CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 15

Sibuk Kerja Sambil Sambung Belajar, Semua Berbaloi! Hawa Rizwana Berjaya Genggam Ijazah Sarjana

[Copy link]
Post time 29-11-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Demi menghabiskan pengajian, pengacara Hawa Rizwana, 27, sanggup meninggalkan kerjaya wartawan penyiaran di Media Prima Berhad walaupun dengan hati yang berat.


Bagaimanapun, pengorbanan itu berbaloi apabila Hawa berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95, Ahad lalu.




Foto: IG




"Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur. Sebenarnya tak sangka dapat keputusan begitu dengan bekerja lagi. Ia bukan kejayaan secara individu saja, tapi banyak dibantu tugasan berkumpulan dan berpasangan.


"Tanpa pertolongan rakan sekuliah, tak mungkin dapat CGPA begitu. Sebenarnya yang banyak membantu adalah semester pertama kerana dapat CGPA 4. Semester seterusnya semakin mencabar dan campur-campur dapatlah 3.78.


"Syukur juga ada sistem sokongan yang kuat kerana orang lain ada lagi besar komitmennya," katanya.




  



Hawa yang kini pengacara program MeleTOP berkata, cabaran terbesar sepanjang tempoh pengajian adalah apabila dia masih bekerja sebagai wartawan, menjadi pembaca berita dan banyak jemputan kerja lain.


"Memang banyak pengorbanan terpaksa dibuat dan selepas berfikir panjang, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai wartawan penyiaran. Hikmahnya, selepas itu rezeki menjadi hos Wanita Hari Ini dan Hello Doktor.


"Alhamdulillah dapat kerja yang jadualnya tak bertembung dengan masa kuliah. Selain itu, semangat berpasukan dengan rakan sekelas sangat membantu, dapat luaskan jaringan dan dapat kawan baharu," katanya.


  



Antara sebab Hawa nekad menyambung pengajian juga adalah demi jaminan masa hadapan.


Menurutnya, dia tidak menolak akan menceburi bidang akademik jika ada rezeki suatu hari nanti.


"Saya memang suka belajar dan rasa teruja ada rakan sekelas dan menjalani peperiksaan. Satu lagi, kerja dalam industri media tak tahu sampai bila boleh bertahan dan diterima.


"Sekurang-kurangnya, mungkin kalau ada rezeki ke arah bidang akademik atau jadi pensyarah, kita ada kelebihan itu. Sambung saja belajar selagi masa ada masa dan kurang komitmen," katanya.




  



Dalam pada itu, Hawa juga tidak menolak untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pula selepas ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni patut takpayah terjun bidang hiburan. Kekalkan image mcm sebelum ni. Dulu mahal dia join anchor, skunk??? Pikkirkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 02:26 PM | Show all posts
Tahniah Hawa. Teruskan usaha menimba ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:22 PM | Show all posts
Tahniah Hawa.tapi asal ko makin ira muke lofa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:28 PM | Show all posts
congrats..semoga terus sukses..muka lbih kurang neelofa la dia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:33 PM | Show all posts
Ini baru beauty with brain. Nak terlibat dalam bidang hiburan pun belajar tak tinggal. Takdelah alasan tak habis belajar sebab terlalu sibuk. Harap canang SPM 10A je la sampai ke sudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb ko klon jahbubis.. So no!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:21 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 29-11-2022 03:33 PM
Ini baru beauty with brain. Nak terlibat dalam bidang hiburan pun belajar tak tinggal. Takdelah alas ...

tapi netijen kata kalau muka cunnn tak der spm pun tak per..... kuikuikui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:47 PM | Show all posts
sibuk kerja??

bukan kau kerja bertani pun


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:08 AM | Show all posts
kalau muka ko tak macam jah lopa mgkin aku minat. ni sbb ko cam lopa so no
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:03 AM | Show all posts
jambatannetizen replied at 29-11-2022 12:23 AM
Dia ni patut takpayah terjun bidang hiburan. Kekalkan image mcm sebelum ni. Dulu mahal dia join anch ...




Anchor sekarang gaji berapa eh? Aiols baca dedulu zaman Wan Zaleha tu 5k pun depa kira bagus dah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
A ah la mcm jahlop
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bitterchoc replied at 30-11-2022 11:03 AM
Anchor sekarang gaji berapa eh? Aiols baca dedulu zaman Wan Zaleha tu 5k pun depa kira bagus da ...

Ntahlahh aku. Tapi dia ini pada aku tak patut terjun dunia hiburan. Stay in ur lane .
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:14 PM | Show all posts
Meollss ok jahh dengan dia ni. Masa kat Buletin FM dgn Azly Iskandar meolls suka.. skrg cam tahahapahantah si dJ Izwan ngan Muaz dua2 berlumba nak camdek satu sama lain kat konti.. apooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
I memang respect ngan orang yang rajin menimba ilmu, tak mudah putus asa.
Satu benda yang positif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.069480 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list