View: 3545|Reply: 27
|
Larangan mengintip untuk mencari kesalahan
[Copy link]
|
|
DrMAZA.com
AL-IMAM AL-GHAZALI r.h dalam Ihya ‘Ulum al-Din berkata:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.
Katanya lagi: "Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.
Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…
Sambungnya: "Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”
(lihat: Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya…dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat."
Sambungnya lagi "Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian".
(lihat: Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153836468697990
|
|
|
|
|
|
|
|
Ishh...ishhh.ishhh...terkedu umar kena sekolah dgn lelaki tu kan?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kenal seorg imam 1 tak nak jadi imam, sebab katanya antara job scope imam kena serbu org khalwat. Dia kata kaedah tu salah. Yg obvious katanya, dalam Islam tak boleh pi terjah kawasan kepunyaan org lain. Dia bg contoh, kasino di Genting. Mana boleh saja2 nk pi tangkap org Islam klu merk berjudi di situ. Tu tanah yg ada tuan punya. Dia kata sekiranya hudud dilaksanakan, pun tak boleh buat apa2 sebab tu tanah non muslim.
Term "khalwat" ni pun salah. Dlm islam khalwat ni duduk sorang2 dan suatu konsep yg baik, spt rasulullah berkhalwat di gua hiraq. Maybe patut abolish undang2 khalwat, dan tukar pada proper name. |
|
|
|
|
|
|
|
bertempik gembira la pelacur2 bohsia2 mat2 rempit bbnu etc semua
dlm hati kata Line clear bak anggg |
|
|
|
|
|
|
|
i tertanya situasi ini
kalau genting tak leh serbu
then same principles applied to rumah urut haram, GRO GRO yg menjadi pekerja seks ( so dalam pandangan org yg melihat ini ) membuat maksiat so atas alasan ; tak boleh premis ni ada tuan
okay - then jgn complaint le kalau apa implikasi buruk dari gejala sosial , kesihatan kalau benda ni meningkat semual akibat tak ada kuasa mengekang
atas sebab - jgn mengintai atau ini premis orang
okay how about cases yg melibatkan pertahanan negara contohnya ISIS, atau kumpulan kumpulan tertentu yg ada impliaksi keselamatan adakah : kita tak leh menitip sebab oh takut dikategorikan mencari cari kesalahan?
i guess kat sini majlis fatwa atau yg ASWJ - kena ada takrifan yg kuat
sebab - kalai fikir guna logik akal ye
bersekedudukan adalah haram okay - you know minah dan mamat beragama islam itu sharing an apartment , then mamat atau minah could be your saudara, anak etc
so tak payah suaha hati lah sebab - u tak ada kuasa nak kata kata apa apa - free will and takut kesalahan mengintai atau mengintip kesalahan sedangkan terang terang itu salah.
apa jadi dengan ungakapan amal makruf nahi mungkar ?
i mean kat sini i nak tengok pendapat kumpulan ulamak yg berfatwa bukan individual opinions .
kat sini fungsi akal dan berasaskan dalil dalil.
apa jadi denga hadith sahih - nampak kesalahan depan mata , ubah dengan mulut, then tangan dan hati -
oh kita sekarang kalau begitu akan sampai tahap = ubah dengan hati lah saja - sebab ini selemah leamh iman.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi warrant tangkap, warrann menggeledah adalah haram lah ye dalam segi islam sebab ia termasuk dalam kategiri ' pi encroach rumah org atau hak rumah orang?'
well...okay so Datin ni ada merits lah ye
dosa peribadi
|
|
|
|
|
|
|
|
saya berfikir bahawa dalam ada undang undang pun zina, maksiat dan apa apa pun berleluasa inikan pulak tak ada kan?
well... just think about it. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 9-12-2015 03:54 AM
Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya…dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat."
how would u apply this
dalam satu rumah ada party - ada arak dadah dan seks bebas/
dalam satu premis hiburan - ada GRO berisiko pembawa penyakit tertentu? minum arak, kes khalwat memang adalah , so ?????anyone dares to generalised teh hadith of opinions of te above in these situations - so kat sini apa takrifan majlis fatwa?
how would u justify this
dalam aspek keselamatan dan pertahanan negara
well , anngota subversif sekarang dia tak pakai bandana kat dahi - kata I am a pengganaz!! so shoot me!! , kan? atau kumpulan jenayah tertentu - sudah tentu depa akan melakukan sesuatu secara sembunyi , kan ? i mean agak weird juga depa terangan tunjukkan perbuatan mereka????
so kat sini
ada tak ulamak kita bagi pengertian konteks dengan jelas |
|
|
|
|
|
|
|
Seingat sy, masa berdiskusi ttg undang2 khalwat ni, idea asalnya nak compensate ketiadaan hukuman hudud atas zina.
Disebabkan ketatnya nak comply dgn syarat2 tuduhan zina, plus no hudud, some one created undang2 khalwat.
Jadi, in that spirit, by right, pembuat undang2 dan penguatkuasa kena execute undang2 ni as closely as possible to hudud zina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by baulu at 9-12-2015 09:18 AM
Let's not talk about another type of crimes. Lain jenayah lain cara Islam addresses.
Yg dipertikaikan ialah khalwat, something close to zina. Jadi kena bawak kesemua dalil berkaitan dan terkuat+spesifik dlm senario ni. Yg dalil2 umum kita consider last2.
Yg sy nmpk, mcm mana rasulullah deal dgn isu zina wrt penzina. Kedua, utk menjatuhkan hudud pd pesalah zina, apakah syarat, cth dr sudut pembuktian dan technicalities (eg, bkn rmh tertutup, mesti tuan rmh, tanah milik org islam etc) |
|
|
|
|
|
|
|
The way I see it, undang2 khalwat yg ada ni as a lame deterrent, ciptaan pemerintah. Tak pernah ada zmn rasulullah & sahabat2.
Klu betul2 nk cegah zina kena pi balik ke hudud, or else semuanya flawed. But then nk buat hudud pun pyh sb sudah agak terlambat nk create environment for hudud implementation.
Apa yg dikatakan bg saya betul cuma dia ambik sekerat2, jadi org islam kena berhati2 dealing dgn G25. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut Kata Prof Shamrahayu, undang undang islam negeri dah wujud sebelum zaman merdeka lagi, sebab tu jadinya kuasa agama tertakluk pada sultan dan level negeri.
Kalau ikut sejarah dulu - memang betul pun bawah negeri.
Tapi u know - kalau tak relevan masakan mufti tegur?
wow - ilmu i tak cukup nak kritik justifikasi mufti dan ini bukan bermakna kita tak leh horat kritis
cumanya
i nak address
isu berkaitan dengan larangan khalwat
a) situasi co - habitation - bersekedudukan ? sedangkan ia salah di sisi Islam dan org islam ada hak kepada saudara dan menegur so apa jadi ? bila tak ada kuasa
?
u guys allowing this? atau menganggap ia 'personal sin'
sebab dok bawa hadith itu ini okay fine - tapi kesannya atas maqasid syariah itu
|
|
|
|
|
|
|
|
i mean bagaimana pula kalau begini :
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kumpulan bekas penjawat awam, G25 wajar melihat tindakan penguatkuasaan yang digariskan dalam perundangan syariah negara ini secara menyeluruh termasuk yang membabitkan kesalahan khalwat di rumah.
OTHMAN MUSTAPHA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bertindak me-lakukan serbuan dan tangkapan terhadap perbuatan khalwat di rumah persendirian selepas menerima aduan daripada sumber yang sahih.
Katanya, kebanyakan laporan khalwat yang diterima oleh pihak JAIN adalah daripada suami, isteri, anak-anak dan jiran kepada pasa-ngan yang disyaki itu.
“Pegawai penguat kuasa JAIN bukan sengaja hendak mengetuk pintu rumah orang pukul 3 pagi tetapi perlu bertindak demikian berikutan mereka menerima aduan dan laporan daripada sumber yang sahih sejam sebelum serbuan dilakukan.
“Mungkin pihak G25 mendapat laporan bahawa serbuan JAIN terhadap pasangan yang telah berkahwin di luar negara tetapi belum membuat pendaftaran pernikahannya di sini. Dalam kes seperti itu, bukan kesalahan pihak JAIN kerana pegawai pengendali kes terbabit bertindak selepas menerima aduan daripada sumber yang sahih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.zZC5izK5.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
if atas aduan
so selama ni adakah kita menerima info yang sebenar dari pihak yg mendakwa atau menganggap cekup tu berlaku secara sembrono?
if ada sumber sahih? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak persoalan yg pihak berwajib kena rungkaikan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mufti tegur mungkin dari maslahat umum ie the law is there, tak yah nak kacau daun-kind of statement. The man-made law is good to have but is flawed. Maybe klu ada org buat survey, kita akn nmpk byk kes terlepas kat pintu rmh by means of nasihat sj. Sebab ada penguatkuasa yg rasa bersalah buat benda yg terang2 dilarang syarak. Lepas tu kena jadi saksi dlm konteks agama islam. Yg nak jadi saksi pulak takut pd hukum berkaitan kesaksian. Do you know dlm undang islam hudud cthnya, klu satu saksi tarik diri, the rest kena hukum sebat dan tak boleh jadi saksi dah lps tu? So, klu tok2 imam bertaraf musnid, dok buat kerja amal makruf nahi mungkar tp tak ikut syarak, apa jadi pd sanad2 hadith?
Nak lawan dalil mmg kalah dgn G25, sb dalil depa guna lg kuat. So, kita yg melihat dan mendengar dari jauh hati2 klu nk jatuh hukum kat minah G25 tu spy tak berlebih-lebihan. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 9-12-2015 10:36 AM
ikut Kata Prof Shamrahayu, undang undang islam negeri dah wujud sebelum zaman merdeka lagi, sebab tu ...
Undang hudud dah wujud zmn kesultanan melaka tapi smpi hari ni tak tau sapa abolished. Yg tinggal kat states limited & ada elemen modifications.
I agree dgn pendpt2 Prof Shamrahayu. She recognizes that we are too late to implement hudud, klu nk buat pun tak betul2 syariah-compliance. So, her proposal is harmonization of secular and islamic laws.
But then Allah dah kata, klu tak 100% ikut ketetapan Allah, akan sentiasa ada isu. Mcm kes minah G25 ni, I suppose hadap je lah..... or shut her up. Tapi yg pastinya masalah tak selesai jugak sb kita modify hukum yg Allah tetapkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba cek bagaimana rasulullah deal dgn penzina and how "hak menegur saudara" atau "ambik tahu hal jiran" tak terpakai.
I"ve been insisting to look how hudud deals with zina adalah disebabkan idea asal undang2 khalwat ialah nak compensate absence of hudud.
G25, guna argument very close dlm kes zina, sedangkan argument kita teramat umum. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by baulu at 9-12-2015 12:10 PM
mbhcsf replied at 9-12-2015 11:00 AM
if atas aduan
Mana ada sumber sahih dr hadith2 atau zmn sahabat. Masa tu hudud adalah undang2 nya.
I"d say cekup sembrono sb tak ikut kaedah. Sebelum nak cekup patut ada undang2 tak boleh non mahram jln sebelah menyebelah pun. In fact yg pompuan kena well versed criteria jahiliyah ula.
Kira hukuman pemerintah je lah. Jadi, agak lemah. Bila mai argument mcm minah G25 ni everyone is scrambling around nk cari dalil sb undang2nya dlm konteks agama islam dan penganutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
so , apakah pendapat mufti yg lain selain maza, dan apakah kita boleh mengenepikan suruhan yg agak strong - amal makruf nahi mungkar? dan kalau ada nampak kemungkaran ubahlah dengan lisan, then ...so on ...so kita boleh ketepikan ini semua? secara total i mean ? sebab oh tak boleh mencari cari kesalahan, yang ternyata laporan khalwat tu dari sumber yg sahih.
sebab apabial melihat ini dari aspek keseluruhan bukan setakat - dalam rumah tapi di premis premis hiburan
seolah olah ada pihak nak 'menghalalkan' semua ini based on ' jgn mengintip ' atau ' jgn mnecari cari 'kesalahan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|