CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6679|Reply: 35

Pengalaman Yang Tak Akan Dilupakan

[Copy link]
Post time 19-12-2015 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..


Nama panggilan kita As. As baru daftar semalam semata-mata nak baca ghost story korang. Memang terbaik
As pun nak share antara pengalaman yang pernah berlaku sendiri dekat As. Tidak seseram mana tapi boleh dijadikan pengajaran.
kisah dan pengalaman ni as dapat dari sebelum kahwin sampai dah beranak 1.


KISAH 1
Selepas as berkahwin, suami kebetulan dapat sebuah rumah sewa berdekatan dengan rumah MIL. Cuma rumah kami tu kebelakang sedikit. Taman dan lorong yang last. Seronok la baru-baru kahwin dah dapat rumah sewa. Boleh berdikari katanya. Masa tu as pun baru mula tempat kerja baru setelah berhenti tempat lama. Berpindah ikut suami. As berkenalan dengan seorang akak senior as nama kan Kak Piqa la ye. Pada awalnya as tak tahu yang kak piqa ni boleh 'nampak'. Jadi as buat tak reti je la. Walaupun pada awal as masuk kerja dia selalu pandang as lepas tu buat muka tak ada apa-apa dia.


1 hari kitaorang satu ofis kena pilih pasangan masing-masing dan diagihkan tugas. Kebetulan as berpasangan dengan kak piqa. Tengah-tengah buat kerja kak piqa tanya
"siapa kawan kau ni?"
as terkejut "kawan mana pulak kak?"
lepas tu kak piqa geleng kepala sambil kata "tak ada apalah"


kak piqa tanya lagi "cantik cincin.."
as memang tak pakai cincin emas sebab takot kena rompak. As hanya pakai cincin yang batunya diperbuat dari kayu. Oh, asben as memang pengukir sarung parang, keris dan pembuat batu cincin. Stok kayu semua dia dapat masa dia kerja hutan dulu. Masa kitaorang dah nak kahwin, as suruh buat 1 cincin untuk as dari kayu yang terbaik dia ada. Asben as ni memang tangan seni sikit.


as menjawab "asben bagi kak. Dia buat sendiri.. tapi.."
"ada isi kan?" Pintas kak piqa
as terdiam..
"mana kak piqa tau?"
"masa awal-awal kau masuk sini akak dah nampak.. cuma kena tanya tuan badan untuk kepastian"


ye. Cincin tu asben as dah 'isi'. Asben as punya kawan seorang indon. Kawan lama sejak dia kerja balak lagi. Asben belajar cakap Jawa pun dengan Indon tu. As memang orang Jawa tapi harammmm.. memang tak reti. Tau makan tempe je. Buat pengetahuan, asben as pun punya 1 cincin yang dah lama dia pakai. Sebelum kitaorang kenal lagi. Juga sudah di 'i
isi'. Dulu asben as boleh merawat orang, boleh cari barang hilang. Mungkin sebab pendamping tu.


bila kak piqa cakap macam tu as terus diam. Dalam hati tak sabar nak balik nak tanya asben. Walaupun tahu yang asben as takkan buka mulut. Sebab dia cakap takut bila as tahu as akan riak m3ndabik dada. Bangga la ada pendamping gamaknya. Dan asben khuatir as akan percayakan 'isi' cincin tu lebih dari kuasa Allah. Biasalah manusia bila dia ada apa orang lain tak ada takut timbul 1 perasaan takbur.


balik dari tempat kerja as terus bersiap-siap nak mandi. Asben as memang balik 10.00 malam. Dalam langkah menuju ke bilik air tu as terperasan sesuatu dalam bilik solat


...bersambung...
solat asar kejap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2015 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok keep on writing As.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 06:07 PM | Show all posts
sabar menunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Asfiza at 19-12-2015 07:19 PM

Sambungan...

Bilik solat ni ada langsir. Tapi as ikat bawah langsir tu bagi tak meleret ke bawah. Apa yang as nampak dari ekor mata orangnya tinggi. Perempuan. Serba putih. As macam rasa dia pakai telekung. As terus palingkan muka tengok dalam bilik tu. Kosong. Ermm...
kenapa as kata pakai telekung?
selalu bawah telekung kan macam kembang sikit kan. As nampak bahagian tu dulu.

dalam hati berkira-kira nak mandi ke taknak. Teringat kak piqa pesan "selagi benda tu tak memudaratkan solat, tak lalai tak apa"
jadi as ambil keputusan mandi dan terus solat Asar dekat ruang tamu je.
buat pengetahuan as bekerja di sebuah syarikat guaman India.

Malam tu selepas siap makan malam. Bermula la sesi soal jawab as dengan asben. As ni macam bangau sikit. Banyak sangat kenapa? Kenapa? Kenapa? Kadang-kadang sampai asben penat nak jawab. Tapi sesi kali ni asben cerita dari mula dia minta Wak Indon tu 'isi' cincin

"Bang, nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia."
"Apa ada dalam cincin ni sebenarnya?"
"Kenapa pun?"
eh eh eh.. orang tanya..dia tanya balik..
"Sy ada kawan yang dianugerahkan Allah boleh melihat.. jadi dia nampak"
"Nampak apa?"
"Sesuatu mendamping sy..apa yang abang minta wak masukkan?"
"Saya hanya boleh cakap 'isi' yang baik-baik sahaja.."
"Baik yang macam mana?"
"Bila orang berkawan rasa senang..selesa..tapi.!! Jangan percaya ia lebih dari awak percaya kuasa Allah"
aku angguk faham..
"Ingat..apa yang berlaku semua dengan izin Allah Taala"
"Okeh.." tu je yang mampu as jawab..
"Dan sebenarnya saya tak percaya orang yang boleh tengok ni..."

Asben as ni memang susah nak percaya orang yang ada deria ke-6 ni. As pun tak tahu kenapa. Mungkin dia taknak as terlalu taksub dengan benda-benda ni kot.

Masa ni as tak pasti cincin dia masih ada lagi ke tak. Sebab cincin tu hilang. Asben as jenis tidur buka semua bangle, jam, cincin. Dan letak atas 1 tempat. Bangun pagi dia tengok cincin tu dah tak ada. Barang lain sikit pun tak terusik. Wak Indon tu kata jika asben as buat sesuatu yang salah cincin tu akan pulang semula ke tuan dia. Asben anggap rezeki dia sampai situ je. Cuma cincin sampai sekarang masih ada cuma as tak pakai. Simpan dalam Al-Quran.

Ada kisah di mana mak as kehilangan barang kemas. Masa ni as minta tolong asben tolong tengok-tengokkan. Asben kata dia tak janji sebab kemampuan dia tak macam dulu tapi dia usaha la.

Malam tu lepas asben bersihkan diri dia datang duduk sebelah as. As tengah makan biskut. Dia pandang as semacam. Tak bersuara sejak balik kerja jam 10.00 malam tadi. Serius. As tak pernah ditenung oleh asben macam tu. Takot? Belum lagi terasa sebab as buat-buat macam sedap betol biskut tu.

Sesekali asben macam gatal telinga. Dia tenung as lama. Tiba-tiba as terdengar sayup-sayup anjing menyalak. Terus meremang bulu roma as sampai ke tengkuk. Orang kata kalau bunyinya jauh benda tu dekat, kalau bunyinya dekat benda tu jauh. Tiba-tiba asben mengeluh. Penat mungkin.

"Benda tu orang curi"
terkejut as.. siapa pulak yang nak curi barang kemas mama.
"Suh la mama tanya siapa yang ada dalam rumah tu..kalau masih ada rezeki dapat la balik"
Tapi tak ada rezeki, mama tak dapat semua barang kemas dia.

Kemudian as disahkan mengandung. Orang kata benda-benda halus ni memang suka dengan orang mengandung. Masa as trimister ke-2 as sakit teruk. As duduk di rumah mak as sementara nak tunggu sihat. Agak dah kurang sakit tu as minta asben ambil as bawa balik. Lepas habis kerja asben terus pecut kereta ke rumah mak as. Kebetulan dalam perjalanan tu dah malam. Asben singgah petrol pump. Masa nak keluar bayar duit minyak, as duduk seorang dalam kereta.

kemain terkejut as sebab ternampak melalui ekor mata ada orang mengintai as di cermin sebelah penumpang. As toleh semula tengok dah hilang cina tua tadi. Terus rasa prluh merecik kat dahi. Dalam hati menjerit cakap "cepat la... cepat la... "

asben selesai je isi minyak dan masuk kereta. As terus pegang tangan dia.
"Abang..takot.."
"Kenapa?"
"Ada orang ngintai tepi cermin tingkap kereta tadi. Bila toleh tengok tak ada.."
Asben suruh as ambil Yassin dalam dashboard dan pegang sambil dengar bacaan ayat Al-Quran di radio.

Sampai je kami, asben singgah dulu di rumah mak dia. Sebelum sampai taman perumahan rumah sewa as, kitaorang akan melalui taman perumahan rumah MIL dan kakak ipar dulu.
as taknak masuk sebab dah terasa pinggang sakit semula. Asben seorang je masuk untuk panggil mak dia keluar.
Sementara asben tengah panggil mak dia, tiba-tiba mata as ternampak sesuatu.
perempuan
hitam. Mungkin sebab suasana dah malam. Jadi gelap.
Badan dia menhadap rumah MIL. Kepala dan mata dia je memandang as.
as terpaku. Terdiam.
as kelip mata tengok perempuan tu dah hilang.

masa tu asben dah berada di sebelah as dengan MIL. As meronta cakap nak balik. Nak balik sekarang.!
asben tanya kenapa.
"Ada perempuan serba hitam tadi kat depan ni.. jom balik"
As tutup mata sambil cakap nak balik.
MIL pegang dahi as, as tepis.
as rasa macam panas. Rimas sebab diaju macam-macam soalan.

mungkin asben nampak as dah lain, dia minta izin kat mak dia untuk balik. Memang waktu dah lewat sangat. Jam 11 lebih kot.

bersambung...
solat Maghrib dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 07:44 PM | Show all posts
parking duluan... jangan lupe sambung tt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Seremmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2015 10:15 PM | Show all posts
Sambungan...

Tak lama lepas tu kami berpindah rumah. Tak silap masa tu kandungan as cecah 8bulan. Rumah baru kali dekat tempat kerja asben dan tempat kerja baru. Semuanya normal sampai as berhenti kerja. As berhenti kerja pun sebab anak as di dera oleh nanny.

1 pagi tu as ternampak nanny anak as. Muka dia hitam macam terbakar. Dalam hati as berkata-kata "kenapa muka nanny anak aku ni hitam?"
as pun cepat-cepat ajak anak as masuk rumah.

tak lama lepas tu ex-bf zaman sekolah dulu call. As nama kan dia W la ye. W ni minta as jangan bagitahu isteri dan suami as yang dia call dan sms. As rasa tak sedap hati. Kalau betol kawan takkan sampai nak membelakangkan pasangan kita. Macam-macam W ni cakap rindu lah.. nyesal putuskan as la..as pandai buat kuih masak la.. bini dia tak pandai. As nasihat W..
"Kita ni dah kahwin. Tak baik cakap macam ni. Kesian kat bini kalau dia tahu".
Seminggu lebih gak la dia ganggu hidup as. Masa ni as tak bagitahu asben lagi. Sampai 1 hari tu W ni kengkonon nak order kek la untuk birthday adik dia. Tapi as tolak alasan as fully booked.

sejak dari as tolak W ni bisnes as drop. Hubungan dengan asben dingin. Masa ni as tak terfikir la W ni ke apa ke. As cuma tau as tak boleh pandang asben. As panas. Asyik nak gado je. Tapi bila kitaorang jauh elok je balas-balas whatsApp semua. Macam tak ada masalah. Keadaanmenjadi teruk bila 1 hari tu entah kenapa mulut as minta lepas. Asben terkejut. As lagi la siap fikir "apa aku cakap ni?".

1 malam tu kitaorang nak masuk tido. As tidur dekat dengan pintu. Sebab senang nak bangun dan keluar. Baru nak lelap as terdengar bunyi tapak kaki. Terus as celik mata. Bangun. Tengok anak, suami. Masing-masing dah tidur. Tengok sekeliling tak ada apa-apa.

As tepuk bantal dan tarik selimut. Baru nak tutup mata sekali lagi as dikejutkan ada suara perempuan berbisik di sebelah kiri telinga as. Bahasa yang diketahui dan laju. As tak dapat tangkap butir percakapan dia. Bulat mata as pandang siling. Istighfar sambil urut dada. Kemudian as terlena..

esok pagi lepas asben pergi kerje terasa seram sejuk dalam rumah. Rasa nak lari keluar. Fikir ada anak kecik je as cuba untuk kuat. Dalam hati cuma minta asben balik la cepat... tapi bila dah balik kitaorang dingin tak bercakap pulak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahap kitorang sampai dah submit borang cerai kat pejabat agama tau tak. Menangis-nangis mak dan MIL. Ada 1 hari tu as baru lepas mandi, asben tegur..
"Apsal lebam tu?"
as terkejut..
"Lebam? Kat mana?"
asben tunjuk kat bahu. Besar duit 50sen lama.
dalam fikiran, setahu as tak ada terlanggar apa-apa. Dan as memang tak perasan langsung lebam tu bila adanya. Tahu pun sebab asben tegur. Kalau tak memang sampai kesudah as tak tahu.

Lepas tu asben nekad bawa as pergi berubat di Darussyifa Rawang. Sebelum pergi Darussyifa, as ada contact salah seorang Ustaz di sana. As pun lupa nama dia. As namakan Ustaz A la ye.

"Assalamualaikum ustaz..sy fiza dari bla bla bla.."
"Waalaikummussalam.. ye fiza. Boleh saya bantu?"
"Ustaz, saya ada masalah. Bisnes saya jatuh dan kebetulan hubungan dengan suami dingin. Saya tak boleh tengok muka duami daya ustaz. Saya benci. Saya jijik bila bersama."
Airmata menitis bila teringatkan peristiwa ni. Asben as memang taknak ingat semula kisah ni. As tanya dia macam mana dia tahu pun dia takna tahu dah. Yang lepas is lepas dia cakap.
"Puan fiza sebelum ni dengan suami okeh ke?"
"Kami okeh ustaz..baru-baru ni je. Kalau kami jauh kami okeh. Bila dekat-dekat kami macam panas."
"Okeh macam ni. Sebelum puan fiza datang sini.. puan fiza boleh la try baca ayat-ayat ni buat sementara sebelum datang berubat. Berkenaan bisnes tu rahsia dia solat Dhuha. InsyaAllah.."

pada hari yang ditetapkan, kami bertiga pergi la Darussyifa Rawang. Dalam perjalanan ke sana pun kami diuji.
kami sesat. As macam hangin nak marah-marah asben.
as masa tu duduk belakang dan pangku anak as.
masa ni as rasa as nak termuntah, nak nangis. Anak yang as pangku terasa jauh ke as yang terasa diawang-awangan.
as sempat pesan dekat asben "abang cepat sikit. Saya dah rasa semacam"
as kuatkan semangat Istighfar.

Sampai je dekat perkarangan surau as okeh. Ramai gak la orang. Kebanyakkan keluar bawa botol air mineral.
kami pun bergerak masuk ke dalam surau. Kena isi borang.
bayangkan, is borang salah pun nak hangin 1 badan dengan asben. Kesian dia
Nasib la jenis penyabar. Kalau tak kena tinggal dah as.

masa dalam proses rawatan as terasa nak muntah tapi hanya keluar angin je. Kebetulan as memang dapat Ustaz A masa rawatan tu. Kawan Ustaz A ada kat belakang tengah bacakan air. Mungkin Ustaz A dah penat ubatkan orang hari tu.
anak As tak payah kata la. Start dari as dirawat dia punya melalak macam kena pukul.
Ustaz A picit ibu jari kaki as. Sakit giler.!

asben as cerita masa rawatan tu berlaku, angin kat luar macam ribut. Sampai kan kawan kepada Ustaz A tu menjengah kepala keluar untuk melihat apsal angin kuat sangat. Padahal waktu kami datang tadi elok je tak ada angin.
Selepas selesai rawatan as, ustaz minta izin untuk melihat kawasan rumah as. Lepas suami beri keizinan sekali lagi rawatan dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran.

Ustaz minta as kosongkan minda. Bayangkan berada di rumah seperti selalu. Yang peliknya as dah terus masuk rumah. Tak ada panggil salam ke petik suis lampu ke. Dah ada dalam rumah dan rumah memang terang benderang. Kecuali bilik tidur kami. Gelap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnyaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
selamatlah tergerak hati malam tadi tak nak baca lagi simpan pagi ni.. kalau tak confirm malam tadi tak boleh tido baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:41 AM | Show all posts
Edited by Asfiza at 20-12-2015 11:31 AM

Keadaan mata tertutup, Ustaz A minta as tengok keadaan sekeliling rumah. Cari apa yang lain dalam rumah.. tengok jika ada mahkluk lain dalam rumah.

tak tahulah mata as yang kero ke. As tak nampak apa-apam. Cuma keadaan rumah yang terang benderang. Kecuali bilik tidur kami.

ustaz A minta as pergi ke bilik tidur dan buka lampu macam biasa. Buat pengetahuan korang, bilik tidur ni kalau lampu ruang tamu terbuka, cahaya dari ruang tamu tu akan masuk sedikit ke dalam bilik tidur. So, memang tak gelap la. As tidur malam dalam bilik pun just buka lampu bilik di bilik tengah je. As tak lena tidur kalau gelap gelita.

as petik suis lampu. Tak nyala lampu.
As cuma nampak hitam. Macam ada makhluk hitam legam dalam bilik tu yang tutup lampu.

"Tak boleh la ustaz.."
"Okeh, fiza ikut saya baca ayat ni..last sekali hembus ke arah benda tu ye"

as pun buat seperti yang disuruh.
mula-mula cerah lepas tu kelam malap dan gelap balik.
as buat sampai 3x. Benda yang sama berlaku.

at last, ustaz A kata tak apa. Kita rawat suami dulu.
asben kata masa ustaz A pegang kepala dia rasa macam ada benda yang ditarik keluar. Sampai asben macam tersentak-sentak.

Dan terbuka la cerita sebenar...
asben as ni kaki mancing. Ada 1 hari tu dia pergi mancing berkumpulan dekat mana entah as dah lupa. Banyak sangat urat putus. Hehe
Masa tengah pasang umpan, kebetulan asben duduk dekat dengan perangkap sampah.
asben ternampak anjak.

Dalam anjak ni ada kain kuning, sebekas duit syiling campur-campur ada 10sen, 20sen, 5sen. Lepas tu ada lagi benda-benda lain atas tu. Dia tak perasan sangat.
selalu anjak ni orang 'buang benda'.
kunci untuk 'buka' atau lepaskan 'benda' tu duit syiling tu asben kata.

Biasalah manusia kan patang tengok duit. Hihi
asben kata kalau ada orang ambil dan kira duit tu. Alamatnya.... dapatlah 'kawan' baru.

lepas tu asben ajak kawan-kawan dia mancing tempat lain yang jauh sedikit.
kawan dia pelik. Tadi kemain nak duduk sini.
asben kata kawasan tak elok la sini. Ada benda kotor.
terpinga-pinga si kawan tu.

Ustaz A berpesan kepada asben untuk slow down kan aktiviti dia sampai as kembali pulih.
dan yang paling terkejut Ustaz A minta kami keluar dari rumah tu secepat mungkin.

selepas habis rawatan, ustaz A beri kami 2bungkus daun bidara untuk madi balik ni.
dan 2botol air Darussyifa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:54 AM | Show all posts
Edited by Asfiza at 20-12-2015 11:33 AM

Sekarang ni kami dah berpindah di rumah sewa baru area Bukit Beruntung, Rawang.
rumah dulu dekat Kerling dan Rasa.

Bagi orang yang biasa lalu Kuala Kubu bharu mesti tau jalan situ malam-malam gelap.
pernah kawan asben nampak pocong di tepi jalan.
terus sampai sekarang dia taknak drive kalau lalu situ.
terpaksalah kawan-kawan lain take over.

Orang situ kata budak-budak tahfiz atas bukit tu takotkan orang.
sebab ada yang pernah berhenti dan kejar.
tapi dengar suara budak gelak.

Tapi kalau dah malam gitu siapa tak kecut usus.

Itu la pengalaman as kena benda-benda gitu.
sakitnya badan... flat habis. Seminggu rasa lenguh-lenguh badan.

cakap pasal lenguh-lenguh badan ni, sebelum berubat asal dah masuk Asar je badan as start dari bahu sakit macam gendong beras 10kg. Lenguhnya rasa time solat tu jangan cakap la.

Alhamdulillah.. duduk rumah sewa baru ni selesa. Tak ada benda-benda pelik berlaku.

cuma anak as masa baru-baru masuk rumah ni menangis je. Tak boleh kena tinggal.
Kena duduk sebelah dia sentiasa.
asal nak bangun dia dah berpaut kat kaki kita nak dukung.
Dalam seminggu macam tu.

lepas tu ajak asben pergi Padang Jawa rumah atok as dekat shah ala. Minta atok as buatkan air pulih semangat. Alhamdulillah..
terus elok.
dah berani terlebih berani pulak si kecik ni.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 09:02 AM | Show all posts
penceritaan yang menarik. kipidap....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Smbung lg plissss
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:48 PM | Show all posts
parking dabel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 05:16 PM | Show all posts
Asfiza replied at 20-12-2015 08:54 AM
Sekarang ni kami dah berpindah di rumah sewa baru area Bukit Beruntung, Rawang.
rumah dulu dekat Ke ...

rumah kt padang jawa syeksyen 16 ye? as boleh pm no.hp ustaz tu tak? pm dalam inbox akak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-12-2015 05:16 PM
rumah kt padang jawa syeksyen 16 ye? as boleh pm no.hp ustaz tu tak? pm dalam inbox akak

Rumah atok as kt pdg jawa kak.
ustaz darussyifa rawang tu ke? As baru ingat nama dia ustaz haji salim. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 09:50 PM | Show all posts
Edited by Asfiza at 20-12-2015 09:53 PM

Kisah 2

Kali ni as nak cerita kisah as zaman kecil. As ni memang suka dengar cerita hantu seram-seram ni. Sampaikan cita-cita nak jadi Pakar Bedah Mayat kata ko...
Nak jadi nurse jenis tak penyabar. Kalau mayat tak banyak kerenah. Haha... fikiran zaman mentah dulu.

As dengan mak as ni instict agak kuat. Mudah dapat petanda.

1 Hari tu arwah nenek as mak long jaga. Rumah kami tak jauh. Siang tu mak as tengah kemas dapur, dia angkat batu tungku.

Tiba-tiba batu tungku tu jatuh dan terbelah 2. Berderau darah mak as.

petang tu mak terus ke rumah mak long untuk tengok arwah nenek.

As pulak seronok la.. mak ayah tak ada. Jiran-jiran ramai sebaya. Berbasikal lah kami.

tengah main basikal tu tiba-tiba hati ni macam berat je.. rasa nak balik rumah. Ajak kawan-kawan balik.

Sesampai je kitaorang semua depan rumah as, ayah as balik naik motor.
"Kakak, pergi rumah mak long sekarang. Nenek dah nazak"

as ni kalau dengar orang nak meninggal atau bunyi kentung kat surau/masjid mula lah rasa seram je..

Pergilah as kayuh basikal malam-malam buta tu dengan seorang lagi kawan nama dia Ain.
siap bawa Yassin tak tahan tu.
punyalah takot. Sebab jalan nak ke rumah mak long tu kena lalu sebelah sekolah rendah.
sekolah rendah tu tepi padang ada pokok besar. Siap ada akar-akar lagi menjurai ke bawah.
mau tak seram. Dah la gelap.

Sesampai je kat rumah mak long nenek dah tak ada.
esk nya nenek dikebumikan di Padang Jawa.

Selepas beberapa hari arwah nenek pergi. mak as baru tau yang dia sedang mengandung.
lepas mak as melahirkan adik as yang bongsu berlaku peristiwa pelik.

As tak pasti masa ni mak as masih berpantang ataupun dah habis pantang.

Famili as ni memang dari dulu sampai sekarang selesa tidur depan tv.
Mak as tidur dekat bawah. Menghadap baby.

tiba-tiba mak as macam tersedar. Mak as nampak  1 susuk berdiri di sebelah gambar keluarga yang digantung di dinding.
Memang kitaorang ada sudut gambar keluarga. Tak silap dalam banyak-banyak gambar tu 3 atau 4 orang dah arwah.

Mak as nampak putih je..tapi hanya paras pinggang.
mak pusing kira membelakangkan baby.
tak lama lepas tu mak as nak pusing ngadap baby dah terasa berat.
mak as hanya dapat pusingkan kepala je untuk tengok baby.
mak as nampak susuk putih tu ada disebelah baby.. duduk bersimpuh.
Terus mak as tutup mata. Takot.

Mungkin roh arwah nenek balik kot tengok cucu baru dia..

kisah mak as jaga arwah nenek kat hospital pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu tt sambung cerita...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076974 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list