CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 0

Kuku Yang Cantik Adalah Kuku Yang Sihat! Ketahui 8 Rahsianya Di Sini

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:34 PM | Show all posts |Read mode

Kuku Sihat.Kuku yang sihat, cantik dan terawat mewakili kecantikan serta kebersihan tubuh anda secara keseluruhannya.
Kuku adalah bahagian yang sama pentingnya mendapat penjagaan yang baik seperti juga rambut. Jika anda tidak menjaga atau merawat kuku dengan baik, maka kuku akan menjadi rapuh dan mudah patah.Keadaan kuku sihat akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang.Bermakna, adalah sangat penting untuk anda menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.
Berikut beberapa tips yang boleh anda aplikasikan untuk merawat kuku agar sihat dan kelihatan lebih cantik.

1. Jangan Mengigit Kuku
Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku akan rosak (kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalahkencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku dan kemungkinan kuku akan rosak.

2. Fungsi Kuku
Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.

3. Pengambilan Multivitamin
Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku sihat.

4. Gunakan Pelembab
Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembab setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau losen kuku.

5. Membantu Pertumbuhan Kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakkan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.

Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik.Perkuatkan kuku dari dalam.Salah satu cara mudah untuk memiliki kuku sihat adalah dengan memperbanyakkan pengambilan air masak. Pengambilan air masak membantu agar kuku tidak kering. Untuk memperkuatkan kuku anda boleh melakukannya denganpengambilan kalsium atau dengan meminum susu.

7. Petroleum Jelly
Kuku yang kelihatan berkilat adalah kuku yang sangat cantik. Petroleum jelly sangat berguna untuk merawat kuku agar lebih bersinar. Gunakan petroleum jelly pada setiap malam sebelum tidur, gosok dengan mengggunakan kain cotton.

8. Minyak Zaitun
Anda boleh menggunakan minyak zaitun dengan cara merendam kuku anda pada minyak tersebut. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.

http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.554609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list