CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7277|Reply: 26

Bunyi Notifikasi Berterusan, Wanita Tertekan Berada Dalam 600 Group Chat Kerja

  [Copy link]
Post time 19-12-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Seorang wanita di bandar Nanchong, China menjadi perhatian selepas mendedahkan bahawa dia meninggalkan 600 kumpulan sembang di aplikasi sosial setelah berhenti kerja.


Thaiger melaporkan, Tang Ying sebelum ini bekerja sebagai penyelia runcit untuk sebuah syarikat hartanah selama empat tahun.


Dia terpaksa mengendalikan 600 kumpulan sembang berkaitan kerja. Semasa waktu sibuk, Tang Ying terpaksa menguruskan 10 kumpulan sembang secara serentak, malah menggunakan komputer riba semasa makan.




Foto: Thaiger




Dalam satu-satu masa, dia diarahkan menghias beberapa kedai di tujuh hingga lapan pusat beli-belah.


Bagi setiap pusat beli-belah pula, Tang Ying bertanggungjawab ke atas beratus-ratus kedai yang mempunyai kumpulan sembang setiap satu.


Menurut wanita itu, setiap kumpulan sembang itu adalah penting untuk memudahkan tugasnya.


Namun, dia mengakui bahawa bunyi notifikasi berterusan daripada aplikasi sosial menakutkan dirinya.


Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia tidak berani mematikan telefon atau berhenti menyemak mesej kerana bimbang kehilangan maklumat penting yang menjejaskan pembukaan kedai baharu.


Bercakap mengenai perasaannya selepas berhenti kerja, Tang Ying berkata, dia berasa santai, bebas dan tidak lagi tertekan oleh notifikasi kumpulan sembang. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
MCM Anak iols.le..
Dalam WhatsApp kawan2 skola dia.ada banyak group...
Yang Ni takda sorang ni..yang tu takda sorang tu..
Yang Ni geng kelas..yang tu geng persatuan..
Bertalu2
Last2 Anak iols left semua group...sakit kepala katanya...hahahaha
Nak sembang kat sekolah je...
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:08 AM | Show all posts
600 group tu byk yakmat. aku yg ada x smpai 10 ni pun dok mute kan je noti except for group family aku ler.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:10 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 19-12-2023 10:13 AM

cuba contohi salimrock

ada kawan2 sekolah , kolej add dia masuk, pastu dok cerita anti vaksin, politk, anuar, muhyidin dsbnya,

sekali si salim tu hantar gambar2 pompuan tak pakai baju, sexy, dsbnya, ada orang kick abg salim dr group, aman jah hahaha,

tp ada juga juga yg add balik, haha
ada yg bg amaran je, ada pompuan la salim dlm ni...


kena kick dr group lebih puas hati dr left the grup

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:19 AM | Show all posts
pilihan atau kewajipan ??
iolls ada jer byk grup2 keje ni(tapi taklah beratus). habis waktu keje iolls mutekan/archivekan. lantak ko lah, i habe my life outside office time. janji keje iolls siap .
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:14 PM | Show all posts
aku waktu kerja aku on..lepas office hour adn weekend aku off .

malas nak layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 12:16 PM | Show all posts
phone_5 replied at 19-12-2023 12:14 PM
aku waktu kerja aku on..lepas office hour adn weekend aku off .

malas nak layan

setuju 100%
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 10 group pun malas nak layan . ..kalau 600 lama dah aku balah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgnla korang banding kerja ofis dgn kerja retail amoi ni. Each of the represent customer dia. Terpaksala layan 247
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:22 PM | Show all posts
Jangan kata 600, 6 group pun aku dah mutekan..group yg bermanfaat je aku layan. Abis kuat, group family sedara mara je aku amik port. Group keje, seketul dua je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 03:03 PM | Show all posts
gigih ko kira
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 03:33 PM | Show all posts
gila la..aku yg beberapa pun phobia dgr...hahahha. selalu whtaps keje pun mute kecuali dia buat notify sbb nk bg alert. tu baru layan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 03:52 PM | Show all posts
manusia ni pelbagai ragam...ada yg kita suka, ada yg kita tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 19-12-2023 10:10 AM
cuba contohi salimrock

ada kawan2 sekolah , kolej add dia masuk, pastu dok cerita anti vaksin, poli ...

Mengong
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi: 600 group tu byk yakmat. aku y ...


Huntonglah ko...aku xlah smpi 600.. seratus pun xsmpi...tp for sure leboh 60 group kerja...sabtu ahad, public holiday, hr aku mc aku cmpk atau off terus hp aku..mampuslah kau orang kat situh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:36 PM | Show all posts
betul, aku ada Whatsapp+Wechat group Wechat makan banyak space dalam phone, tak sabar nak remove Wechat dalam phone.

tu belum masuk Telegram apa ke jadah tu lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 07:45 PM | Show all posts
back to traditional email kan mudah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat kabilah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya grup.. keje dia pun byk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya...banyak group nak pantau habis tu kawan realiti dia ade ke tak?
iols sejak resign delete semua group yg berkaitan kerja, inform je yg rapat tu suh pm je. serabut la byk2 kdg2 bkn psl kerja sgt byk borak pelik2 je (group kerja iols dulu la)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.284178 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list