Oleh : Fyruz Hanna
"Ais Krim Malaysia Pun Rm2.50"
Foodgasm Festival yang masuk tahun kedua penganjurannya di Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan yang diadakan di Petaling Jaya.
Festival yang disertai oleh lebih 100 peniaga makanan. Sepatutnya event sebegini 'best' namun oleh kerana perkara yang sama berlaku seperti tahun sebelumnya dan ditambah dengan keadaan hujan pada waktu tersebut ia mendapat kritikan/ kutukan pengunjung.
Memetik daripada Foodgasm Fest Facebook, rata-rata pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan acara tersebut yang melepas tangan.
Selain itu, harga makanan yang dicas kepada pengguna juga sangat tidak munasabah setanding makan di restoran terkemuka sedangkan mereka terpaksa beratur panjang dengan keadaan lecak dan basah.
Dapat disimpulkan, pengunjung kesal dengan perkara ini:
1. Tempat event dijalankan
2. Makanan yang terlalu mahal
3. Tempat parking yang terhad
4. Trafik sesak tiada kawalan kerana dianggarkan lebih 10,000 kereta yang datang.
5. Tiada perancangan (backup plan)/ bajet untuk hujan oleh penganjur - hujan, tiada khemah, walkway.
Siapa yang berpeluang ke Foodgasm Festival minggu lepas? Apakah anda setuju? -CARI Infonet.
sumber: Fb FoodgasmFest, OhBulan, Therakyatpost.
|