Edited by Naliena at 2-4-2016 02:19 PM
Hari demi hari. Masa berganti pantas. Tanpa kita sedari. Kita sudah jauh tertinggal.
Putaran waktu terus menerus ke hadapan. Tidak tertoleh-toleh lagi. Sedangkan antara kita ada yang terkapai-kapai. Lemas kerana mengejar waktu yang tidak bisa berhenti.
Begitu juga aku. Tunggulah aku! Berikan aku kesempatan sedetik cuma untuk bernafas. Terlambat sesaat aku hilang segalanya.
Untuk kita semua! Yang sibuk mengejar bekalan dunia. Yang bekalan akhiratnya entah sebanyak mana.
Ingatlah!
Waktu tidak pernah terhenti. Dan maut tidak dapat ditunda sepertimana kita biasa menunda masa. Rebutlah waktu untuk kembali kepada fitrah hidup. Rebutlah waktu untuk kembali bertaubat. Kerana pastinya kita tidak mahu mati dalam sia-sia.
|