View: 1505|Reply: 2
|
DR YUSUF AL-QARADAWI DAN SYEIKHUL ISLAM IBN TAIMIYYAH
[Copy link]
|
|
DrMAZA.com
1 hr ·
DR YUSUF AL-QARADAWI DAN SYEIKHUL ISLAM IBN TAIMIYYAH
Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut
“Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).
Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’.
Kata al-Qaradawi dalam bukunya al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah:
“Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).
Golongan fanatik seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah.
Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.
P/S: Oleh kerana Ibn Taimiyyah banyak menulis tentang penyelewengan Syiah, maka golongan syiah berbaju sunni seperti pengikut Hasan Saqqaf sangat marah kepada beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Some quarters claim that YQ tidak bermazhab. Jadi, pegangan ASWJ, org tidak bermazhab tidak layak memberi fatwa atau menasihati org bermazhb aswj. To certain extent, walaupun pendpt YQ betul, tapi sebab dia tidak bermazhab, boleh reject.
Ada byk juga fatwa yg guna pendpt YQ kat Malaysia ni. Ada sesetengah org kata tak pyh ikut fatwa kebangsaan yg guna pendpt YQ. Ada yg bagi fatwa/pendapat (of course depa ni ada qualifications utk bertindak sbg mursyid) utk bagi masyarakat duduk atas landasan yg betul balik.
Adakah Dr Maza bermazhab? Kerana dia sungguh berminat dgn pendapat2 YQ. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari apa yg sy perhati, isu yg TT bawak ni lame to aswj.
Aswj knows better whom they are dealing with. Dr Maza quote nama2 besar imam2 idola dia tak membawa kesan pd group ASWJ. To them, "hampa cakap la apa nk cakap. Hampa quote imam2 yg aswj tak ikut pun. Lagi reject, adala." |
|
|
|
|
|
|
| |
|