CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59275|Reply: 566

[Jenayah] Memaparkan Keadaan Ketika Ditemui Di Anak Sungai, Gambar Proses Bedah Siasat Zayn Rayyan Disebarkan Di Media Sosial

  [Copy link]
Post time 30-6-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Gambar keadaan mayat seorang kanak-kanak didakwa sebagai Zayn Rayyan ketika proses bedah siasat bagi membantu siasatan dikesan disebar menerusi aplikasi media sosial.

Dua gambar berkenaan dimuat naik di aplikasi telefon pintar sejak malam kelmarin.

Kedua-dua gambar berkenaan memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan terbabit.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah.

"Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat," katanya.

Sebelum ini, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai, Sungai Buloh selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 02:18 PM | Show all posts
Acu cuba tefek
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
B1 dan B2 dh start gigil balik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah tengok. Kesian sangat. Celakalah kalau betul mak bapak yang buat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tgk gmbr tu,kejamnya la hai manusia,buat sampai mcm tu.kalau betul mak ayah dia buat.menakutkan la dua org ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg tak rasa apa2 ke waktu seksakan arwah.. haih dunia, takut kes cenggini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak lah share sini gambar. Baca polis report tu pun dah sedih, kejam betul makpak dia. Pasni, family zaim kalau trigger dia, abis kena bunuh nanti. Biar kan diorg tinggal dgn pembunuh tu,sambil2 pantau mental zaim&isma.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba reveal skit background mak paknya. Bljr kat mana, keje kat mn sbg apa. Normally org yg normal x kan mampu nak buat kekejaman yg mcm dlm gmbr. Melainkan org yg terlatih Dan hati kering. Setakat ko keje opis siang ikan pun ntah2 fail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaulah betul b1b2 yg buat mmg hati kering sungguh. Kita yg tgk ni pun dah sayu hati tinggal lg tak meraung je. Diarg blh pasrah seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tengah layan anak² mandi manda di janda baik ni. Tertengok gambar² di ES terus hilang mood.. huhuhu.
Kenapala kejam sangat. Semoga kekejaman arwah Zynn ni terbela. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok. Menyedihkan pic tu. Mmg bajingan betul saikopat ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok gambar tu. Kalau betul mak ayah arwah yg buat, mmg hati kering betul la dua2 tu. Tergamaknya la buat anak camtu. Sedih aku tengok  
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya lah, moga kematian zynn terbela
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I geram sungguh tau, ada yg ckp makbapak zayn buat gitu sbb stress anak autisme..mcm jd enabler plak..colleague iols pun ada cakap gitu..mmg i basuh la..mentang2 la makpak sendiri yg buat, boleh pulak kesian sbb stress anak oku..sick la org2 yg husnuzon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok. Jadi tak sampai hati betul. Tergamak mak bapak yang selama ni tak jentik anak boleh buat mcm tu. Kalau betul lah mak pak dia yang buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hui jangan korang tepek di porum. PTSD aku nanti, gambo aruah Nurin tu pun dah lebih 15 tahun tengok still aku takleh lupa yach!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Di ES ye? Ok tamau masuk sana. Tq info.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 30-6-2024 04:22 PM
I geram sungguh tau, ada yg ckp makbapak zayn buat gitu sbb stress anak autisme..mcm jd enabler plak ...

Kan..Yang I tak boleh blah tu..korang takde kat tempat parents yang jaga anak OKU ni, boleh la cakap memacam. Dah memang apa pun kejadian, mak bapak tak boleh Dera Anak. Bunuh anak lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
katne nak tgk ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau tengok..terbayang2 kalau masa kena tu ZR masih hidup..Allahu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-8-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.247023 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list