CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4666|Reply: 0

KANG HAN NEUL DI KOREAN FILM FESTIVAL, SINGAPORE

[Copy link]
Post time 9-11-2015 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 9-11-2015 12:53 PM


31 Oktober 2015 – Bermula 23 Oktober hingga 1 November 2015, bersempena 40 tahun hubungan diplomatik di antara Korea Selatan dan Singapura disambut menerusi tayangan filem di Korean Film Festival (KFF) yang berlangsung di Shaw Theatres Lido. Antara filem-filem yang ditayangkan adalah seperti A Hard Day (2014), The Divine Move (2014), Ode to my Father (2014), Detective K: Secret of the Lost Island (2015), Assassination (2015), Love Forecast (2014) dan Twenty (2015).

Nama Kang Ha Neul sudah tidak asing dikalangan peminat drama/filem Korea. Beliau yang membintangi filem Twenty berbesar hati menghadiri KFF sekaligus mengambil peluang mengadakan sesi bertemu peminat di showcase pertama beliau di republik itu. Kehadiran beliau buat kali pertama ke Singapura baru-baru ini membuatkan peminat teruja untuk melihat beliau secara dekat yang tiba tampil dihadapan peminat dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibir beliau tepat jam 2.00pm di Plaza Singapura diiringi sorakan peminat.


Dengan perwatakan ceria, Kang Ha Neul memulakan showcase dengan mempersembahkan lagu yang berjudul Three Things I Have Left menerusi runut bunyi drama Angel Eyes.  Di kesempatan yang sama beliau juga sempat mendendangkan lagu I Choose To Love You dengan yang terdapat didalam drama Monster sambil mengajak peminat bernyanyi bersama-sama beliau diakhir showcase tersebut tanpa iringan lagu.


Kegembiraan jelas terpancar di wajah beliau bila melihat kehadiran peminat yang membanjiri Plaza Singapura.  Apabila ditanya mengenai Singapura, secara berseloroh beliau berkata republik itu sangat panas tetapi mempunyai pemandangan yang cantik dan menyajikan makanan yang lazat.  Walaupun bahasa english beliau sangat terhad namum beliau berusaha untuk bertutur dengan sebaik mungkin. Acara showcase dimulakan dengan 'games' meneka lagu-lagu Kpop bersama 5 peminat terpilih dan tentu saja suasana menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa peminat dan apatah lagi peminat dibawah pentas berusaha membantu beliau meneka lagu dengan tepat. Terserlah sudut sisi Kang Han Neul yang masih lagi penuh dengan sifat remaja beliau.  Di akhir 'games' tersebut. peminat bertuah yang telah dipilih sendiri oleh beliau dengan hadiah gambar polaroid berkumpulan dan pemenang utama diberi peluang untuk mengambil gambar polaroid solo bersama beliau.
Ikuti wawancara terbuka Kang Ha Neul bersama media yang diadakan dihadapan para peminat.

MEDIA: Memandangkan anda telah menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian adakah anda bercadang untuk mengeluarkan album satu hari kelak?
KHN: Sama sekali tidak!  Saya hanya mahu menjadi seorang pelakon.

MEDIA: Sebanyak manakah anda menggunakan pengalaman anda ke dalam lakonan anda?
KHN: Ianya bergantung kepada keadaan. Ketika melalui latihan lakonan saya mempunyai interpretasi keadaan seharian saya yang tersendiri.  Saya percaya bahawa apa jua keadaan yang berlaku atau pengalaman yang saya lalui saya cuba terapkan sebahagian ke dalam lakonan saya.

MEDIA: Bagaimanakah anda ketika berusia 20 tahun dan jika anda kembali ke usia 20 tahun apakah perkara yang anda ingin lakukan?
KHN: Dalam filem Twenty saya merasakan bahawa saya mahu kembali ke usia 20 tahun dan apabila memikirkan kembali masa lalu saya rasa menyesal kerana merasakan yang saya tidak hidup dengan sepenuhnya ketika berada di usia tersebut.  Filem ini banyak mengembalikan nostalgia ketika saya berumur 20 tahun.

MEDIA: Anda boleh berlakon dan menyanyi dengan baik.  Di antara bidang lakonan dan nyanyian mana satukah pilihan anda?
KHN: Saya ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan.  Nyanyian hanyalah sekadar hobi.

MEDIA:  Jika diberi peluang siapakah artis yang anda ingin bekerjasama?
KHN:  Sayaingin bekerjasama dengan pelakon Hollywood terkenal iaitu Jim Carey.   Saya amat menyanjungi beliau dan ingin bertemu dengannya satu hari nanti.

MEDIA:  Setelah terlibat dalam pelbagai peranan/watak dalam sesebuah drama mahupun filem,apakah peranan/watak yang anda inginkan dalam projek seterusnya?
KHN:  Saya tidak menginginkan peranan/watak yang khusus akan tetapi saya mahu berlakon dikalangan mereka yang dapat memberikan suasana dan keadaan sekeliling yang positif.  Saya mahu berlakon dalam keadaan yang ceria.

MEDIA:  Jika anda diberi peluang untuk penggambaran iklan (CF) produk apa yang anda inginkan?
KHN:  Saya adalah penggemar kopi.  Walaupun ianya kedengaran agak tamak tapi saya ingin membuat penggambaran iklan kopi.

MEDIA:   Jika anda diberi peluang bergandingan kembali dengan rakan artis yang pernah anda berlakon sebelum ini siapakah yang anda ingin berkerjasama di dalam produksi yang seterusnya?

KHN:  Sayaingin bekerjasama kembali bersama Kim Woo Bin and 2PM Lee Jun Ho.  Ketika penggambaran filem Twenty saya berjumpa dengan mereka dan hubungan kami menjadi erat.  Saya senang bekerjabersama mereka.

MEDIA:  Anda sering memaparkan tanda ‘V’ ketika gambar anda diambil.  Adakah anda mempunyai sebab tertentu ketika berbuat demikian?
KHN:  Saya merasakan agak kekok apabila tidak memaparkan tanda ‘V’.  

MEDIA:  Anda telah berlakon dalam pelbagai drama dan filem. Adakah anda mempunyai kenangan yang indah di sepanjang penggambaran drama/filem?
KHN:  Amat sukar untuk saya memilih sesuatu kenangan manis semasa penggambaran tetapi yang paling diingati sepanjang lakonan saya adalah apabila hari terakhir sesebuah penggambaran drama/filem.  Itu merupakan kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan.

MEDIA:  Bagaimanakah anda menilai 'variety skills' dan 'sense of humour' dalam diri anda?
KHN:  Saya bukanlah seorang yang kelakar mahupun menarik. Saya fikir saya adalah seorang yang menyeronokkan akan tetapi saya bukan seorang yang menarik.

Usai temuramah tersebut beliau sempat mengabadikan kenangan beliau bersama peminat dan media melalui selfie.

Ucapan terakhir beliau:

Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Singapura.  Saya amat terharu dan berterima kasih dengan sokongan peminat yang hadir pada hari ini.  Ini membuatkan saya mahu berkunjung ke Singapura lagi.  Saya benar-benar bersyukur dengan peluang yang diberikan. Walaupun dalam tempoh yang singkat saya amat gembira melihat anda semuadan sehingga kita bertemu lagi di lain acara. Terima kasih!

Sejurus selepas showcase beliau di Plaza Singapura, beliau akan bersama-sama peminat menonton filem Twenty di Shaw Theatres Lido dan mengedarkan poster yang telah ditandatangani oleh beliau kepada 300 peminat dan mengambil gambar secara berkumpul bersama peminat sebelum tayangan filem berlangsung.  Keesokan harinya terdapat acara tertutup bersama peminat Just for You:  Selfie with Kang Ha Neul yang diadakan eksklusif untuk 50 peminat sahaja.

Kang Ha Neul 1st Showcase in Singapore dibawakan khas oleh KMTV dengan kerjasama penaja rasmi StarHub.  Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang telah mengundang CARI Malaysia ke acara showcase bersama Kang Ha Neul.

Artikel oleh: Nurul @ agasshiseben
Video oleh : Fieza
Editor oleh: Isabel

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.203773 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list