CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2106|Reply: 20

Ular Peliharaan 18 Kaki Belit Tuan Sendiri Sampai Mati

[Copy link]
Post time 27-7-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode
HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas dibelit ular peliharaannya sepanjang  5.48 meter (18 kaki) di bahagian leher minggu lalu, lapor majalah People.


Elliot Senseman, 27, mati ketika dirawat di Hospital Lehigh Valley kira-kira pukul 8.11 pagi (waktu tempatan), kata Koroner Daerah Lehigh, Daniel A. Buglio dalam satu kenyataan.


Foto: Getty Images




“Punca kematian adalah kecederaan pada otak akibat kurang oksigen semasa dibelit.


“Seekor ular sawa boa constrictor dengan saiz kira-kira 5.48 meter  melilit leher mangsa, yang  mengakibatkan kecederaan  otak ,” kata kenyataan tersebut sambil menambah, kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan.


Dalam insiden  pada minggu lalu itu, anggota polis Perbandaran Upper Macungie dikejarkan ke perkampungan Fogelsville sejurus menerima panggilan kecemasan. Setibanya di lokasi kejadian, anggota-anggota polis menemui seorang lelaki  terbaring di lantai, manakala seekor ular melilit lehernya.


“Disebabkan saiz reptilia itu  amat besar, salah anggota kami  terpaksa menembak kepala ular tersebut tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa,” demikian menurut laporan polis.


Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu laman berita The Daily Beast bahawa mangsa mula membela ular sejak berusia 10 tahun selain mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan reptilia itu.


Dia juga telah menyelamatkan banyak ular dalam tempoh enam tahun lalu dan amat berminat dalam mencari tempat tinggal baharu bagi haiwan tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 11:11 AM | Show all posts
ular = belong to the wild
bukan kucing boleh di jinak2 kan
mendapat la pokcik. taziah le
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:12 AM | Show all posts
tak boleh melawan sifat asal ular
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Invasive species
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bela ular sendiri cukup la buat ape tambah yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 12:31 PM | Show all posts
x sempat telan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 01:11 PM | Show all posts
lambat bagi makan lar ni... tu yg sebat tuan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 01:12 PM | Show all posts

ýa kasian ular tak sempat di telan tuan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 01:46 PM | Show all posts
Go go ular sawa.

Telan je tuan kamu yang bodoh tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dpt dari forum ni juga Ada kata, kalau nak antara nak katok ular dan yenna, kena katok yenna dulu….
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 02:10 PM | Show all posts
Haiwan liar tetap juga haiwan liar bila2 masa boleh menyerang semula
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 02:42 PM | Show all posts
bnyk2 haiwan jinak...
jenis haiwan liar gini jugak yg dia suka...

ular ni kalau lapar xde nya dia nak kenal tuan dia ke tidak...bela lak ular sawa...bela ular kecik2 dah la...ular lidi...tapi klu kena patuk pun sia2 jua......aihh...

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Maybe si mati tak bagi ular ni makan cukup2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau owner ni dpt diselamatkan for sure dia saman perhilitan yg tembak mati ulau besau tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:52 AM | Show all posts
lain kali sila bela boya tembaga size2 Bujang Senang tu... lepas tu sila sama-sama lumba berenang.. kita tengok siapa sampai "ke mana" dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:22 AM | Show all posts
margo20 replied at 27-7-2022 12:18 PM
Bela ular sendiri cukup la buat ape tambah yg lain

yg tu x blh melingkor
mencanak je boleh





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 11:58 AM | Show all posts
ke sebenarnya tu cara dia bermesra.. telebih belit.. mati... maybela...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:27 PM | Show all posts
maharani_gebu replied at 27-7-2022 01:11 PM
lambat bagi makan lar ni... tu yg sebat tuan sendiri

tak jugak...  ada kes, dia jamu makan tapi ular refuse.  memacam dia cuba bagi...  tak jalan...  pada masa yang sama ular ni selalu stretching and all...  so dia pi tanya vet...  pastu vet kata ular tu sengaja berpuasa n strecthing tu sebab dia besarkan perut dia untuk telan tuan dia...  

wild belong to wild tak kisah la ko kasik dia melantak macamana sekalipun...  predator instinct deme kuat wooo///
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:28 PM | Show all posts
aina_shaira replied at 27-7-2022 01:56 PM
Aku dpt dari forum ni juga Ada kata, kalau nak antara nak katok ular dan yenna, kena katok yenna dul ...

dalam kes ni yenna takde kat situ, so perhilitan deme kena la katok ular tu...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:13 PM | Show all posts
eyansss replied at 28-7-2022 01:27 PM
tak jugak...  ada kes, dia jamu makan tapi ular refuse.  memacam dia cuba bagi...  tak jalan...  p ...

eiii... ngeri plak dengar... diorang ni kadang hobi yang aneh-aneh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079280 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list