CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 2

FAKTA TENTANG SOYA - LAGI PENIPUAN DARI PAKATAN KAFIR & YAHUDI

[Copy link]
Post time 12-11-2015 03:57 PM | Show all posts |Read mode




Kita Selalu Digembar-gemburkan Dengan Kandungan Dan Kebaikan Soya Yang Mengandungi Nutrien Penting Dan Protein, Tapi Perkongsian Ini Adalah sebaliknya.

Nabi mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
&#8226unca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia(di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA:Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.



kredit : http://tukang-sampai.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 05:23 PM | Show all posts
udah udah la tu dik asik duk salahkan kafir dan yahudi...kenapa tak salahkan diri kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:20 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 13-11-2015 09:23 AM
FAKTAikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!Pergh!

Dari mana fakta tu? berdasarkan Dikatakan? Siapa yang kata?

Kalau fakta, tentu ada sumbernya yang boleh diselidiki. Kita tahu ada memang ada pihak nak melariskan soya, ada pihak juga nak menjatuhkan soya.

Dua-dua pihak mungkin ada melakukan PEMBOHONGAN FAKTA... melainkan disertakan bukti-bukti yang diterima oleh pakar-pakar yang adil dalam kajian mereka.


Sejauh mana kebenaran dari sumber BLOG yang diambil sebagai 'fakta', juga perlu diperhalusi SECARA ADIL.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•unca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

Tolong sertakan sumber asal dari mana....

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Kalau disertakan journal atau artikel asal sumber kenyataan di atas adalah lebih baik untuk lihat konteks penuh tentang penerangan pasal allegic reaction dan pemakanan alternatif...

Soya ada kebaikannya, dan mungkin ada juga ketidak-baikannya dalam keadaan tertentu, sama juga dengan pemakanan yang lain-lain.

Jangan kita terlalu teruja menghentam susu 'soya' dengan alasan Pakatan Kafir & Yahudi, kalau ilmu kita pasal soya pun masih ilmu cedok-cedok saja...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 1.270604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list