CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 0

Ketahui 3 Trik Mekap Menggoda Suami

[Copy link]
Post time 27-11-2015 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Ingin Menggoda Suami Dengan Trik Mekap Yang Boleh Menyamarkan Kesan Penuaan Di Wajah Anda? Baca artikel ini sampai habis…
Pertambahan usia adalah proses semulajadi yang harus di hadapi oleh setiap manusia. Dengan bertambahnya usia, kemampuan tubuh juga semakin menurun dan kesannya boleh dilihat pada wajah.Pada wajah muncul kedutan atau kulit muka sudah mula nampak kendur. Sungguhpun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh tampil cantik untuk menggoda suami. Trik mekap atau solekan wajah adalah salah satu jalan penyelesaian terbaik. Dengan trik mekap yang tepat, anda dapat menyamarkan tanda-tanda penuaan yang ada sehingga anda dapat menutupi kekurangan tersebut.

Berikut 3 trik mekap yang boleh anda cuba bagi memikat hati suami. Sekali sekala bagus juga jika anda membuat sedikit kejutan untuknya.

1.Goda Suami Dengan Mekap Smokey Eye
Gunakan eyeshadow berwarna kelabu, mulakan dari garis mata di sudut terdalam hingga ke bahagian sudut luar mata seperti bentuk sayap.Seterusnya, penuhi mata dengan eyeliner hitam kedap air dan baurkan sedikit pada kelopak mata untuk mencipta kesan yang lebih ‘hidup’.Tambahkan maskara,kemudian berikan sentuhan terakhir dengan lipstikberwarna merah jambu. Anda juga boleh memberikan efek tirus dengan blush on berwarna coklat tua tepat di tulang pipi.

2. Takluk Hati Suami Dengan Bronze Eyes Dan Bibir Merah Pekat
Gunakan berus eyeshadow yang agak fluffy, aplikasikan bronze cream shadow. Mulakan dari garis mata atas bahagian dalam sehingga ke sudut bahagian luar mata.Kemudian, pakai eyeliner dan lapiskan bahagian bawah garis mata dengan warna yang sama. Tambahkan maskara, dan berikan shading pada tulang pipi dan penuhkanbibiranda dengan lip pencil matte berwarna merah.

3. Tawan Jiwa Suami Dengan Wajah Berkilat
Wajah berkilat bukan bermakna kelihatan basah akibat peluh. Anda boleh membuat kulit wajah nampak berkilat cantik dengan memberikan pemerah pipi atau blush on berwarna merah jambu lembut pada tulang pipi.Tambahkan ‘bronzer’ untuk memberikan kesan yang lebih hangat. Kemudian, sapukan krim pencerah pada tulang pipi dan batang hidung. Untuk sentuhan terakhir, sapukan eyeshadow berwarna neutral pada kelopak mata. Kemudian pertegaskanbulu mata anda dengan maskara serta sapukan lipstik merah pada bibir.

Info Ekstra!
Sebelum bersolek pastikan anda membersihkan wajah sehingga ke leher dengan menggunakan pembersih, toner dan pelembab. Ia bertujuan agar hasil mekap anda nampak lebih sempurna. Selain itu, gunakan concealer untuk membantu menyamarkan kesan bintik-bintik hitam atau bekas jerawat di wajah. Concealer juga boleh digunakan untuk menyamarkan kesan lingkaran hitam bawah mata.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.142359 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list