Sumber IG
Lain macam betul penangan drama Melur Untuk Firdaus apabila ketibaan pasangan teraju utama naskhah berkenaan, Meerqeen dan Anna Jobling di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta Jakarta disambut meriah oleh peminatnya di Indonesia.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Anna dalam satu kenyataan mengakui tidak menyangka kehadirannya di negara diraihkan sedemikian rupa hinggakan peminat sanggup bersesak semata-mata untuk menemui mereka.
"Memang saya terima banyak mesek di IG mahu bertemu di lapangan terbang namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak beri hadiah hari jadi.
"Saya terharu dengan sambutan yang diberikan mereka. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini," katanya.
Sumber IG
Difahamkan, kedua-dua pelakon itu 'terbang' ke Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV sekali gus untuk sesi bertemu peminat di sana.
Sementara itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mengakui mengalami sedikit gangguan keresahan apabila dikerumuni oleh peminat secara tiba-tiba.
"Drama Melur Untuk Firdaus memang berjaya menaikkan nama dan memberi impak besar dalam karier lakonan kami.
"Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan menunggu kehadiran kami di sini," katanya.
Untuk rekod, drama lakonan mereka tidak hanya mendapat tempat dalam kalangan peminat karya tempatan tetapi juga mencetuskan fenomena tersendiri di Indonesia, Singapura dan Filipina.
Keserasian yang ditonjolkan oleh Meerqeen dan Anna menerusi drama itu juga menyebabkan ramai peminat mula memasang impian untuk melihat aktor dan aktres itu menjadi pasangan kekasih sebenar. - CARI
|