CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 0

Cara Memilih Bedak Asas Yang Betul

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Bedak Asas.Penggunaan bedak asas dapat embantu wanita menutupi kekurangan di wajahnya terutama apabila penggunaanya betul dan tepat.
Ia bagaikan “nadi’ di dalam memulakan solekan. Oleh sebab itu, pilih bedak asas yang paling serasi dengan warna kulit anda agar ia tidak nampak seperti tepung atau berbelak apabila disapu pada wajah. Ada beberapa perkara penting yang harus anda tahu ketika memilih bedak asas, antaranya:

1.    Calit Bedak Asas Pada Rahang
  • Kebanyakan individu akan mencuba bedak asas yang mahu dibeli dengan mencalitkan ia pada atas tangan. Jangan tertipu kerana kulit sebenarnya tidak sama dengan kulit wajah kamu.
  • Cara terbaik, calitkan bedak asas pada rahang wajah. Kemudian. lihat jika sesuai atau tidak dengan warna kulit kamu.


2.    Tentukan jenis kulit kamu
  • Lihat dan kenal pasti dahulu jenis kulit sebelum memilih mana-mana bedak asas.
  • Bagi kamu yang mempunyai kulit berminyak disarankan mengambil bedak asas yang bebas dari minyak.
  • Manakala bagi kulit kering sapuan bedak asas jenis krim lebih padan dan terbaik.


  • Sebelum menggenakan bedak asas ke wajah mulus anda, seharusnya bersihkan wajah terlebih dahulu dengan pelembap .
  • Ia penting bagi memastikan sapuan menyerap terus dan menutup cela pada wajah anda.

4.    Ketahui Jenis Bedak Asas
  • Ingat! Pelbagai jenis bedak asas terdapat di pasaran, pilihlah bedak asas yang serasi dengan jenis kulit kamu.
  • Lazimnya, bedak asas yang berbentuk cecair, krim dan juga mousse sering digunakan. Pelajari cara penggunaan yang betul kerana setiap bedak asas adalah berbeza.


5.    Cipta Warna Bedak Asas Sendiri
  • Kamu tentunya pernah melihat juru solek professional mengadunkan beberapa warna bedak asas untuk disapu pada wajah model atau selebriti popular.
  • Ia sebenarnya adalah untuk mengimbang warna kulit bersama bedak
  • Campuran beberapa warna pastinya akan memberi hasil yang lebih sekata dan kena pada wajah seseorang.Anda juga boleh mencuba!!!

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.498135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list