CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3168|Reply: 6

Wahai rakyat pencinta kucing ...

[Copy link]
Post time 29-11-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat sejahtera .. My name is sabri .. Call me sab je . nak mintak pendapat ni . sab ada kucing bernama Neko . Kucing jumpa tepi jalan je . Baka tak tau . Jumpa Neko ni dalam semak tanpa ibunya or penjaga . Terjumpa pun sebab bunyi meow dia kuat . Jumpa Neko ni lebih kurang waktu 2.30 pagi awal tahun 2015 . usia waktu tu pun da 2-3 minggu .. Sekarang Neko pun da dekat setahun .

Muqaddimahnya , Neko ni seekor kucing yg manja . Berwarna putih tompok kelabu . Warna putih dia bersih sebab tu suka sangat tengok dia . Setiap kali pandang , mesti rasa tenang je hati . Stress pun boleh hilang . tambah pulak dngan karenah dia yg aktif bermain .. Melompat sana , panjat sini ..Cara dia tidur tersangatlah 'epic' . Bermacam2 gaya dia tidur.. Sampaikan member semua snap photo dia tidur . Tabiat dia pulak memang suka gigit n cakar orang . tapi disebabkan sayang , sab da biasa n abaikan je sakit tu . paling comel bila nak mandikan dia .. Neko tak bising waktu mandi ,tapi nak pegang dia susah sangat . mesti kuku dia keluar .. Hahahaha . nak jaga Neko ni mudah . Dari hari pertama masuk kerumah pun dia da pandai membuang dalam toilet . so da jimat duit untuk beli pasirnya . dan Neko jugak tak prnah dikurung dalam sangkar sebab nak beli tak mampu . al maklum la student , lelaki pulak tu . so duit terhad . seminggu sekali beli makanan dia . kadang2 ada duit lebih bagi dia makanan basah dalam paket tu . skali bagi dia , kasi dua paket terus . nak bagi dia puas . Neko pun bukan jenis yg merayap walaupun dilepaskan . Dia suka duduk luar rumah berjemur je . Lepas berjemur , dia masuk balik tidur ke , makan ke , lepak ke .. Tu je kerja dia seharian .

Masalahnya bermula 2 bulan lepas . Neko mula meow dengan kuat . sampai kan nak tidur pun tak tahan dengan bunyi tu . bingit . sampaikan pernah terniat nak bagi orang je neko ni . Alhamdulillah , da dekat setahun jaga dia , dia masih lagi ada dekat rumah , sihat walafiat .cuma skarang dia kerap pergi kerumah jiran sebelah . Fyi , sab duduk dekat apartment 18 tingkat . rumah sewa je la dengan member2 .. Rumah sewa pulak dekat tingkat 16 .. Neko pergi ke rumah jiran dengan cara panjat balkoni . tak boleh bayang kalau dia terjatuh ke bawah . Yang buat jadi susahnya , dia pandai pergi je . tapi tak pandai balik . Hmmmm terpaksa tebalkan muka dekat jiran sbelah .. Bertambah susah lagi bila jiran sebelah takde dekat rumah 2-3 hari .. Balik kampung or berjalan dngan family ke .. Dia tak boleh balik sebab takde orang dekat rumah . btw , jiran sebelah pun ada bela kucing 2 ekor . risau Neko ni masuk rumah sebelah nak gaduh or makan makanan diorang or membuang merata . risau sangat2 . lepas tu bunyi bising dia yg 2 bulan lepas tu , berterusan sampai 2 minggu lebih . dan sekarang Neko kembali bising . info tambahan , Neko ni disyaki bunting sebab perut dia nampak besar dari biasa . Neko kucing yg kurus , tapi kurus sihat laa . skarang dia da berisi . So sab anggap dia bunting je la .

Soalannya , perlu ke sab letakkan Neko dalam sangkar sebab nak elakkan dia jadi lagi mcam tu ? Bunyi bising tu sebab apa ye ? Brapa lama ye tempoh bunting kucing ? Apa penyelesaian terbaik bagi masalah ni ? Hmmm
Sab perlukan bantuan . banyak da cari forum yg brkenaan dengan masalah sab ni , kebanyakannya cakap kucing tu sakit . Hmmmm, seramnya lah dengar ..

Sekian, terima kasih menghulurkan bantuan.

Yang memerlukan bantuan ,
EncikkSAB . Pencinta Kucing .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
3 bulan dek kucing bunting..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih @frin
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia ada 12eko kucen. Sume kucen pungut n keturunan mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti comel comelkan mereka tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ngiau setiap 2mggu selagi xbunting tu mengawan... Sampai bunting br dia diam. Heheheh goodluck!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 05:38 PM | Show all posts
Baik awak bawak pergi vet atau spca kasi mandul. Bila dah mandul dia takdelah meragam nak megawan lagi.

Kalau nak bela kucing indoor eloklah dimandulkan samada kucing jantan atau betina nanti kucing tu takkan bagi masalah. Diorang akan duduk diam dalam rumah tak sibuk nak cari pasangan utk mengawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.165457 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list