CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 0

5 Cara Solekan Asas Buat Anda Tampil Lebih Cun

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:32 PM | Show all posts |Read mode


Kredit Foto: girlssecretroom
Cara Solekan Asas. Nak nampak muka anda sentiasa kekal cantik? Ketahui cara solekan yang boleh buat anda menjadi super cantik.
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dan hubungannya cukup sinonim bagai isi dengan kuku. Khusus buat anda, terdapat lima idea yang boleh ditiru supaya selepas ini  anda boleh jadi super cantik!
Sebelum memulakan langkah solekan, langkah pertama yang perlu kamu lakukan ialah dengan penyembur primer atau tekapkan tisu basah pada wajah yang bertujuan untuk membantu kulit wajah agar kelihatan lebih sekata dan mencantikkan bedak asas.
2. Selamat Tinggal Krim Bb!
Krim Bb adalah sejenis krim pelindung wajah. Jika sebelum ini ramai yang obses dengan krim Bb. Jom tukar kepada krim Cc pula, ia dikenali sebagai ‘colour correcting’ atau pembetulan rona yang menghasilkan tona yang lebih sekata dengan kulit.
Nota: Tekstur krim Cc lebih ringan dari krim Bb

3. Berus dan Mekap
Sebelum mengenakan mekap, perkara terawal yang perlu kamu tahu ialah jenis berus yang akan anda gunakan untuk mengaplikasikan solekan. Misalnya ialah ‘fan brush’ yang lazimnya berfungsi sebagai berus untuk menyingkirkan lebihan bedak. (berbentuk kipas kertas)
4. Kanta Lekap
Selain menggantikan cermin mata, penggunaan kanta lekap juga boleh digunakan sebagai salah satu idea cantik. Untuk gadis Asia, mungkin penggunaan kanta lekap warna hijau atau biru kurang sesuai. Pilihan warna semulajadi seperti coklat cair dan hazel adalah tebaik.

5. Bersihkan Lipstik
Lebihan lipstik pada bibir boleh disapu dengan mengunakan bedak asas cair agar tona kelihatan sama. Elakkan daripada menggunakan tisu kerana sapuan tisu boleh menyebabkan lipstik tersebut ‘terkeluar’ daripada bibir.
Mungkin ada di antara idea-idea di atas pernah anda lakukan. Jika belum, anda boleh gunakan idea tersebut ketika bermekap dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan agar  mereka  turut mengetahuinya.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:20 PM GMT+8 , Processed in 1.004293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list