View: 33495|Reply: 231
|
Kisah benar - Aku bomoh_finished ( kene tegur - updated)
[Copy link]
|
|
Edited by ridha at 5-1-2016 05:04 PM
Asalam dan salam sejahtera.
baru hari ni signup untuk jadi forumer dekat sini..hahah.. tertarik pulak nk share cerita yang amat berat terjadi dekat family aku dlu
benda ni terjadi aku rasa dekat 3-4 tahun jugak la..
1st event yang mendorong kepada benda ni.
ini aku sendiri yang kene. Masa tu aku tingkatan 5 di sebuah sekolah MRSM dekat pantai timur. Aku ni jenis manusia yang tak suka sekolah.
Hahah.. banyak alasan betul kalau nk kene pegi sekolah.. dari zaman aku sekolah rendah dulu pun aku jenis suka duk rumah dari pegi sekolah.
So, after PMR, aku dpt la offer pegi MRSM.. kalau di kirakan mrsm tu dh dekat la dengan kampung aku sebab aku pun orang pantai timur jugak.
so masa aku form 4, aku belajar dekat satu MRSM ni sama negeri dengan MRSM aku form 5 tu. So, after setahun penuh dengan hospital, dan sakit macam2. ohh. aku ni kuat asthma.
F4 tu penah masuk ward sebulan sebab asthma. ahah. so, F5 tu aku transfer MRSM pegi y lagi dekat dengan rumah aku. So, cerita ni bermula dekat MRSM masa aku form5
masa tu aku ingt lagi time cuti, and mak ayah aku nk hntr aku balik ke MRSM. normally ayah akan hntr aku hari sabtu lepas zohor. so nk dijadikan cerita,
pagi sabtu tu aku rasa dah tak selesa.. mungkin sebab kena balik asrama.. aku mcm pening2 dan aku marah2 mak aku sbb dia suruh packing nk balik asrama. biasa la mak pun dah
faham aku tak suka balik sekolah. then dalam kereta, dah nk smpai sempadan antara negeri aku dengan negeri sekolah aku, aku jadi tak tentu arah. mak ngn ayah senyap je awal2 tu.
lepas makin lama aku merapu, ayah pun berhenti kn kete tepi jalan. time aku keadaan dah jadi tak terkawal. aku dah start meraung2, tendang2 pintu nk keluar. entah la.. aku sedar je time tu
tp mcm tak leh nk control behaviour aku. bila ayah dh nmpk aku pelik semacam, dia strt baca2 lah.. biasa la org kampung n mengaji kitab sikit2, ada la y dia baca2. entah kenpa aku tak leh nk dngr suara ayah aku
time tu. rasa marah je manjang.. makin kuat dia baca makin teruk aku meracau. mcm dah lost control dengan badan sendri tpi aku sedar lagi.. aku menjerit2 cakap kalau aku balik sekolah tu ada benda nk kacau aku semua.
mak dah start panik, nangis2 tengok aku duk meracau mcm tu. biasa la mak hati nipis kan. aku rasa ayah pun mcm dah tak leh nk control situation, aku pun dalam sedar tak sedar, ayah finally bawak kete pegi dekat rumah kawan dia,
ada la sorang ustaz dekat rumah kawan dia tu. time tu aku dah benti dah meracau. tp bila masuk je kawasan rumah ustaz tu, tetiba je aku jadi uncontrolable. dah start balik dah meracau tu.. mak ayah keluar kete then lock aku dalam kete tnggu ustaz keluar rumah
entah la.. aku nk cakap aku tak sedar, tapi aku sedar. bole alert lagi la dengan apa yang diorg buat.. tp aku ingt lagi aku nangis and meraung2.. makin ustaz tu tnya memacam, makin pelik suara aku. entah la.. aku sendiri pun pelik. Perasaan tu mcm kau ada dekat badan tp ko dekat tepi penjuru badan.. mcm tu la lebih kurang.
pastu aku start meracau-racau cakap ada benda nk bunuh aku sebab aku kacau dia. sebenarnya cousin aku pompuan sama umor ngn aku pun sekolah sama, aku rapat dengan dia. so orang ingt maybe aku ni bf dia.. masa aku meraung tu aku ada ckp la jgn kacau pompuan tu. Come on la.. baru F5 kot, takkn la nk reti main hntr2 barang kot.
lama jugak la ustaz tu baca2 untuk stable kan aku balik.. tp aku ingt lagi betapa penat nya kene rasuk ni, dah la dalam kete.
bila dah stable tu, ustaz tu panggil aku masuk rumah dia, bincang pasal benda ni. so, dia tnya la aku, aku ada kacau sape2 ke, kacau tempat mana2 ke.. aku sememangnya takde la nk kacau org ke apa ke. tpi sebelum aku balik cuti tu, aku ada mimpi aku tengah tengok diri aku sndri meninggal dekat atas katil hostel.
dia mcm ko terapung-apung then tngk ko sndri tengah terbaring kaku atas katil. aku ingtkn benda tu mcm biasa je sbb aku mimpi2 pelik ni mcm dah biasa kene dah. nanti aku cerita kan mimpi bersiri aku, mimpi pelik2.
so, event ni la mencetuskan bomoh dalam badan aku, orang tak suka dekat family aku, starting cerita untuk 3-4 tahun family aku sakit/kene rasuk and banyak lagi event2 misteri smpai aku sndiri pun tak leh jawab.
fuh nnti aku sambung jap lagi. haha.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mencetuskan bomoh???cmne tu tuan badan?bleh explain skit tk |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik.. Teruskan berkongsi cerita |
|
|
|
|
|
|
|
panjang ceritanya. tuan bayangkan dalam masa 3-4 tahun, berapa ratus kes yang jadi..insyallah nnti saya cerita kan semua..ni tngh tuliskan y part 2 dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
part 2.
Okay. aku ni jenis suka menulis tapi ada masa2 jugak lah. hahha. kadang2 malas kadang2 rajin. so, kalau xde update tu nnti2 ada la tu.
okay ni part aku balik dari rumah ustaz tu. bila dah settle semua, aku pun dah cool sikit, ayah bawak balik rumah. petang tu baru smpai rumah. dari tengah hari meracau2 petang tu baru settle.
korang bole bayangkn bertapa penat nya. berpeluh-peluh lagi. so sampai je rumah, ayah call warden ckp aku xleh balik sekolah lagi. tapi yang pelik tu, bila dengar je pasal sekolah, mula la nk start memacam.
tapi petang tu aku mcm okay sikit. kecuali time maghrib. aku ingtkan dengan ustaz tu dah settle, rupe nya belum lagi. Dekat rumah aku tu ada la seorang bomoh la boleh dikatakan, tapi aku suka dia sbb dia mmg gunakan quran untuk berubat
tpi last2 bomoh ni jadi guru aku. tu nnti dah nk smpai hujung2 dah tu.. nnti aku cerita pasal tu.
okay.. masa petang dekat nk maghrib tu, ayah aku pegi la berjalan dekat rumah bomoh ni, aku bahasakan ayahsin la senang, so, dia pegi dia cerita la benda jadi dekat aku tngh hari tadi.
dekat mghrib tu dia ckp ngn ayah, dia nk datang melawat. tapi yang tersangat lah pelik, lepas maghrib tu, aku dah rasa mcm tak sedap badan, rasa mcm tngh hari tadi. pelik gila. rasa xleh nk duduk, xleh nk smayang, nak amek wuduk pun rasa berat gila
, aku ingtkn effect penat tadi tak hilang lagi, rupa nya ada ayahsin tu dtg melawat. punya la kuat aura dia. aku bole rasa smpai badan sejuk2, peluh. saat dia kasi salam nk masuk rumah, aku dah start tak leh control dah emosi. aku nangis aku gelak, aku menjerit2.
bayangkan time tu tengah maghrib. dengan aku x solat lagi la apa la. tpi yang aku heran, kenapa aku masih sedar walaupun aku kene rasuk. mak ayah cepat2 keluar bilik, adik beradik aku y lain semua duk dalam bilik tak berani nk kluar. aku anak ke2 dalam family tapi aku paling besar/tinggi.haha
seingat aku lah, sekejap je meraung tu.. ayahsin cepat2 masuk rumah pastu dia duduk depan aku. entah.. aku kenal dia tapi aku xleh nk kawal lagi perasaan tu.. mulut pun mcm kene kunci. bila dah senyap meraung, aku mendengus pulak. bunyi lembu lepas kene sembelih korban. dari situ la ayah pegang tangn aku, pastu ayahsin
baca doa/surah2 dan dia buat bentuk Allah dekat dahi aku. punya la panas time tu xleh nk desribe dah. ayh pegang tangn aku pun mcm nk terlepas dah. lama jugak la begelut ngn ayah n ayahsin tu. bayangkan betapa penatnya aku hari tu. 2 kali kene kacau dalam masa sehari.
mungkin disebabkan penat aku tertido kot.. bila tersedar, aku perasan ayahsin ada lagi dekat rumah tngh borak2 ngn mak ayah. time tu isteri dia and 2-3 org kampung ada dekat rumah aku lagi. rumah kampung kan dekat2 so bila aku meraung tu semua diorg dengar la gamaknya. tu yang datang tengok kot2 ada pape kan.
lepas aku sedar tu, ayahsin tanya la soalan mcm ustaz tadi tnya. penat nk menjawab balik. seb baik ayah y tolong jadi juru cakap. hahaha. ayahsin ckp benda ni kuat and dah lama ada area rumah aku.aku mcm pelik la sebelum ni xde pape pun. bila lepas aku kene tu, semua benda pecah.
ayahsin pesan suruh qada balik maghrib yang tertinggal tu and just prepare benda ni akan jadi balik.
pesanan ayahsin tu memang jadi balik. ktorg adik beradik masing2 tido sorang2 dalam bilik masing2. time tu lak rumah baru siap renovate. malam tu aku tersedar tngh malam, aku sedar2 tu mcm badan dah kene hempap. tpi aku ni dlu jenis yang berani, dan tak penah percaya dengan benda2 mcm ni. itu silap aku sebenarnya
bila aku dah baca2 tu dah ringan sikit, aku bukak mata. ya allah benda tu betul2 atas almari bilik aku. mula2 aku nmpk tu aku mcm gosok2 la mata nk tau betul ke tak. benda tu merenung tajam dekat aku. entah bila tah aku bole nmpk benda2 mcm ni. aku apa lagi melompat la bangun dari katil. terduduk dekat penjuru bilik. byangkan hari tu berapa bnyk benda
tak logik jadi dekat aku. bila tngh2 duduk tu sambil istigfar, mata aku ternampak pulak ada benda bawah katil. time tu dah xleh tahan dah, aku meraung, menangis. mak ayah bangun dan masuk bilik aku. jarak antara bilik aku ngn bilik ayah jauh gak la.. sbb bilik aku paling belakang, bilik ayah depan2 rumah, bilik ayah-ruang tamu-dapur-bilik aku. Tapi yang menariknya, masa aku ngis tu aku mcm bole control lagi,
bukan macam 2 kes tadi petang. ayah dtg and mengucap panjang bila nmpk aku dkt atas lantai tu. mak pun biasa la mak-mak kan bila dah tngk anak mcm tu dia pun ngs la. ayah bawak keluar bilik then duk dekat ruang tamu. since hari tu, aku xbole masuk bilik. seminggu gak rasanya. org ckp semangat dah lemah bila ternmpak benda2 mcm ni. tdo dekat luar ngn mak ayah, mandi pun dekat luar. baju semua mak y bawak keluar dari bilik.
time tu bilik aku warna kuning. mmg sebelum ni ayah cat kuning. tp ada cerita jugak pasal colour kuning ni.
aku bole ingt benda ni dengan jelas n time kene tu aku sedar sebab benda ni laa merubah hidup aku. lepas hari aku kene tu, mlm2 nk tdo ayah mesti bukak org mengaji, lepas mghrib ktorg mengaji. tpi aku rasa ada benda berubah dalam diri aku lepas aku ternampak benda2 tu semua.
bila aku solat je mcm ada org duk peratikan. masa mandi pun aku kene bukak mata biar lah masuk sabun sekalipun. bila aku pejam mata aku nmpk benda2 yang tak sepatutnya aku nmpk. takut tu xyah cite la. even nk tdo pun kene ada mak ayh sebelah bru bole tdo. bayangkan time tu lagi berapa bulan aku nk SPM. first time aku kene tu aku rasa cuti CNY 2008. smpai aku diploma benda ni tak penah habis kacau fmly aku.
insyallh aku ceritakn semua. tak penah ada org tahu cerita ni sedetails ni except family aku. tah kenapa aku nk berkongsi cerita ni.. moga2 jadi teladan untuk kita semuaa
jap lagi lak aku sambung. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik..menarik..
Tepek tapak kasut dulu kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh...menarik
nextttttt |
|
|
|
|
|
|
|
menarik cerita ni..nak foloww |
|
|
|
|
|
|
|
Best cite nih,, TT.. Sila sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
event kate ko tt.. hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
event kate ko tt.. hehehehe.. tapi menarik niiii.. teruskan tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka pegi sekolah pun bole masuk MRSM lg...kira ok la tu......
Sambung lg TT |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elmen at 9-12-2015 04:47 PM
sorry.. double triple posting.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
part 3
lepas beberapa hari aku sober dari kene kacau, ayahsin datang balik untuk melawat aku dekat rumah, time tu aku cuti sekolah seminggu.
habis ustaz, bomoh ayah bawak aku jumpa. dari sedekat2 rumah smpai la beratur 1jam tunggu ustaz smua cakap benda sama dekat aku.
bila aku masuk jumpa diorg, diorg akan cakap ada org tengah jaga aku sekarang. aku mcm pelik la.. maklumlah dulu tak penah nk percya benda2 ni semua.
ada satu ustaz tu penah cakap ada org nk ajar aku ilmu2 berubat ni. tah la. time tu mungkin ayah kasi permission sebab aku tngh sakit. dann orang yang aku maksudkan tu bukan orang.
tapi kata ustaz tu ada org nk turunkn aku ilmu. ayahsin pun ckp pendinding aku dah okay nk counter kot2 aku kene kacau lagi ke lepas ni. masa tu budak lagi. walaupun dah baligh, tapi
benda2 mcm tu aku kurang percaya lagi walapun dah 2 kali aku kene rasuk. org cakap bila kene rasuk ni ko akan nmpk asap smpai dada dan kita akan lemas dalam asap tu. tapi untuk kes aku ni,
mcm xde la nmpk asap apa smua. time benda kacau tu pun aku tngh sedar. time ustaz2, ayahsin smua tngh bca2 and ubatkan aku, aku tngh sober kot. mcm kdang2 ingtkn diri aku yang main2/berlakon.
tpi ada satu perasaan ni bila ko nk cakap, ko akan cakap.. ko xleh tahan. perasaan tu mcm aku nervous gila, mulut aku try tutup pun akan terbukak meraung menangis semua.
aku rasa dalam bnyk2 ustaz ngn bomoh, aku paling selesa dengan ayahsin. sebab dia jenis yang relax and sempoi. penah tu aku pegi rumah seorang ustaz ni. ustaz halim kalau tak salah nama dia.
aku masuk bilik tu dia dah gelak dah. fmly aku mcm terlopong la kenapa dia gelak, last2 dia cerita nk jadi bomoh ni bukan senang, mcm2 cerita lagi lah psal nk menjadi bomoh. aku mcm dah bole agak skrip yang sama dia akan ckp
mcm bomoh2/ustaz2 sebelum ni. yang menghairankan aku, masa dia tngh2 duk baca2 dan doa, dia ada mention satu ayat ni lebih kurang, 'tunggu la budak ni umur 30 tahun dulu sebelum ko turunkan ilmu', aku time tu mcm dah wooowww. relax ustaz.
bukan nk riak atau apa, tp ada satu entiti ni nk sngt aku jadi bomoh, tpi last2 ada ending dia jugak ending yang aku sndri tak jangkakan.
ayahsin ni sebabkan dia sempoi, aku senang nk bercerita dengan dia. dia pun cakap aku ada pendinding yang kuat jugak la. aku heran la mcm mana 'orang' tu bole pilih aku, dlu aku smyg pun tunggang langgang. tngh2 remaja mcm tu lagi la.
aku pun mcm ye tak ye je la kan. lepas pada insiden aku kene rasuk 2 kali tu, itu lah last aku kene benda tu smpai sekarang. kalau ada pun, aku dah tak meracau2 mcm tu. tapiiii.. lepas aku dah mcm kuat semangat sikit, tmbh2 doa dari ustaz2, fmly2 aku smua, parents aku pulak yang kene.
paling teruk mak lah. setiap kali maghrib, dia akan duk senyap jee. pastu meracau2. aku mula2 tu tengok kan aje sbb tak berani. karang benda tu singgah dekat aku balik. ayh panggil ayhsin datang, baca2, tapi masa mak tengah meracau tu, yang ada dalam battlefield, aku, ayah, ayahsin je.. adik2 yang lain smua ayh suruh duduk dalm bilik.
yang aku heran, setiap kali mak meracau, dia akan pandang aku. pandang baik punye.. naik seram aku. dlu ada la video2 yang ayah record. tah kemana2 tah video tu semua. penah sekali tu tngh meracau2, kami pegang tangan mak, tapi mak sepak aku. hahah. time tu sakit bukan main lagi.. bayangkan mak y lembut mcm tu bole jatuhkan aku ngn ayah.
time tu suara mak dah jadi org thailand. aku pun tak faham satu benda pun. nk kata mak buat2 tah bila pulak dia bljr bhsa thai. tp agak menyeramkan lah dengan dia duduk kt tpi dinding mcm menurun, pastu jadi suara laki ckp thailand. time tu korang bygkn perasaan aku, dahla benda tu dari aku, pegi kacau mak pulak.
walaupun ayh kuat semangat, kdng2 terperasan jugak dia sapu air mata dia tu.. benda jadi sekelip mata.. takde sape pun nk benda mcm tu jadi. bila mak dah sober dari kene rasuk, ya allah penat dia tu, smpai ttdo dkt ruang tamu. ayh buatkan air milo pekat, nk bagi sugar level tu naik balik kan.
bila dah okay tu mak mcm senyap je pastu ngis. bygkn perasaan anak y tngk benda tu depan mata. lepas pada insiden tu, mak jadi tak bnyk cakap.
banyak jugak la ustaz y kitorg bwak mak jumpa. dlu diorg yang bawak aku pegi jumpa, sekarang, aku lak y bawak mak g jumpa ustaz. bila dah jumpa ustaz, rmai la y cakap ada benda tak puas hati dengan aku ngn ayah.. part ni jadi misteri smpai sekarang. kenapa aku dengan ayah je. adik2 aku xde lak, ayahsin pun x jugak.. just tak puas hati dengan aku ngn ayah je.
lepas series of event y mak aku kene rasuk, ada smpai muntah darah depan2 aku, ayahsin pesan dekat aku, kalau ada benda nk datang tolong, biarkan je.. jgn berkeras. ya allahh.. bayangkan lah, ko dengan sekolah, nk SPM lagi, benda y ayahsin ckp tu bagi aku tak masuk akal n tak logik untuk pemikiran aku ni.
aku rasa dalam 2-3 minggu gak mak aku on off on off kene rasuk, then ada satu malam ni, lepas benda tu kluar dari badan mak, dia pegi gigit ayah dekat lengan. time tu aku dah start panas baran dan marah2. aku sound la, daripada nk kacau mak ayah, baik balik dekat aku. sound sambil2 ngis. ngis sebab sedih tngk fmly kene mcm tu. aku rasa tu la keyword untuk aku panggil 'kuasa bomoh' tu triggered.
lepas je aku ckp mcm tu, suasana mcm tenang sangat. ayah ngn mak pun dah relex dah.. aku yang terduduk ni rasa mcm badan ringann je. tetiba aku rasa diri aku mcm jauhh dari badan aku tapi still dalam badan. mcm bila ko dngr lagu, tapi lagu tu slowly nk kebelakang. aku dapat rasa bnda tu. kali ni aku cuak la sbb ingtkn jin jahat tu y datang nk rsuk aku balik.. tu la mulut celupar lagi. haha.
tapi dengan tetiba mata aku terpejam, kepala aku terlentok kebawah, mulut dah terkumat kamit baca apa pun aku tak tahu dah. tetiba mulut aku bagi salam.. fuh.. mcm aku dah lost balik dah tapi aku sedar. hnya mata je tak nmpk sebab tngh pejam mata. aku dekat dalam badan aku tu ya allah takut nya xyah cite la.. yang menakutkan lagi time tu, salam aku tu dalam bahasa indonesia.
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita jelah... manalah tahu kot2 boleh jadi pengajaran untuk semua... bukan semua orang boleh rasa pengalaman yang macam ko rasakan... teruskan penceritaan.... |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sngt nk tulis..tpi insyallah saya tuliskan hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
woraitt nnti aku citekan part demi part.. tp kadang2 busy gak.. ada free time aku sambung lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahah.. terpost la tu gamaknyaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|