View: 33439|Reply: 223
|
Semakin berbisa Anak bujang Zainal Abidin perli Fyna Jebat?
[Copy link]
|
|
SALAH seorang anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Zainal Abidin iaitu Zaifiq seperti tidak merestui pernikahan bapanya dengan isteri muda, Fyna Jebat.
Biar gambar berbicara – Anak bujang Zainal Abidin
PETALING JAYA – Salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zaifiq memberi bayangan seperti tidak bersetuju dengan tindakan bapanya bernikah kali kedua dengan Fyna Jebat.
Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin berkata, tidak semua apa yang dilaporkan media bersifat sahih berhubung perkahwinan bapanya dengan penyanyi muda itu.
“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku),” tulisnya menerusi Facebook.
Antara hantaran status dikongsi anak bujang Zainal Abidin bernama Zaifiq seperti memberi bayangan tidak merestui perkahwinan bapanya dengan isteri muda, Fyna Jebat. – FACEBOOK
Zaifiq juga memuat naik sekeping foto adik-beradiknya mencium pipi ibu tersayang yang selama ini telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik mereka.
“Biar gambar berbicara,” demikian coret Zaifiq sebagai kapsyen foto yang dikongsi.
Sementara itu, Zaifiq turut berkongsi seraya membetulkan kata-kata berbunyi: “Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.”
Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Zainal atau nama sebenarnya, Zainal Abidin Hassan, 62, memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung pergaduhan melibatkan isteri pertama dan keduanya di tempat awam.
Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.
Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).
Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.
Sekadar info, bekas pengendali pasukan Penang FC itu berkahwin dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini sejak 1985 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan liima orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak kate dato alip syukri... Hari2x makan ikan kembong pon bosan juga.. Sesekali nak merasa ikan salmon.. Ikan siakap... Gitula perempumaan nafsu lelaki ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Maknye nampak muda kalau jalan ngan anak2 mcm kakak je |
|
|
|
|
|
|
|
Cari penyakit betul ZAH ..elok2 aman bahagia idup dah bercekau bini2 yang ada..
Btw nak tau gigi ZAH masih penuh lagi ke...tgk mcm xde gigi je???????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana si fyna kenal si ZA ni |
|
|
|
|
|
|
|
entah lah si penyondol pun... sanggup kau berebut kayu arang orang lain
kalau dah selera black sangat pergi je ambik botoi kicap kat dapur tu... kat shopee pun ada jual... nak hitam macam mana? macam arang telur masin pun ada... even warna hijau dan biru macam avatar tu pun deorang dah jual siap pakej rambut ponytail untuk sambung2 rambut macam avatar tu.. packaging semua discreet dalam plastik hitam berlapis2... |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 replied at 25-1-2023 09:20 PM
Bak kate dato alip syukri... Hari2x makan ikan kembong pon bosan juga.. Sesekali nak merasa ikan sal ...
Dah tu pompuan nk kena hadap pishang yg sama je...apa ingat kami tak boshan jgk ke |
|
|
|
|
|
|
|
Byk hari gak si Zaifiq ni duk merempan bengang, silap besar bila tambah cawangan time anak2 dah besor gini mmg depa side mak dorang laa lelagi anak lelaki.
Anak lelaki dia yg sorang lg tu ada iras Mbappe, yelaa baka2 belah sana kan.
Wife abang dia Zaiza tu pun rupa iras2 mak dia gak. Cerah2 kulit gituh. |
|
|
|
|
|
|
|
anak 4 lelaki...1 pompuan ,..penat wei nk handle time kekecik |
|
|
|
|
|
|
|
bg i ada IRAS2
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin...
Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Zainal atau nama sebenarnya, Zainal Abidin Hassan...
--------
Oooooo selama ni derang pakai nama tipu2 lah ye. Reporter lulusan universiti shop house apakah ni????? Nama penuh nama penuh nama penuh la deiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak boddddd la fyna niii bila mampu dpt lg hebat kesian tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Pulangkan balik la kueh kote mamak tu kat bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
kali ni kte baca anak lelaki yg kedepan. selalu kte cakap anak pmpn je yg selalu merempan bekap parents anak lelaki mcm xde. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x pelik kalau anak2 zainal ni 'bersuara' tp yg aku pelik macam mana family fyna ni dr parents sampai ke adik beradik dia boleh biarkan dia kahwin dgn zainal? xkanlah x selidik dulu cam mana penerimaan bini 1st dgn anak2. Ni kahwin betul tau bukan kau main kahwin2 macam budak2 dulu boleh main sauk aje |
|
|
|
|
|
|
|
Mana si dektuuuu yg komennnnn nak kena bilas 7 keturunan pigmen ZA tak hilang???
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhuuuu ingat aman-aman aja
tunggu turn rupanya, dah reda yang sol
Baru gegak gempita yang ni |
|
|
|
|
|
|
|
depa nikah akt mana sebenarnya..? malaysia ke thai?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|