CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8294|Reply: 12

Sebelum Ke Uzbekistan, 5 Perkara Ini Perlu Anda Tahu

[Copy link]
Post time 16-3-2016 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kenapa nak ke Uzbekistan? Ha, sebab wanita di sana cantik-cantik kan? Hehehe

Uzbekistan merupakan sebuah negara Kesatuan Soviet yang terletak di Asia Tengah. Bersempadan dengan lima negara iaitu Kazakhstan di utara, Tajikistan ke tenggara, Kyrgyzstan ke timur laut, Afghanistan ke selatan, dan Turkmenistan di barat daya.




Menurut Adi Putri, Uzbekistan sama seperti negara empat musim yang lain, namun ia mempunyai ciri-ciri seni bina yang melambangkan keperibadian negaranya yang tersendiri. Seni bina di Uzbekistan adalah bercirikan pintu gerbang tinggi, dihiasi dengan perhiasan terang jubin kaca berwarna biru-hijau, dan kubah besar berada di tempat-tempat pelancongan yang terkenal di dunia Uzbekistan moden. Walau bagaimanapun, negara ini kurang popular sebagai destinasi percutian dan kurangnya perbincangan menjadikan negara ini kurang popular, tetapi ‘rare‘ jika dapat dilawati.

Tetapi sebelum anda ke Uzbekistan, anda patut tahu lima perkara ini. Ketahui “FAUX PAS“ di Uzbekistan supaya tidak tersilap langkah di Uzbekistan!



1. NO couch-surfing.

Jika anda adalah pengembara tegar dan selalu couchsurfing- iaitu tinggal sementara di rumah orang lain, ini adalah satu kesalahan disana. Jika ada penduduk Uzbekistan menawarkan untuk couch-surfing dirumah mereka, jangan terima kerana ianya mungkin merupakan ‘scam’ ataupun mereka sendiri tidak tahu tentang kewujudan peraturan sebegini di negara mereka.

Setiap pelancong wajib menginap di hotel kerana setiap hotel yang didiami di Uzbekistan akan menyediakan cop atau resit penginapan. Jika tiada, bersiap sedia untuk disoal siasat di lapangan terbang dan anda bakal ditahan sementara. Memandangkan orang Uzbekistan tidak fasih berbahasa Inggeris, penterjemah akan dipanggil dan menyoal siasat (kena tunggu penterjemah pulakkkk). Anda mungkin perlu membayar sejumlah wang sebagai denda atau dikenakan cop “deported” di belakang paspot, atau kedua-duanya sekali.

2. Jangan anggap mereka fasih berbahasa Inggeris.

Merupakan sebuah negara Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, bahasa ibunda mereka merupakan Bahasa Uzbek dan Russia. Anda disyorkan belajar sedikit bahasa ibunda mereka untuk sebarang pertanyaan, tawar menawar dan memenangi hati mereka. Jika anda tiada masa untuk mempelajari bahasa Russia juga, internet adalah amat penting . Google Translate anyone?

3. Jangan senyum sesuka hati.

Senyuman adalah amat ‘mahal’ dan anda mungkin akan dianggap sebagai mengejek atau mempersenda jika sesuka hati senyum kepada mereka. Lain pula jika mereka yang terlebih dahulu memberikan senyuman kepada anda. Kebiasaannya, penduduk Uzbek yang merantau ke negara orang adalah lebih bersifat terbuka terutama sekali kepada pelancong kerana mereka pernah melalui perkara yang sama terutama sekali yang mengambil kursus bahasa Inggeris di luar negara mereka (selalunya Malaysia).

4. Jangan masukkan duit Uzbekistan (SOM) ke dalam ‘wallet’ anda.

Serious ni. Tak kena marah, tak kena pukul. Tapi takut wallet koyak je sebab duit Uzbekistan selepas ditukarkan daripada 100USD jadi “berkepuk-kepuk”. Nilai matawang mereka adalah 1000UZS macam RM1 sekeping. Wang paling besar ialah 5000UZS, macam RM5. So boleh bayangkan macam mana bawa duit RM1 dan RM5 sebanyak 400 keping lebih selepas ditukarkan daripada 100USD?

5. Bersedia untuk “Extra Security Measures” di Airport.

Akhir sekali, bersedia untuk “Extra Security Measures” di airport terutama sekali kepada pengembara solo. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menyelongkar, menahan dan menyoal siasat anda semasa pemeriksaan barangan dan diri dilakukan di lapangan terbang. Bekerjasama, tetapi tegas jika anda tidak melakukan kesalahan dan jangan berkasar. Jangan pelik jika mereka bertanya jika anda adalah ejen luar atau pengganas kerana kawalan keselamatan mereka amat ketat selepas insiden pengeboman di Tashkent pada tahun 1999 dimana meninggalkan kesan yang agak mendalam bagi mereka (seriously, mereka FOBIA).

Hati-hati, kerajaan Uzbekistan sangat tegas dan jangan sampai tersalah langkah dan jangan sampai dapat cop deported yang hodoh dibelakang passport anda! Especially untuk heavy traveller, ini boleh menjejaskan perjalanan anda ke negara lain -benda yang paling ditakuti oleh kebanyakan pengembara. Better to be safe than sorry!

Walaupun ini adalah sisi negatif yang jarang dibincangkan, tetapi precautions perlu diambil supaya perjalanan sepatutnya mengubah hidup menjadi lebih baik. Pengembaraan adalah sangat bernilai seiring dengan usaha dan risiko yang bakal dihadapi. Pengalaman baik atau buruk, mengajar anda lebih lanjut mengenai dunia di sekeliling anda.

Go explore Uzbekistan and other Soviet Union countries!





















Ice climbing di Turkestan, Matcha dan Gissar




Kredit : Saja Kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 06:48 PM | Show all posts
tq..nice info
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 06:52 PM | Show all posts
okayla. Tpi byk negara nk perang.hope allah izin aku melancong indon,dubei dan london juga belanda serta negara iktiraf lgbt iaitu amerikano kat  tempat disneyland
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus info ni. Dalam list juga uzbek ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku jugak yg teringin nak menggembara solo..seronok pergi tempat2 org
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:53 AM | Show all posts
uzbek is a nice place to visit, tapi mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2016 03:11 PM | Show all posts
dah pergi dah uzbek ni .. besttt ... rasa mcm nak pi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 09:45 AM | Show all posts
Edited by bonita at 15-11-2016 04:28 PM

Just got back from Uzbekistan (Bukhara, Samarkand and Tashkent) last week - musim luruh.

Security airport sgt ketat and police are literally everywhere. Yet the people are warmth and friendly - so inquisitive when seeing us the hijabi tourists / travellers. Sayangnya, mereka tidak mengamalkan Islam walaupun >80% adalah Islam.

Overall,  perjalanan kembara yg sgt membuka mata dan minda. A beautiful contrast of Soviet remnants with rich Islamic civilizations and Silk Road cultures. Alhamdulillah, diberi peluang utk melihat salah satu Al-Quran yg ditulis / dikompilasi pd zaman Khalifah Uthman bin Affan di Imam Hazrati Mosque di Tashkent, melawat makam Imam Bukhari dgn national hero of Uzbekistan; Amir Temur or Timurlane di Samarkand, and finally dapat main snow kt Chimgan Mountain / the spectacular view of Lake Charvak.

If you have been to Turkey, you will find some resemblance - in terms of their Turkic language (Uzbek, not Russian), the intricately beautiful mosques, the bazaars (dried fruits and nuts are way cheaper here than in Istanbul), hand-drawn carpets / art / souvenirs and yes, beautiful exotic looking people. Yes, I am attracted to one of them

Jika diberi kesempatan dan dimurahkan rezeki, mmg nak pergi lagi! Insyaallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 01:48 PM | Show all posts
Thank you for info
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 12:47 PM | Show all posts
Takde sesiapa ke yang ke Uzbekistan?
Baru balik dari sana dan ada lebihan som
So kalau ada yang nak ke sana dan nak tukar som, bolehlah contact
Also kalau nak iti pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 09:01 AM | Show all posts
kekure replied at 13-5-2019 12:47 PM
Takde sesiapa ke yang ke Uzbekistan?
Baru balik dari sana dan ada lebihan som
So kalau ada yang na ...

Uzbek ni mmg ada dlm wishlist Catt & husband.  tp bkn dalam masa yang terdekat ni.
kalau tak keberatan boleh share itinerary?
Thanks


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 06:41 PM | Show all posts
kekure replied at 13-5-2019 12:47 PM
Takde sesiapa ke yang ke Uzbekistan?
Baru balik dari sana dan ada lebihan som
So kalau ada yang na ...

Boleh juga kami beli matawang tsbt. Saudara di mana. Kami plan nak ke sana Jun 2020.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 09:44 PM | Show all posts
Wish i could go there one day.thank you for the info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.332656 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list