Kecuaian seorang ibu mengakibatkan berlakunya kemalangan ke atas anak kandung sendiri.
Tragis yang cukup menyayat hati itu berlaku di bandar Lu’an di timur China apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ibunya sibuk dengan telefon bimbitnya.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Han Han berada bersama ibunya ketika kejadian mengejutkan itu berlaku.
Kemalangan tragik itu telah dirakamkan oleh kamera CCTV yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak itu berjalan menuju ke jalan ketika ibunya sibuk dengan telefon bimbitnya.
Tanpa diduga sebuah kereta yang melalui jalan itu telah melanggar kanak-kanak berkenaan. Dia dibawa ke hospital namun kecederaan yang dialami adalah parah.
Tragedi itu telah mencetuskan perdebatan hangat di China dengan ramai yang menyalahkan wanita berkenaan. Kes itu kini disiasat oleh polis.
Kanak-Kanak Dilanggar Kereta Ketika Ibu Sibuk Telefon Bimbit.
Jadi bagi semua ibu bapa yang bertanggungjawab ambil lah ikhtibar daripada tragis itu kerana sesal terdahulu berpada-pada, sesal kemudian tiada gunanya.
Kat China anak kena langgar sebab mak sibuk dengan handphone. Kat Malaysia anak jatuh dari tangga bergerak juga sebab mak sibuk dengan handphone. Dua2 kes kantoi sebab adanya cctv.
tak payah gi china lahh..
baru semalam ada satu badigol bwak kete sambil main pesbuk..
henpon letak depan muka.. aku dr belakang boleh nampak screen enpon tgh on kat pesbuk..
dah la dok lorong memotong, bawak terhegeh2 sbb nak main pesbuk..
banyak kali dah aku tengok.. rasa nak sondol je sekor2..
dulu ber SMS.. sekarang berpesbuk berwasap..
i kenot brain this people.. yg bawak motor pon dah pandai nak berpesbuk berwasap bagai..
kat malaysia ni je haa melambak dah kecuaian ibubapa menyebabkan kematian anak. mati dalam keta ada...hat reverse keta terlanggar anak sendiri banyak mana dah kes.