PECINTA KUCING WAJIB SHARE VIDEO NI!!!!!!!!!!!
Provokasi Terhadap Penyelamat Kucing (Cats Rescuer)
Kejadian dimana Puan Zainab Rahman diserang oleh seorang penduduk yang tidak suka beliau memberi kucing makan di kawasan rumah pangsa yang didiami Puan Zainab Rahman. Lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk yang tidak berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Sila perhatikan dengan teliti dan dengan betul kemarahan Pakcik ini terhadap Puan Zainab Rahman berkenaan masalah memberi kucing-kucing stray makan. Puan Zainab Rahman merupakan seorang ahli Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau merupakan antara salah seorang antara Jawatankuasa Persatuan selain Puan Norisam, Mrs Lam dan Encik Rezan Tambi yang aktif melakukan kerja-kerja rescue dan memberi makan kucing-kucing terbiar dalam Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor. Lokasi Kejadian : Desa Pandan
Tarikh : 19 Okt0ber 2013 Dalam erti kata lain Pakcik ini tidak suka pada kucing dan tidak mahu berkongsi hidup dengan kucing stray. Walhal dunia milik Tuhan ini bukanlah milik dia seorang!!!! Untuk makluman semua, satu laporan polis telah dibuat oleh Puan Zainab Rahman terhadap Pakcik ini berikutan keganasan dengan memukul Puan Zainab Rahman kerana memberi kucing terbiar makan. Marilah sama-sama kita menyedarkan pakcik ni!
|