02 PM | Show all posts
ini semua salah hantu kata mak cik felda kampung bangau bunting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2013 12:03 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 22-5-2013 11:54 AM
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih

Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 12:03 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-5-2013 11:57 AM
betui ke....

kaka slalu lalu sini ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:28 PM | Show all posts
blum pernah dengar cerita drp mangsa yg survive.. cuma pernah dengar tentang byk kemalangan yg berlaku di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:45 PM | Show all posts
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?

gambar 1st & 2nd okay. tapi gambar ketiga tepi highway ada pintu pagar rumah?

gambar kelima kiri kanan kelapa sawit?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 12:48 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 22-5-2013 12:45 PM
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?

gambar 1st ...

Wartawan ni letak pic kemalangan di sekitar Kulim rasanya bukan spesifik kat Highway tu je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:51 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta

hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 12:54 PM | Show all posts
abdulariff posted on 22-5-2013 12:51 PM
hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka

ye kot... dh mcm dalam citer antu plak.. nampak bayangan mcm ada antu lagi nak pergi cari mana antu tu bukan rasa takut ke hapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 12:55 PM | Show all posts
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:55 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
kaka slalu lalu sini ka?

x pernah sampai kedah nun pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 12:56 PM | Show all posts
azharuchan posted on 22-5-2013 12:55 PM
wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...

adakah antu/penunggu  ni pernah jadi mat rempit juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:57 PM | Show all posts
JKR kene buat papan tanda baru

"AWAS KAWASAN BERHANTU"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 301357 Replies : 7453
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13898 Replies : 123
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118356 Replies : 1571
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20462 Replies : 102
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9493 Replies : 26
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7270 Replies : 43
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35731 Replies : 377
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13515 Replies : 181
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8831 Replies : 55
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 18794 Replies : 151

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.440956 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list