CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10536|Reply: 5

Skru & Spanar: Elak redah air melebihi satu pertiga tayar

[Copy link]
Post time 24-11-2015 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 25-11-2015 09:29 AM

Skru & Spanar: Elak redah air melebihi satu pertiga tayar
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM

[email protected]
Musim hujan yang dialami buat masa ini sudah tentu menyukarkan pengguna jalan raya ketika ke tempat kerja setiap hari.


Hujan menyebabkan jalan basah dan kejadian banjir kilat yang boleh mengundang masalah.
Air bertakung di jalan raya mampu menyebabkan kemalangan sama ada berpunca daripada lubang yang tidak kelihatan atau laluan licin mengakibatkan kenderaan sukar dikawal.

Anda perlu peka berhubung laporan terkini cuaca sekitar laluan yang bakal digunakan.
Penting bagi anda untuk menjangkakan hujan dan banjir supaya bersedia menghadapinya. Jika cuaca dijangkakan hujan lebat, anda dinasihatkan berhati-hati apatah lagi sekiranya menunggang motosikal kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan.
Memandu dalam hujan lebat mengurangkan jarak penglihatan dan air bertakung mendatangkan bahaya iaitu tayar menjadi terapung di atas lapisan air serta tidak mencengkam.

Berhati-hati ketika melalui kawasan air bertakung itu kerana stereng akan gagal memberi responsif terbaik.
Sekiranya memandu di laluan banjir yang tidak terlalu dalam, kekalkan kelajuan stabil tetapi perlahan untuk mengelak mewujudkan gelombang air yang besar.

Lubang pengambilan udara pada kereta adalah rendah di bahagian hadapan dan akan memasuki ke dalam kebuk pembakaran sekali gus mampu ‘menghancurkan’ enjin.

Sekiranya enjin mati ketika hujan lebat, jangan membiarkan bonet terbuka sementara menunggu bantuan tiba, ia bagi mengelakkan komponen elektrik menjadi basah dan menjadi lebih sukar dihidupkan.

Adalah tidak digalakkan untuk meredah kawasan berair yang melebihi satu pertiga daripada ketinggian tayar anda.
Bagaimanapun, ia turut bergantung kepada kelajuan redahan yang turut mengakibatkan air terpercik ke kawasan enjin serta membasahi bahagian komponen enjin.

Anda juga perlu elak meredah air banjir ketika enjin panas terutamanya kereta moden masa kini yang kebanyakannya menggunakan logam aloi.
Namun, ia bergantung kepada tahap kepanasan bahagian enjin kerana penyejukan secara mendadak mampu mengubah bentuk komponen berkenaan.

Ia mengakibatkan bahagian rerumah luar berubah bentuk dan menyebabkan posisi tapak tidak selari serta mampu memberi kesan buruk operasi enjin.

Sekiranya kereta ditenggelami banjir, anda harus tidak menghidupkan enjin bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.
Enjin yang dimasuki air perlu dibersihkan secara menyeluruh. Minyak pelincir harus ditukar baru dan perlu membuka palam pencucuh untuk membantu mengeringkan ruang pembakaran dengan memutarkan enjin bagi mengeluarkan air terkumpul.

Sekiranya minyak pelincir yang ditukar menjadi putih selepas beberapa kali enjin diputar, ia mungkin bercampur air dan perlu diganti sekali lagi.
Ia membabitkan proses yang rumit dan perlu khidmat pakar terutama ketika mencuci karburetor atau pendikit penyuntik bahan api.
Jika kereta tidak diinsuranskan bagi perlindungan bencana alam, anda perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeringkan kereta dengan kipas kuasa tinggi.

Kipas kegunaan rumah tidak mampu mengeringkan kereta anda sepenuhnya. Dan jangan sesekali menggunakan pemanas atau peralatan haba untuk mengeringkan kereta.

Ini kerana petrol dalam tangki mungkin meresap ke dalam kereta yang bakal mengundang bahaya.
Selepas enjin dicuci dan dihidupkan, anda perlu berhati-hati ketika memandu. Bahagian mikro-elektronik yang basah tidak akan memberikan prestasi yang sama dan boleh mendatangkan masalah teruk.

Selain itu, dengar bunyi enjin anda dengan teliti. Jika ada bunyi yang tidak sepatutnya, ia harus dikenal pasti puncanya sama ada kedengaran ketukan atau geseran membabitkan komponen logam.

Jika ada titisan air atau minyak seperti keputihan akibat tercampur air, ia juga mungkin mengakibatkan bunyi enjin menjadi lebih kuat kerana kemampuan pelinciran menurun.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:01 AM








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94771#sthash.adeL3KMW.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 08:57 AM | Show all posts
great info. peringatan yg baik sempena musim hujan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:33 AM | Show all posts
Sesuai dgn musim hujan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2015 12:14 PM | Show all posts
MUSIM HUJAN BERSAMAAN MUSIM CUTI SEKOLAH..MESTI BANYAK BERJALAN MAKAN ANGIN..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 05:31 PM | Show all posts
musim hujan dan cuti sekolah bertembung
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 11:39 AM | Show all posts
good info . tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051018 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list