Saya membaca beberapa komentar Hasan al-Saqqaf terhadap salah seorang Sahabat Nabi yang agung iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan. Benar beliau bukan maksum dan mempunyai kesilapan. Tetapi Ahlussunnah wal Jamaah tetap mengiktiraf kedudukan beliau sebagai sahabat Nabi dan menyayangi beliau. Apa yang mengejutkan Hasan al-Saqqaf menuduh beliau sebagai:
- bersifat dengan sifat munafiq kerana membenci Fatimah.
Lihat: Sahih Syarh al-Akidah al-Tahawiyyah.
Apabila kamu melihat seseorang menghina salah seorang sahabat Nabi ketahuilah bahawa dia zindiq!
Apabila kamu melihat seseorang mencerca salah seorang sahabat Nabi maka pertikaikanlah keIslamannya!
P/s: saya hairan bagaimana seorang yang mengaku Ahlussunnah wal Jamaah boleh mendiamkan diri dari mengkritik penghina Muawiyah? Mungkin Perlu ditanya juga pendirian pengkagum Hasan al-Saqqaf terhadap Muawiyah.
: Zamihan Mat Zain menukar dan memanipulasi riwayat untuk berbohong dan mengatakan wahabi seperti iblis.
1)Zamihan membawakan riwayat salah 1 keadaan iblis menangis adalah apabila مولد الرسول صلى الله عليه وسلم , kemudian zamihan membuat kesimpulan rupa-rupanya Iblis x suka sambut maulid nabi, jadi kalau ada orang kita yang x suka sambut maulid maka dia mewarisi iblis.
2)Asalnya riwayat ini adalah dari Mujahid sepertimana diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dan al-Tabarani dan dan juga disebut oleh ibn katsir dalam al-bidayah dan juga Ibn Rejab dalam lataif al-maarif dengan lafaz: رن إبليس أربع رنات حين لعن و حين أهبط من الجنة و حين بعث محمد و حين أنزلت فاتحة الكتاب
Iblis menangis dengan kuat sebanyak 4 kali. Apabila dilaknat, apabila dijatuhkan dari syurga, apabila diutuskan Muhammad dan apabila diturunkan al-Fatihah.
Dalam tafsir Baqi bin Makhlad disebutkan وحين ولد محمد (apabila dilahirkan muhammad).. yang paling sahih adalah dari mujahid bersanad dgn lafaz حين بعث. Demikian juga diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya dengan sedikit tambahan.
3)Lafaz yang disebutkan dalam riwayat Mujahid adalah و حين بعث محمد (apabila diutuskan Muhammad) lalu yang dipegang oleh Zamihan وحين مولد الرسول صلى الله عليه وسلم (pada hari maulid -kelahiran- Rasulullah S.A.W) sedangkan tidak disebut perkataan مولد dalam mana-mana riwayat
4) Dalam bahasa Arab apabila dikatakan تاريخ بعث الرسول ertinya tarikh dilantik menjadi Rasul. Terdapat perbezaan besar antara tarikh diutuskan sebagai Rasul dan tarikh dilahirkan.
5)Walau bagaimanapun ini bukanlah hadith mahupun perkataan sahabat maka dengan itu ia bukanlah sumber hukum. Berkemungkinan besar ia adalah sebahagian dari khabar dari bani israel yang diriwayatkan oleh tabii..untuk pengetahuan Zamihan, Dizaman Mujahid belum ada sambutan maulid.
6)Tiada siapa dikalangan orang Islam yang membenci baginda dilantik sebagai Rasul dan tiada siapa yang membenci kelahiran baginda R.A.W. Yang ada hanyalah sebahagian manusia yang tidak suka merayakan hari keahiran Rasulullah S.A.W kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Ini juga merupakan amalan umum masyarakat di negara Teluk.......Tetapi kerana memenuhi nafsu jahat maka Zamihan telah mengubah riwayat ini dan menggambarkan sesiapa yang tak suka sambut maulid sama seperti Iblis.
7)Penipuan dan manipulasi fakta tidak boleh terima dari sesiapa sahaja, Amat malang kalau penipu dan pemanipulasi dilantik menjadi pakar rujuk akidah.
https://www.facebook.com/salman. ... /10206835355658378/
Bukti 2: Perkataan paling keji dari mulut Zamihan Mat Zain serta fitnah terhadap al-Albani.
1)Zamihan mendakwa al-Albani berpandangan bahawa isteri-isteri Rasulullah S.A.W kesunyian selepas kewafatan baginda sedangkan mereka tidak boleh berkahwin lagi. Maka dengan itu mereka boleh bermesra-mesra dengan lelaki lain. Disebabkan kecenderunagn syahwat isteri-isteri Nabi S.A.W, maka biarkan mereka bermesra-mesra dengan lelaki lain.
2)Perkataan yang diucapkan oleh Zamihan ini adalah ungkapan yang terlalu keji dan jijik terhadap ummahat mukminin. Tidak wajar orang yang ada secebis iman dalam jiwanya mengucapkan perkataan ini.
3)al-Albani tidak pernah menyebut sebagaimana fitnah yang dilemparkan oleh Zamihan. Yang disebutkan oleh al-Albani dalam kitab silsilah adalah bab disudut teori kebarangkalian melakukan dosa bukanlah perkara mustahil bagi isteri-isteri nabi kerana mereka sepertimana manusia lain selain para Rasul yang tidak dijamin terpelihara dari dosa.
Buktinya adalah apabila Munafiq menuduh Ai’syah R.A berzina, Rasulullah tidak membuat kata putus sehinggalah baginda menerima wahyu yang membersihkan Aisyah.
4)al-Albani ketika mengulas perkataan Ibn Katsir tentang Ismah(terpelihara dari dosa) bagi isteri Nabi, beliau telah menyebut
و ليس المراد بها العصمة الخاصة بالأنبياء عليهم
الصلاة و السلام ، و هي التي تنافي الإمكان المذكور ، فالقول بهذه في غير
الأنبياء إنما هو من القول على الله بغير علم
Dan bukanlah dimaksudkan Ismah (terpelihara dari dosa) yang khusus untuk para Nabi yang menafikan kebarangkalian (melakukan dosa) sebagimana yang telah disebutkan. Menisbahkan ismah jenis ini kepada selain para Nabi adalah satu dakwaan terhadap Allah tanpa ilmu.
5)Dalam masa yang sama al-Albani dengan jelas menyebutkan bahawa para Isteri Nabi dipelihara oleh Allah dari melakukan zina. Ini diketahui dengan menyelusuri sejarah mereka. Kata al-Albani:
و لكنه سبحانه صان السيدة عائشة رضي الله عنها و
سائر أمهات المؤمنين من ذلك كما عرف ذلك من تاريخ حياتهن ، و نزول التبرئة
بخصوص السيدة عائشة رضي الله عنها ، و إن كان وقوع ذلك ممكنا من الناحية
النظرية لعدم وجود نص باستحالة ذلك منهن
Sedangkan Allah memelihara Aisyah R.A dan kesemua ummahatul mukminin dari perkara keji itu sebagaimana diketahui melalui sejarah hidup mereka dan juga penurunan Ayat menyelamatkan Aisyah secara khusus sekalipun ada kebarangkalian dari sudut teori kerana tiada Nas yang menyatakan bahawa perkara itu mustahil.
6)Zamihan dengan sengaja telah memanipulasi perbahasan al-Albani tentang kebarangkalian berlaku dosa bagi Isteri-isteri Nabi lalu menambahkan perisa dengan perkataan jahat semata-mata untuk menabur fitnah kepada al-Albani.
7)Perkataan lucah yang kurang ajar terhadap ummahat al-Mukminin yang disebutkan oleh Zamihan berupa( kesunyian, syahwat dan bermesra-mesra dengan lelaki )sama sekali tidak ditulis oleh al-Albani. Saya pernah berkawan dengan ramai orang yang suka bercakap tentang seks tetapi belum pernah dalam hidup saya berjumpa dengan manusia yang sekejam dan sejelek Zamihan apabila bercakap tentang ummahat al-Mukminin… Tahniah ASWAJA Malaysia kerana pemimpin anda 1 dalam 1000000.
https://www.facebook.com/salman. ... /10206838114367344/
Bukti 3 : Zamihan Mat Zain pak kaduk Modern, sudahlah kampong tergadai, sorak pun belum tentu menang
1)Setelah mengakui bahawa gurunya al-Saqqaf bukanlah maksum, Zamihan meyebutkan jasa gurunya sebagai orang yang telah berjaya banyak mengkritik al-Albani. Demikian juga idea-idea akidah Zamihan dalam bukunya salafiyah Wahabiyah yang telah dijawab oleh sahabat saya Hafiz Firdaus, kelihatan jelas betapa Zamihan mengkagumi idea gurunya dalam mengkritik manhaj akidah Ibn Taimiyah.
2)Dalam kuliah-kuliah Zamihan di youtube juga, terlalu banyak potongan dia mengkritik apa yang dikatakan akidah mujassimah puak wahabi. Idea ini adalah persis pemikiran gurunya al-Saqqaf
3)Tetapi Zamihan terlepas pandang, al-Saqqaf bukan sahaja mengkritik ibn Taimiyah, al-Albani dan sekalian wahabi dalam masalah sifat. Ada orang yang jauh lebih awal dari Ibn Taimiyah iaitu pengasas madzhab Asyairah telah dikrittik keras al-Saqqaf dalam masalah sifat Allah.
Kata al-Saqqaf:
وعقيدة الحنابلة الذين سلك الأشعري منهجهم وطريقتهم غير مرضية عند عقلاء العلماء من أهل السنة مثل الحافظ ابن الجوزي وابن حزم وملا علي القاري ومتأخري الأشاعرةز
Dan akidah hanabilah yang dianuti oleh (Abu Hassan)al-Asyari , method dan jalan mereka tidak diredoi disisi ulama muslim yang berpemikiran tinggi seperti Ibn al-Jauzi , Ibn Hazm dan Mulla Ali al-Qari serta ulama madzhab asyairah yang terkemudian.(ta’liq al-Saqqaf keatas kitab al-Ibanah)
4)Yang lebih menarik, dua orang nama besar yang paling awal dalam madzhab Asyairah iaitu pengasasnya Abu Hasan al-Asyari dan al-Baqillani telah dituduh sebagai mujassimah sama seperti tuduhan yang dilemparkan al-Saqqaf kepada Ibn Taimiyah dan al-Albani. Kata al-Saqqaf lagi
فالأشعري حنبلي وكلامه مدخل في قول المجسمة والمشبهة. والإبانة كتاب فيه من الفظائع الشيء الكثير. والقطعة التي نقلها الحافظ ابن عساكر من الإبانة في كتابه تبيين كذب المفترى تثبت بأنه كان يقول بتلك الطامات والبليات إذ لم تتلاعب بتلك القطعة الأيدي الأثيمة ولا الآثمة. فالعقيدة بعيدة عن التنزيه ثابتة عليه والأشاعرة المتأخرون لا يسايرونه في ذلك وعلى رأسهم إمام الحرمين والغزالي وهما من الذين خالفوا الأشعري والباقلاني ولم يرتضوا مذهبهما
Adapun (Abu Hasan )al-Asyari adalah bermadzhab Hanbali dan perkataannya tergolong dalam ucapan mujassimah dan musyabbihah. Al-Ibanah adalah kitab yang didalamnya terdapat kemungkaran yang bukan sedikit. Potongan al-Ibanah yang dinaqalkan oleh al-Hafiz ibn Asakir dalam kitabnya tabyiin kazib al-muftari jelas mensabitkan bahawa al-Asyari telah mengucapkan perkataan-perkataan yang amat dahsyat kerana tangan-tangan yang berdosa tidak bermain-main dengan potongan itu. Maka akidahnya jauh dari mensucikan Allah. Sedangkan Asyairah yang terkemudian terutamanya Imam al-Haramain dan al-Ghazali tidak mengikut jalannya dalam masalah itu. Dan kedua-dua mereka telah bercanggah dengan al-Asyari dan al-Baqillani serta tidak meredoi madzhab keduanya (al-Asyari dan al-Baqillani) ((ta’liq al-Saqqaf keatas kitab al-Ibanah)
5)Kerana seronok sangat dengan krtiikan gurunya al-Saqqaf terhadap ibn Taimiyah dan al-Albani, maka Zamihan tinggal antra dua pilihan.
A)Mengakui bahawa 2 imam paling awal dalam madzhabnya iaitu Abu Hasan al-Asyari dan al-Baqillani telah menjadi mujassimah dan musyabbihah jauh sebelum kelahiran Ibn Taimiyah.
B)Menafikan Abu Hasan al-Asyari sama akidah seperti Ibn Taimiyah. Tetapi untuk itu Zamihan perlu mengakui bahawa gurunya al-Saqqaf adalah pengkhianat dan pendusta yang menisbahkan perkara salah terhadap Abu Hasan. Zamihan juga perlu mengakui gurunya al-Saqqaf telah melakukan pembohongan besar apabila memetik kitab al-Ibanah dan mengulasnya.
6)Sekali lagi tahniah ASWAJA Malaysia, selama ini orang beranggapan watak pak kaduk adalah dongengan lama, tetapi ketua anda telah mebuktikan Pak Kaduk benar-benar wujud. Sudahlah kampong tergadai, bersorak pun belum tentu menang.
7)Saya difahamkan Zamihan suka berdebat dan mungkin juga saya salah dalam memahami manhaj akidah Zamihan dan gurunya, dengan ini saya menjemput kalau ada pihak-pihak yang boleh membantu anjurkan program diskusi atau debat antara saya dan Zamihan Mat Zain agar yang kabur boleh diterangkan dan yang keliru boleh diluruskan.
--------