CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3632|Reply: 5

Ketahui Fungsi Sebenar Senaman Kegel

[Copy link]
Post time 21-11-2015 12:02 AM | Show all posts |Read mode


Senaman Kegel. Tahukah anda manfaat dan fungsi sebenar senaman kegel ini.
Senaman kegel bukanlah senaman yang asing pada masyarakat kita. Malahan ia adalah senaman yang popular di kalangan wanita, terutama buat mereka yang sudah berkahwin dan baru lepas bersalin.
Senaman ini menjadi pilihan ramai wanita, namun jarang dibicarakan secara umum. Ini adalah kerana ia masih tabu dan ramai wanita berasa malu untuk membicarakannya walaupun sesama sendiri. Mungkin kerana ia melibatkan bahagian sulit wanita dan mereka merasakan ia tidak perlu diperkatakan secara terbuka.
Senaman ini dikenali sebagai senaman kegel bersempena dengan nama pengasas yang memperkenalkan senaman ini, iaitu Dr. Arnold Kegel.
Apa Itu Senaman Kegel?
Senaman kegel ialah senaman yang menguatkan otot pelvis. Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian, selain sesekali berurut atau bersengkak.
Di dalam kumpulan otot ini lah terletaknya bahagian sulit wanita iaitu otot vigina. Kebanyakan wanita mengalami masalah kelemahan otot pada bahagian sulit. Punca kepada kelemahan otot pada bahagian tersebut adalah kerana faktor usia, melahirkan anak, obesiti ataupun keturunan.

Fungsi Senaman Kegel
Pelbagai kebaikan dan faedah apabila anda konsisten melakukan senaman kegel. Antaranya ialah:
1. Mengatasi Masalah Membuang Air Kecil
Wanita pasti sering akan menghadapi masalah ini, terutama mereka yang sedang sarat mengandung dan selepas bersalin. Antara masalah yang sering dialami ialah terbuang air kecil secara tiba-tiba sewaktu terbatuk atau terbersin.
Senaman ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

2. Meningkat Kualiti Hubungan Kelamin
Mungkin sebelum ini, ramai wanita yang malu untuk mengakui bahawa mereka mempunyai masalah ketidakpuasan dalam hubungan kelamin bersama pasangan kerana masalah vagina yang tidak ketat, terutama bagi mereka baru selepas bersalin.
Melalui senaman ini, ia mampu menguatkan otot vagina anda supaya lebih mantap dan mencengkam, sekaligus akan membuatkan kualiti seks anda bersama pasangan menjadi lebih baik.
Senaman kegel ini juga dipercayai dapat mengurangkan masalah senggugut yang sering dialami oleh wanita apabila mereka datang bulan. Senggugut mungkin juga disebabkan kelemahan otot pada vagina ketika pendarahan semasa datang bulan.
Apabila melakukan senaman kegel, ia mampu membantu menguatkan kembali otot vagina anda yang lemah itu memandangkan senaman ini menguatkan bahagian pelvis anda.

4. Mengatasi Masalah Peranakan Turun
Masalah ini sering terjadi kepada wanita yang sedang mengandung. Antara punca kepada masalah peranakan turun ialah apabila wanita mengandung itu mengangkat  berat atau bebanan. Selain itu, aia juga mungkin disebabkan oleh otot pada rahim yang tidak kuat.
Senaman kegel secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini kerana ia bukan sahaja menguatkan vagina, malah ia juga merapatkan otot rahim anda.

Cara Melakukan Senaman Kegel
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan senaman kegel. Anda boleh melakukannya melalui pelbagai cara iaitu secara duduk, berdiri mahupun berbaring.
Tahan nafas ketika melakukan senaman kegel. Cuba kemutkan faraj anda ketika hendak membuang air kecil (elakkan melakukkan selalu kerana boleh mengakibatkan kencing tidak lawas) atau ketika pundi kencing anda kosong.
Tahan sehingga kiraan 10 dan kemudian lepaskan ia seperti biasa. Ulangkannya sebanyak 25 kali dalam satu sesi dan tiga kali dalam sehari. Jika anda mampu membuang air tanpa menggerakkan kaki, itu bermakna otot pada pangkal rahim anda sudah cukup kuat.

# Lakukan senaman ini secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan. Jika masih dibelenggu masalah yang sama, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor  sakit puan untuk mendapat nasihat yang sewajarnya.
Senaman kegel jelas dapat membantu mengatasi masalah sakit puan yang sering melanda pada wanita. Sebagai wanita, anda disarankan melakukannya. Bukan setakat untuk kepuasan sendiri, tetapi juga demi kesihatan bagi memastikan anda kekal sihat dan terus bahagia dalam kehidupan.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 07:20 AM | Show all posts
tambahan info mengikut petua orang lama:

masa buat kegel JANGAN TAHAN NAFAS, bernafaslah seperti biasa...ini untuk menjaga urat saraf

ada 2 bahagian yang perlu 'dikegelkan' untuk impact maximum:

1. bahagian otot miss v - macam tahan kencing (lepas belajar dgn opah ratu, rupanya tak elok buat masa tahan kencing no wonder dulu hemo selalu kerap kena UTI.  Buat masa nak buang air kecil tu just to locate sahaja which muscle to tightened lepas tu buat la waktu santai-santai)

2. bahagian otot tempat buang air besar - macam tahan kentut/berak - sama juga, jangan buat amalan masa tengah yak-yak - ini just panduan untuk locate muscle sahaja.  

kedua-dua ni menguatkan otot-otot vagina luar dan dalam

semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 05:13 PM | Show all posts
hemorion replied at 2-12-2015 07:20 AM
tambahan info mengikut petua orang lama:

masa buat kegel JANGAN TAHAN NAFAS, bernafaslah seperti  ...

Terima kasih kak Hemo  untuk info ni.. Tapi susah la nak buat tanpa tahan nafas..setiap kali nak bernafas seperti biasa mesti tak jadi....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 05:18 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 2-12-2015 05:13 PM
Terima kasih kak Hemo  untuk info ni.. Tapi susah la nak buat tanpa tahan nafas..setiap kali nak b ...




boleh ...believe in yourself gitewww...

bila kita tahan nafas, secara tak langsung kita gunakan muscle perut more than muscle kat v tu....so not so effective plus mcm perbidanan cakap byk urat-urat terputus...konsep lebih kurang macam yoga, every movement yang kita buat mesti breath in and out, same goes to weight lifting, exercise semua baru kita betul2 gunakan otot yang sepatutnya...

practice makes perfect, sure u can do it, insya Allah.....buat bertatih-tatih dulu, lama2 mesti perfect

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 08:53 PM | Show all posts
hemorion replied at 2-12-2015 05:18 PM
boleh ...believe in yourself gitewww...

bila kita tahan nafas, secara tak langsung kita g ...

ya..yoga memang pentingkan part breathing tu..

practice makes perfect, sure u can do it, insya Allah.....buat bertatih-tatih dulu, lama2 mesti perfect
Insyaallah,I akan cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 09:05 PM | Show all posts


selalu wanita bila dah berusia ada masalah urinary incontinence.. .salah satu cara untuk prevent benda ni adalah dengan buat senaman utk otot pelvic..selain senaman Kegel ni, ada juga senaman lain utk exercise pelvic floor muscle tak salah I...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.115686 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list