CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5307|Reply: 20

Minta Belikan Nasi RM7.50 Untuk Orang Tua- Melampau Runner Caj Sampai RM50, Alasannya Hujan Lebat

[Copy link]
Post time 19-12-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang berkongsi pengalamannya apabila dia dikenakan caj tidak masuk akal oleh seorang runner.


Menurutnya dia menggunakan khidmat seorang runner untuk membeli sebungkus nasi sebelum dihantar kepada ibunya di rumah.


Gambar Hiasan




"Kebetulan hari ni umi saya tak sihat, dia minta tolong saya carikan runner pergi beli nasi dekat area (pasar raya) Billion (dekat Kota Sri Mutiara).


"Nak dijadikan cerita, mesejlah seorang runner ni minta tolong belikan nasi untuk umi saya. Saya agak terkejut (padahal terkejut beruk) tengok caj runner untuk beli nasi dan hantar dekat umi," tulisnya di media sosial.


Menerusi hantaran tersebut juga, wanita berkenaan memuat naik imej tangkap layar perbualannya dengan runner berkenaan yang memaklumkan nasi yang dipesan sudah selamat dihantar berserta dengan caj yang dikenakan.










"Nasi berlauk ayam RM7.50, caj runner musim hujan lebat RM50. Total RM57," demikian jawapan runner berkenaan sebagaimana yang terpapar dalam tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp.


Tambah wanita berkenaan, jarak antara rumah ibunya di Kubang Kerian dengan lokasi runner berkenaan di Kota Bharu,Kelantan hanyalah sekitar lapan kilometer.


Katanya, dia tidak menggunakan khidmat runner atau rider syarikat penghantaran makanan lain kerana sebelum ini ada antara ahli keluarganya pernah menggunakan khidmat runner yang sama.


Justeru tambahnya, dia terkejut apabila dikenakan caj yang pada pendapatnya agak tinggi kali ini.


"Memang begitu ke standard harga runner caj area Kota Bharu? Mohon bagi pendapat sikit," tulisnya lagi.


Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa terkejut dan hairan dengan caj yang dikenakan terhadap wanita tersebut.


"Kesian buat orang tua macam tu... runner pun, agak-agaklah nak caj pun.


"Nak sama mahal dengan tiket bas Kuala Lumpur ke Kelantan.


"Caj sendiri ni... hujan lebat tu alasan saja.


"Berair mata... sejengkal je Billion ke rumah kamu," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rider Grab sekarang pun dah pandai demand
Bila hujan
DM kita cakap nak tunggu hujan reda
Ingatkan berteduh sekejap
Rupanya sampai sejam
Air cair makanan sejuk

Kalau dah tak boleh berdepan hujan panas
Jangan jadi food rider lah
G keje ofis duduk dalam ekon
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:21 AM | Show all posts
rider sekarang byk demand (not all). d tengoknya makanan yg kita order tak mahal, teda yg nk ambik order kita. hujan gerimis sikit tak nak ambik jugak. then merungut takde keje...wth
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:22 AM | Show all posts
mesti kedek nak bayar fee grab/panda punya pasal..
ingat runner charge lagi murah la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:22 AM | Show all posts
she replied at 19-12-2023 11:13 AM
Rider Grab sekarang pun dah pandai demand
Bila hujan
DM kita cakap nak tunggu hujan reda

tak report ke grab ke kaka?

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-12-2023 11:34 AM

Atok dulu xde mende2 camni...suka2 panggil atau suka2 suh orng beli...atok ada 2 pilihan jer..atok sendiri pi kedai...atau atok masak sendiri...cucu semua ni pemalas betul la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 12:24 PM | Show all posts
kita kan boleh menolak jika dicharge tak masuk akal.


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali bincang harga dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matamata at 19-12-2023 12:51 PM

Musim hujan lebat ni korang tryla bawak motor...then baru korang tau
Semalam waktu hujan lebat Sampai tak nampak jalan aku nampak grab rider tolak motor sbb spark plug basah dia terlanggar lopak air dalam...menolak mat tu dlm hujan lebat...ada risiko lagi kena langgar
Rasa korang berbaloi je risiko gitu..?
Bergantung pada masa jugak...kalau dlm keadaan bencana alam gitu kalau ada rider yg sanggup amik order...patut dia charge lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:51 PM | Show all posts
semlm aku kena sidai dgn fp. punyalah susah dia nk cari rider. masa tu lom ujan lg. tunggu dia nk dpt rider tu ujan dah turun dgn lebat giler. aku nk kensel dah x dpt. haih. konon syg voucher fp punya psl nk expired hr ni la aku order air kt gigi coffee tu semlm. lam sejam stgh br mai org anta. kesian plak hujan2 mcm tu, aku kasik gak tip lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:53 PM | Show all posts
eh, merujuk kpd kisah TT, mmg x patut arr dia caj smpai rm50. caj ler cam biasa tp extra sikit. mesti yg tukang order tu akan ada rasa kesian and kasik tip lebih
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-12-2023 11:22 AM
tak report ke grab ke kaka?

Report

Dapat baucer 5 hengget
Hahahaha

Padahal
Kita report sebab taknak normalisasi perangai tu
Tapi Grab mudah je
Bagi baucer tutup kes
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:12 AM | Show all posts
she replied at 19-12-2023 11:13 AM
Rider Grab sekarang pun dah pandai demand
Bila hujan
DM kita cakap nak tunggu hujan reda

iolls jarang guna grab, tapi kalau jadi gitu boleh claim refund ke.?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:28 AM | Show all posts
I pengguna tegar Grab. Foodpanda jarang sikit sebab delivery mahal. Beza a few ringgit dengan Grab selalunya. So far takde lagi masalah kena sidai etc.

I kena sidai sekali je masa I pakai app Misi. Sejam lebih tunggu rider pick up makanan. Tu la the first and the last time I pakai Misi. Sekian perkongsian
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
baik order grab or fp jer..dorg xde charge giru..
tp pakcik ni xpandai pakai apps pulakk
nsb le..
yg rider tu pun hagak hagak la..walaupun ujan..berapa km jarak..kalau caj rm20 ok lg..mmg hanat..mkn duit hrm x kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:47 PM | Show all posts
Mungkin kedai tu tak ada grab or fp kan.... cuma kita boleh arrange kan delivery
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 20-12-2023 09:12 AM
iolls jarang guna grab, tapi kalau jadi gitu boleh claim refund ke.?

Nda buleh refund
Dia bagi baucer je
Huhu Grab dekut

Waima macik Platinium
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:31 PM | Show all posts
she replied at 20-12-2023 02:21 PM
Nda buleh refund
Dia bagi baucer je
Huhu Grab dekut

tq uolls reply, nampaknya unistall balik jelar jawabnye

pakai shopeefood, tak cukup sos pun dapat refund, masuk wallet


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg semua materialistic Bai. Ko nak ko beli, x nak x de sapa paksa ko beli. Pg KFC ayam 2 ketul pun rm 15 ko Tau.

Kalo pndi baik beli ayam goreng psr malam. Rm 6 dpt 2 ketul besar.

Zaman skrg org pndi selalu untung Dan org bodo akan selalu rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:46 PM | Show all posts
Tambah wanita berkenaan, jarak antara rumah ibunya di Kubang Kerian dengan lokasi runner berkenaan di Kota Bharu,Kelantan hanyalah sekitar lapan kilometer.

8 km naik motor dalam hujan ko ingat dekat ka nek. Lepas hantar dah tentu runner kena balik ke base. Cuba nenek buat sendiri.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060011 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list