CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2299|Reply: 0

Daging Itik- Hidangan Yang Membantu Penghadaman!

[Copy link]
Post time 29-3-2016 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto : google image



Daging itik, sumber protein dan zat besi, tinggi dengan vitamin B dan dapat membantu penghadaman makanan.


Seperti yang sedia maklum, daging itik mengeluarkan bau hamis, tetapi kita boleh menghilangkan bau itu dengan menggayakan masakan seperti itik panggang atau itik berempah dan sebagainya.


Mereka yang menghidap penyakit jantung atau mempunyai kolesterol tinggi perlu menghadkan masakan berasaskan daging itik, kerana daging itu mempunyai jumlah kolesterol yang sangat tinggi.


Kajian turut mendapati, daging itik mengandungi folik yang boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung.




Resipi Itik Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor itik bersaiz sederhana, 3 hirisan halia, 2 kuntum bunga lawang, 2 sudu besar minyak, bahan perisa (digaul bersama): 1 sudu besar serbuk rempah lima rasa (five-spice), 1 sudu kecil lada hitam, 5 sudu besar kicap pekat, 5 sudu besar kicap soya, 3 sudu besar gula dan sedikit garam.





sumber foto: http://syurie.blogspot.my/

Cara Memasak:
1. Bersihkan itik.
2. Sapukan bahan-bahan perisa pada badan itik. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia hingga naik bau dan masukkan itik. Biarkan itik dimasak dalam periuk dengan api yang perlahan.
4. Selepas itu masukkan 500ml air dan bahan-bahan perisa ke dalam periuk. Tambah air biar itik terendam dalam periuk. Masukkan bunga lawang.
5. Tutup periuk, kuatkan sedikit api dan biarkan hingga mendidih. Lepas itu perlahankan api dan biarkan itik mereneh dalam periuk lebih kurang dalam satu setengah jam.
6. Apabila itik menjadi lembut, buka penutup periuk dan biarkan sehingga air menjadi pekat.
7. Bila sudah pekat, keluarkan itik dari periuk. Potong kecil-kecil dan hidangkan.







sumber info : http://syurie.blogspot.my/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038959 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list