CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 7

Jangan Panik! 14 Tip Ringkas Jika Kena Hentam Dek Kereta Belakang

[Copy link]
Post time 9-3-2016 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Oh, tidak! Sekat dalam kesesakan jalan raya akibat kemalangan? Pasti bengang kan? Sudahlah nak cepat, yang terlibat dalam kemalangan sudahpun huru hara. Inikan pula pemandu yang lain-lain juga sibuk nak tengok apa yang terjadi. Sebab itulah jalan boleh 'jam'.

Bagaimana sekiranya kereta kita dilanggar dari belakang? Apa yang perlu dibuat? Bro, sis janganlah pakai serang orang yang langgar tu ya. Ikut tip ini pasti segalanya diselesaikan dengan mudah.



1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar dariapda kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, bertegur sapalah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi. Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Hanya beritahunya, daripada segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat laporan polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan laporan polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.

Patuhilah undang-undang yg telah ditetapkan! - CARI Infonet

Kredit : Perodua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy bru je wat 3rd party claim sebb org langgar kereta dr blkg... Remuk teruk jugak..Dr 8/1/16 sampai la skrg kereta sy x keluar dr bengkel sbb insuran nye claim x settle lg ngan bengkel.. Betul2 menyusahkan sy nak ulang alik.. Mmg normal ke sampai 2-3 bulan bru dpt kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 08:03 PM | Show all posts
honey_bee replied at 9-3-2016 07:30 PM
Sy bru je wat 3rd party claim sebb org langgar kereta dr blkg... Remuk teruk jugak..Dr 8/1/16 sampai ...

dah try tanya syarikat insurans tu kenapa urusan claim tak settle2 lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 12:31 PM | Show all posts
honey_bee replied at 9-3-2016 07:30 PM
Sy bru je wat 3rd party claim sebb org langgar kereta dr blkg... Remuk teruk jugak..Dr 8/1/16 sampai ...

yg buat lambat selalunye pihak lagi satu lambat/melengah2 hantar runner utk cek kereta kita.
pastu nak tunggu approval lagi baper byk dorang sanggup cover.
selagi ini tak settle, bengkel takkan mula repair apa2 pon..

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:24 PM | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:18 PM | Show all posts
Info berguna.!iols penah ada pengalaman kena langgar dr belakang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 08:52 AM | Show all posts
ok. good info. noted.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 04:11 PM | Show all posts
good info. noted.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.196406 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list