CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 5

[Tempatan] Notis penolakan pelancong China ikut prosedur - Imigresen

[Copy link]
Post time 2-7-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Notis penolakan pelancong China ikut prosedur - Imigresen


Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Memetik laporan sebuah portal, Penolong Penguasa Imigresen, Syahmi Syafie Md Nazmil memaklumkan dakwaan budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang adalah tidak berasas.

Menurutnya, ketika soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

"Soal siasat serta komunikasi dengan subjek juga agak terbatas kerana subjek hanya boleh berbahasa Cina dan sukar memahami soalan yang diajukan," kata laporan itu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya.

Sementara itu, laporan memaklumkan kemasukan pelawat yang dikemas kini daftar penolakan masuk ke dalam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) hanya boleh dibatalkan dengan kelulusan pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Ketua Pengarah Imigresen sahaja.

Dalam pada itu, Syahmi juga mendakwa pegawai bertugas juga tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri meskipun dituduh meminta wang berjumlah RM3,000 melalui ejen untuk dilepaskan.

Terdahulu, media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan JIM, kelmarin.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan ke atas laporan berita itu.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -prosedur-imigresen

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:26 PM | Show all posts
Lambakan thread yang hampir serupa...

1. Guna Kuasa Menteri Menceroboh, Buat 'Kecoh' Tuntut Bebaskan Pelawat China Ditahan Di KLIA
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 945&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

2. [Tempatan] Berani kerana benar. Menteri gempur polis dan pegawai imigresen yang dituduh olehnya meminta rasuah
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 974&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

3. Pegawai Imigresen Dalang Video Viral - King Sing
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 083&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

4. Notis Penolakan Pelancong China Ikut Prosedur
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 150&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

5. [Tempatan] Laporan polis dibuat, notis penolakan masuk pelawat China dibuat mengikut prosedur
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 161&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

6. [Tempatan] Baru 7 bulan PH memerintah bukan 1,2 kali tapi dah LIMA kali menteri PH-BN yang sama ganggu tugas Jabatan Imigresen di KLIA
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 220&fromuid=1108738
(出处: CARI Infonet)

7. This thread
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 9277&extra=page%3D2

@admin6





Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 08:54 PM | Show all posts
jgn lupa ni

https://www.malaysianow.com/my/n ... i-imigresen-di-klia

takkan pengarah jpa dulu pun nak seludup amoi masuk malaysia juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh.. Kat ausie dh lame ketat seketatnye kemasukkan pelancong.. Mane ade menteri sibuk2x nak defend pelancong..  Bongok
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 2-7-2023 10:23 PM
Bodoh.. Kat ausie dh lame ketat seketatnye kemasukkan pelancong.. Mane ade menteri sibuk2x nak defen ...

Menteri madanon esp cina eng  mmg bongok. Buat negara ni mcm bapak dia punya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041393 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list