CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6828|Reply: 19

Tanggung Tugas Besarkan Dua Anak Lelaki, Rita Rudaini Menangis Senyap-Senyap Tanpa Pengetahuan Anak-Anak

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:15 AM | Show all posts |Read mode




Membesarkan dua anak lelaki bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi apabila dilakukan sendirian. Inilah yang dilalui oleh pelakon terkenal, Rita Rudaini.


Pada usia 48 tahun, Rita Rudaini Mokhtar telah menunjukkan kekuatan luar biasa dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.


Rita Rudaini, yang lebih dikenali melalui lakonannya dalam filem seperti Mami Jarum, berkongsi bahawa walaupun dia kelihatan kuat di mata orang lain, hakikatnya dia juga manusia biasa yang mempunyai masa-masa lemah.


Dalam satu temubual dengan media, Rita mendedahkan bahawa untuk melepaskan segala lelah dan tekanan, dia sering mengimbau kembali kesukaran yang telah dilaluinya.






“Orang nampak saya kuat tetapi saya hanya manusia biasa. Ada masa saya lemah. Bila saya penat bekerja, saya akan mengimbau kembali kesusahan saya dan ketika itulah saya terlalu letih sehingga menangis tetapi senyap-senyap. Orang tidak tahu bila saya akan menangis termasuk anak-anak,” kata Rita.


Rita juga menekankan betapa pentingnya untuk melepaskan emosi yang terbuku dalam hati. Walaupun dia adalah seseorang yang jarang menangis, namun dia sedar bahawa menangis adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan yang dialaminya.


“Kadang-kadang, saya pun kena menangis juga. Itu cara saya lepaskan (perasaan). Saya ini jenis susah menangis tetapi perlu untuk saya lepaskan. Kalau tak saya suka simpan. Kadang-kadang sampai satu masa benda-benda kecil pun boleh buat saya marah sebab saya simpan,” ujarnya lagi.


Peminat dan pengikut Rita di media sosial sering kali memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya. Mereka kagum dengan ketabahan dan kekuatan Rita dalam menghadapi segala dugaan dan membesarkan anak-anaknya seorang diri.


“Keletihan Rita kini terbalas dengan kecemerlangan anak-anaknya dalam akademik. Dia idola saya, seorang wanita kuat dan tabah,” kata seorang peminat.


“Ibu yang hebat membesarkan dua orang anak. Semoga Rita dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah sentiasa,” ujar seorang pengikut. “Rita Rudaini tidak sedar dia seorang yang kuat. Kalau tidak dia tak dapat lalui dugaan dengan tabah dan membesarkan anak-anak seorang diri,” tutur peminat lain.






Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun berpisah pada September 2013.


Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki yang kini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi Rita dalam meneruskan hidup.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 09:03 AM | Show all posts
Anak dia masih di MRSM lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi anak baca sini tahu la dia nangis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia tukar dr mrsm monceh ke sungai besar..tak pe la acik...nangis tu biasa biasa je bagi b40..kekadang bila tengok bil letrik pon nangis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 09:55 AM | Show all posts
anak2 dia tak hensem
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok2 budak2 tu ada bapak ko jugak yg halang diaorang jumpa...patut kau berbaik dgn bapak diaorang...ni kau tak habis2 cari pasal..benda kecik spender baju dalam pun kau nak ungkit. Makbapak mertua pun kau cari gaduh. Suami orang pun kau nak rampas... Pastu citer semua kat socmed.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2024 09:57 AM | Show all posts
dah takde cerita lain, mula la ungkit2 kepayahan...kejerihan...kesusahan...kelelahan..kepenatan...kesukaran...kesulitan...kerumitan...bla..bla.....

merana betul acikrut nk membesarkan anak 2 org tu ya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 11:36 AM | Show all posts
kan dah ada benang camni?
nape post lagi?
saje je nak bagi Beni rimas dengan cerita ulangan camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 11:36 AM | Show all posts
kan dah ada benang camni?
nape post lagi?
saje je nak bagi Beni rimas dengan cerita ulangan camni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 12:10 PM | Show all posts
anak belum jadi pilot belum gaji 12K dah puji diri terpaling berjaya tanpa suami hahahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 01:37 PM | Show all posts
jalfa replied at 12-6-2024 09:43 AM
Anak dia tukar dr mrsm monceh ke sungai besar..tak pe la acik...nangis tu biasa biasa je bagi b40..k ...

aku tengok drama/filem sedih pun ikut sama nangis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 04:20 PM | Show all posts
lama lagi la uols cerita penderitaan sheols nakhabis.. sekalipun dapat jantan baru, tetap akan bingit membandingkan bekas laki dgn laki baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 04:20 PM | Show all posts
lama lagi la uols cerita penderitaan sheols nakhabis.. sekalipun dapat jantan baru, tetap akan bingit membandingkan bekas laki dgn laki baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 05:19 PM | Show all posts
banyak lagi single mother yg bela anak berderet dengan income limited, udah2 laa tu. btw,apa income dia ni ye? berlakon jarang2, nampak high m40 jer lifestyle dia? xlaki bagi nafkah anak2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 05:29 PM | Show all posts
acah betul acik rude ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah la Ritrud.. Cukup laaa.. You are not the only 1 yg kena besarkan anak sorang2 n dpt ex laki babi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Kecian. Dah 2 hari 1 komen pun takde.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ibu tunggal mcm tu. Ada yg bekas suami tak bagi nafkah anak langsung. Lagi la ada yg anak lagi ramai. Dah kenapa nk cerita tiap tahun kat media. Nak bagi sape tau kisah ni selain anak2 kan... Boleh la sound anak nanti google je kisah mak membesarkan kamu dgn air mata bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 08:57 PM | Show all posts
yg selalu portal up kan kesengsaraan seketul ritagarit tu apa?
tu bkn sesiapa ker?
yg setiap kali dia TB, sampai meroyan sawan tololwer dia semua tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ok faham2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.521895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list